Dengan hormatnya dimaklumkan , Pejabat Penerangan Daerah Tumpat akan
menganjurkan MAJLIS MALAM SETAUT KASIH KOMUNITI BESTARI seperti berikut:
Tarikh: 16 Julai 2008 (Hari Rabu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan.
Pengisian: -Jamuan Mesra Bestari
- Persembahan iringan - Rambong, Lay Krathong, Lagu-lagu
puisi, Gedombak Panjang, Simfoni Melayu.
- Dikir Barat Kumpulan K Bestari Morak dan Kumpulan Sri Tujuh
dengan juara dan tukang karutnya Megat Nordin, Mat Yee Kota
Raya, Napi Padang Raja dan Fendi Kenali.
Acara yang turut diadakan: Penyampai Anugerah K Bestari, Pulut semangat,
BBQ kambing, dan hidangan Sea Food
Berhubung perkara tersebut, dengan sukacitanya Pejabat Penerangan Tumpat
menjemput Tuan/puan/sdr/sdri ahli pesisir dan warga egroups untuk
sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis dan menikmati hidangan dan
persembahan yang pastinya menarik.