MINGGU ini mungkin boleh diibaratkan sebagai minggu kontroversi bagi sastera dunia apabila novel The Butterfly Hunter karya pengarang Muslim, The Butterfly Hunter, menjadi novel kedua dilabelkan sebagai `the next' The Satanic Verses penangan Salman Rushdie.
Sebelum ini, novel cereka sejarah, The Jewel of Media, buah tangan pengarang baru Amerika Syarikat (AS), Sherry Jones, ditarik balik daripada pasaran oleh penerbitnya, Random House ekoran bantahan ahli akademik dan pakar keselamatan yang menganggap karya yang memutarbelitkan sirah isteri Rasulullah, Aishah binti Abu Bakar, boleh mencetuskan provokasi yang lebih buruk daripada novel Rushdie serta kartun yang kononnya menggambarkan Nabi Muhammad oleh kartunis Belanda. Bagaimanapun, kontroversi The Butterfly Hunter tidaklah sehingga ke tahap menyentuh keperibadian Nabi Muhammad, keluarga Baginda dan sahabat Rasulullah, sebaliknya ia berpunca daripada ketidakpuasan hati pengarangnya apabila novel itu dikatakan ditolak oleh urusetia penilaian Anugerah Pengarang-pengarang Muslim 2008. Ini kerana urusetia anugerah didakwa menganggap novel yang belum diterbitkan itu sebagai `sampah' kerana mengangkat kisah pengajar di masjid yang melakukan penderaan kanak-kanak dan pemerkosaan gadis Muslimah, sekali gus menggugurkannya daripada pencalonan atas alasan kesilapan teknikal. Malik yang sebelum ini pernah memenangi hadiah yang sama pada tahun lalu, mendakwa novel itu tidak dikemukakan kepada panel penilai bebas anugerah kerana mengangkat subjek yang `tidak sesuai' meskipun disenaraipendekkan oleh penilai sukarela pada pusingan pertama. The Butterfly Hunter mengisahkan jurnalis wanita menyertai sarang pengebom berani mati, selain turut menyorot penyalahgunaan dadah, paedophilia dan imam yang homoseksual yang memperalatkan kanak-kanak serta pelacur. Lanjutkan bacaan di http://kawat.blogspot.com <http://kawat.blogspot.com/2008/08/kontroversi-sastera-dengan-novel-kedu\ a.html>
