Semua orang tahu, To Abah sudah tua, Memang Tok pun rasa sudah tua. Urat saraf pun dah rasa tegang, susah ndak bangun pagi, kena bergantung. Batuk campur bersin boleh kata menggangu tiap pagi. Tapi alhamdulillah, kerana masih diberi kesempatan menghirup udara dunia. Satu nikmat yang melimpah ruah.
Sebagai orang tua, "personal apearance" Tok mestilah "congurance" dengan umur Tok. Pakai kupiah kerana nak tutup medan tanpa rambut dikepala. Bawa kereta berhati-hati kerana bercampur mata tak nampak. Campur lagi sayang kerana kereta agak baru. Brek-brek tuu acap jugalah, lebih-lebih lagi apabila malam- rabun ayam. Cakap hal bawa kereta nii orang kita memang pemarah, tak sabar langsung. Kalau dulu masa jumpa di masjid, dia orang berhalus, sopan santum. Tapi lain apabila di belakang stearing (drever). Bukan mudah ndak mengalah. Pantang orang buat salah sikit, hon berrtalu-talu. Tok pun dulu kurang sabar juga, tapi sejak mengajar anak-anak beradab bawa kereta, kita pun terasa seperti diajar. Walau bagaimanapun tak boleh lari dari terasa hati. Apa tidaknya, apabila lalu jalan sempit seperti jalan rumah Tok, kita kena timbang rasa sikitlah. Kalau perlu kena berhenti beri laluan kerana ada lubang. Ayah tok ndak cerita tentang generasi baru yang mungkin anak didik Tok nii. Mentang-mentanglah bawa kereta, ada handset pula, tak berapa endah dengan orang tua seperti Tok nii. Pernah kereta Tok yang agak baru tuu, tersorot dalam semak, gara-gara berselisih dengan remaja sedang berbual dengan handset. Terpaksa Tok buka tingkap, minta anak muda pergi depan sikit. Masha Allah air mukanya sungguh gedeber, macamlah orang tua nii orang kampung darat, tak pandai bawa kereta. Tok percaya, kalau jumpa di masjid, minta tolong orang seperti Tok sembahyang hajat kee, tahlil kee, ndak bercukur anak kee, tentu mukanya tidak bagitu. Sudah dua tiga kali Tok jumpa dengan orang seperti ni. Kalau jumpa lain kali, ada benda yang Tok ndak cakap..... Orang tua memang cepat ter..........
