Saya berhajat nak kongsikan beberapa pengalaman dalam ICT bersama rakan-rakan PESISIR sekelian bertujuan mengictkan PESISIR dan mensasterakan ICT. (Mimpi atau impiankah ini?).
Siri-siri bengkel itu boleh saja dilakukan secara hadir dan secara tidak hadir. Cumanya saya tidak dapat mengukur sejauh manakah sambutan yang diikuti keberkesanannya nanti. Saya dapati bahawa penulisan sekarang sangat berhubung rapat dengan ICT dan kemahiran sekurang-kurangnya peringkat asas adalah perlu untuk penulis. Kemahiran paling utama ialah menguasai e-mel dan menguasai enjin pencari untuk mencari bahan-bahan rujukan. Sehubngan itu, mahu tidak mahu untuk sekarang ni, kita tidak lagi perlu takut untuk guna internet (takut virus, takut anak tengok benda tak senonoh, takut komputer rosak, takut tak dapat menguasai, takut tak ada masa dan yang seumpamanya) kerana perkara tidak berguna tidak datang dengan sendirinya sekiranya kita tidak mencari. Masalah yang masih manghantui adalah prasarana kemudahan mengakses internet adalah masih terbatas sehingga sekarang. Tujuan untuk mengongsi ini bukan bermakna saya mahir sangat, tapi ibarat kata dulu kalau tak ada rotan, akarpun berguna. Ediramle Ismail On Wed, July 30, 2008 7:02 pm, scarlet pimpernel wrote: saya bersetuju dengan cadangan saudara edi. kalau boleh biarlah diadakan pada hujung minggu. ----- Original Message ---- From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> To: [email protected]; [EMAIL PROTECTED] Sent: Tuesday, July 29, 2008 5:20:18 PM Subject: { PESISIR } Cadangan Kursus ICT Pesisir Dengan hormatnya selepas bengkel penulisan berita nanti, mungkin dalam cuti persekolahan Ogos ini dicadangkan untuk pesisir adakan bengkel ICT untuk ahli dan penulis pesisir . Bengkel bertujuan untuk penulis dan ahli pesisir dapat turut serta dalam arus ICT yang berhubungkait dengan penulisan. Juga bertujuan agar pesisir dapat mengharungi kesesuaian yang perlu pada setiap era yang dilaluinya. Sekiranya mendapat respon baik daripada ajk dan ahli sekelian, bengkel ini dapat dijalankan dengan menggunakan perbelanjaan yang sangat-sangat sederhana. Dengan ini saya mohon mencadangkan. Ediramle Ismail
