Assalamualaikum...
 
Semalam, ketika ayahngah baring-baring nak tidur...tiba tiba ayahngah teringat 
zaman muda-muda dulu. Ayahngah bingkas bangun lalu mengambil kotak radio di 
atas almari. Ayahngah kemudian letak di sebelah kanan kepala ayahngah 
sambil-sambil cari-cari stesen lagu. Masa tu makngah mu duduk kat ruang tamu 
dengan cucu cicitnya. Entah apa yang mereka bualkan. Ayahngah malas nak pikir 
pasal makngah mu lagi...Dia nak tidur kat luar ke, dia tak nak tidur sbelah 
ayahngah lagi ke, ikut dialah. Ayahngah dah tak kisah lagi dah. Tapi ayahngah 
sayang ke makngah mu.
Kerana makngah mu lah, ayahngah ada lima anak. Kerana makngah mu lah, dua anak 
ayahngah belajar di unibersiti. Dan kerana makngah mu lah, tiga lagi anak 
ayahngah sedang membesar. Ayahngah sayang sangat kat makngah mu. Dia banyak 
jasa pada ayahngah. Dia penyabar. Dia penyayang. Dia susah nak marah, apatah 
lagi nak cemburu dengan ayahngah.
Tika duk cari-cari stesen lagu, tiba-tiba terdengar lagu Bawah Rumpun Bambu 
nanyian Mimi Loma. Adusss... enak sungguh lagu dan iramanya. Teringat ayahngah 
pada zaman-zaman ayahngah kecik dulu. Tika tu jugak ayahngah terkenang 
lagu-lagu lama nyanyian Shidee. Kazar. Azlina Aziz. Siti Fairus. Rahimah Rahim. 
Julie Remi. Sanisah Huri. Hail Amir. Latif Ibrahim. Rosmaria Abdul Hamid. 
Rafeah Buang. dan banyak lagilah yang seangkatan dengan usia ayahngah.
Ayahngah percaya anak-anak zaman sekarang tak kenal pun nama-nama penyanyi ni, 
malah mungkin tak penah dengar pun lagu-lagu nyanyian mereka. 
Bila dengar lagu Bawah Rumpun Bambu, tiba-tiba saja air mata ayahngah 
tergenang. Nasib baik masa tu makngah mu tak ada bersama. Kalau tidak malu 
ayahngah diejeknya. Tau tau sajalah makngah mu tu. pantang tenguk ayahngah 
dalam keadaan macam tu, mulalah dia nak usik. 
Hari ni, ayahngah pergi ke pasar raya. ayahngah pergi tempat jual kaset. 
ayahngah cari lagu-lagu lama. Dapatlah dalam lima keping. Tapi lagu mimi loma 
tu tak ada. sedih sangat. 
macam manalah ayahngah nak dapatkan lagu tu?  adakah siapa-siapa dalam groups 
ni dapat bantu carikan lagu tu? Teringin sangat ayahngah nak dapatkan lagu tu 
sebelum ayahngah pejam mata. 
Kepada Pakdo tu... tak terasa ke zaman kecik kecik dulu?
 


      

Kirim email ke