Pendengar budiman. Alhamdulilah kerana
masih
diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani
ibadah puasa.
Semoga Ramadan tahun ini melimpah
barakah. Justeru itu marilah kita
sama-sama mengubati
nestapa dan gundah kita di bulan Ramadan ini dengan
bertaubat yang berterusan. Marilah
kita mulakan
perangai yang baik itu di bulan penuh barakah ini.
FIRMAN ALLAH surah ALI IMRAN ayat 133 yang bermaksud:
ECHO :
DAN BERLUMBA-LUMBALAH KAMU KEPADA
KEAMPUNAN DARI TUHAN KAMU, DAN BERLUMBA-
LUMBALAH MENCARI SYURGA YANG LUASNYA
SELUAS LANGIT DAN BUMI YANG DISEDIAKAN
UNTUK ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.
JH : Kecenderungan untuk bertaubat,
sebenarnya sifat
seorang
mukmin. Jadi dalam bulan penuh
keberkatan ini,
mohonlah keampunan daripada Illahi,
dan serahkanlah
diri kepadanya. Cuba hayati
FIRMAN ALLAH
surah ALI IMRAN ayat 135 yang
bermaksud:
ECHO : ORANG-ORANG YANG
APABILA MENGERJAKAN
PERBUATAN KEJI
ATAU MENGANIAYAI DIRI
SENDIRI LANTAS
MEREKA DAN SIAPAKAH PULA
YANG BERKUASA
MENGAMPUNI DOSA SELAIN
DARIPADA ALLAH?
DAN MEREKA TIDAK
MENERUSKAN
PERBUATAN KEJINYA ITU
SEDANGKAN MEREKA
MENGETAHUI.
JH : Pendengar setia. Dosa-dosa kecil akan menjadi virus
kepada dosa besar.
Justeru itu dengan keberkatan
bulan kerahmatan
ini, marilah kita hindari dosa-dosa
tersebut. Biarlah bulan ini menjadi landasan untuk
kita membersihkan
diri seterusnya menjadi insan
mukmin. Junjungan bersabda:
ECHO : JAUHILAH DOSA-DOSA
KECIL KERANA APABILA IA
BERKUMPUL PADA
DIRI SESEORANG, LAMBAT
LAUN AKHIRNYA IA
AKAN MEMBINASAKAN.
JH : Bagi membentuk sifat bertaubat
ini, muslim
seharusnya
memiliki waktu untuk berbicara dengan
diri sendiri,
menilai, mengkritik dan membersihkan
nya. Sebenarnya Ramadan bulan kebajikan dan
ihsan. Justeru itu di saat kedatangan Ramadan limpah
barakaqah ini cukup sesuai sekali
bagi mukmin
menjadikan ianya platform untuk memulakan doa taubat.
Para ulama bersepakat bahawa taubat
itu satu kemestian
dan kewajipan bagi setiap
mukmin. FIRMAN ALLAH surah
AS-SYAMA ayat 9-10 bermaksud:
ECHO : DAN JIWA SERTA
PENYEMPURNAANNYA, MAKA
ALLAH
MENGILHAMKAN KEPADA JIWA
ITU(JALAN)
KEFASIKAN DAN KETAQWAAN,
SESUNGGUHNYA
BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG
YANG MENSUCIKAN
JIWA ITU SESUNGGUHNYA
RUGILAH
ORANG-ORANG YANG MENGOTORINYA.
JH : Begitulah saudara. Ruang-ruang yang dituntut
sempena Ramadhan
Al Mubarak ini. ALLAH
BERFIRMAN lagi
surah AN NUR ayat 31 yang
bermaksud:
ECHO : BERTAUBATLAH KAMU SEMUA KEPADA ALLAH,
HAI ORANG-ORANG
MUKMIN, AGAR KAMU
BERBAHAGIA.
JH :
Pendengar yang dirahmati Allah. Banyak
kelebihan dan
kemuliaan terdapat di bulan penuh barakah
ini.
Antaranya malam
lailatulqadar. Berbagai tafsiran
diberikan ulama terhadap maksud lailatulqadar.
Antaranya bermaksud malam kemuliaan dan kebesaran. Cuba hayati apa yang
tertera di dalam Al
quran surah al Qadar ayat 1-5, Allah berfirman bermaksud:
ECHO :
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AL
QURAN PADA MALAM KEMULIAAN. TAHUKAH
KAMU APAKAH MALAM KEMULIAAN ITU? MALAM
KEMULIAAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA
SERIBU.
PADA MALAM KEMULIAAN ITU LEBI BAIK DARI
SERIBU
BULAN. MALAM ITU PENUH
KESEJAHTERAAN,
SAMPAI TERBIT FAJAR.
JH : Begitulah saudara yang dirahmati Allah. Tidak
terdapat keistimewaan malam tersebut pada
malam
dan bulan-bulan lain kecuali malam-malam di
bulan
ramadan.
Justeru, seluruh umat Islam digalakkan
perbanyakkan amal ibadat dalam usha mencari
Al
Qadar itu.
Amal ibadat pada malam itu lebih baik dari
seribu bulan atau tiga puluh tiga ribu hari
atau lapan
puluh tiga tahun empat bulan. Orang-orang yang
beriman akan didoakan kesejahteraan buat
mereka
dan malam itu penuh dengan kedamaian sehingga
terbit fajar.
Perawi Ahmad, Bukhari dan Abu Daud
berkata, junjungan pernah bersabda berbunyi
begini:
ECHO : CARILAH DIA (MALAM
LAILATUL QADAR) PADA
SEPULUH TERAKHIR DARI BULAN RAMADAN.
JH :
Saudara pendengar...
Marilah kita beriktikaf pada sepuluh malam
terakhir
Ramadan. Marilah kita mencari
kemuliaan,
ketenteraman dan kedamaian
malamnya sehingga terbit fajar. Tanpa kedamaian kehidupan
tidak memberi apa-apa erti kerana segala urusan, termasuk amal ibadat tidak
dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru malam itu kedamaian diturunkan bersama
lailatulqadar agar orang-orang yang beriman berlumba-lumba mengerjakan amal
ibadat tanpa diganggu gugat oleh sesiapa.
Kejutkanlah ahli keluarga untuk bangun beribadat. Di dalam sahiah Bukhari dan
Muslim dari
Aisyah r.a. berkata :
ECHO :
JUNJUNGAN APABILA MASUKNYA SEPULUH
MALAM TERAKHIR BULAN RAMADAN
BAGINDA MENGHIDUPKAN WAKTU MALAM DENGAN BERIBADAT MEMBANGUNKAN AHLI KELUARGANYA
UNTUK BERIBADAT.
JH :
Pendengar yang budiman. Tidak siapa yang
ketahui
bilakah berlakunya
malam lailatul qadar. Namun kebanyakan
ulama berpendapat lailatul qadar itu berlaku pada malam ganjil sepuluh terakhir
bulan Ramadan, iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. namun semua itu
ketentuan Allah. Selaku hambanya ditugaskan untuk beribadat,
difardukan berpuasa dan digalakkan memperbanyakkan amal soleh. Malam
lailatulqadar adalah malam kehebatan
Allah yang tidak siapa ketahui. Justeru
Rasulullah s.a.w. bersabda melalui
riwayat ABI HURAIRAH r.a. bermaksud:
ECHO : ALLAH MERAHMATI SEORANG
LELAKI YANG
BANGUN DI WAKTU
MALAM, DIA SEMBAHYANG
DAN MENGEJUTKAN ISTERINYA. SEKIRANYA ISTERINYA ENGAGAN (TIDAK MAHU
BANGUN) DIA MERENJISKAN AIR DI MUKA ISTERINYA.
ALLAH JUGA MERAHMATI SEORANG ISTERI YANG BENGUN DI WAKTU MALAM, DIA
SEMBAHYANG DAN MENGEJUTKAN SUAMINYA.
SEANDAINYA SUAMINYA ENGGAN (TIDAK MAHU BANGUN) DIA MERENJISKAN AIR DI
MUKA SUAMINYA.
MUZIK : PENUTUP.
JH : Begitulah saudara. Marilah kita beriktikaf
dengan setulus hati di dalam bulan ramadan ini.
Kita perbanyakkan ibadat moga-moga malam lailatulqadar yang mempunyai
keistimewaan seperti seribu bulan itu menjadi milik kita. InsyaAllah.
MUZIK : LANJUTAN PENUTUP.
--- On Tue, 8/19/08, Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } Langkah seterusnya untuk pesisir
To: [email protected]
Date: Tuesday, August 19, 2008, 9:58 AM
Assalamualaikum. .. saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, semoga amalan kita pada tahun ini lebih
diberkati. Insya-Allah.
dan ... PESISIR akan terus maju.
Daripada,
Rozlan Mohamed Noor
( www.celikhuruf. blogspot. com )
----- Original Message -----
From: "Manzaidi MohdAmin"
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Subject: Re: { PESISIR } Langkah seterusnya untuk pesisir
Date: Mon, 18 Aug 2008 21:49:11 +0800 (SGT)
Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada
rakan-rakan beragama Islam.
--- Pada Isn, 18/8/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> menulis:
Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
Subjek: { PESISIR } Langkah seterusnya untuk pesisir
Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com
Tarikh: Isnin, 18 Ogos, 2008, 1:16 PM
Tahun 2008 dah hampir masuk suku ketiga dan selalunya di suku ketiga
aktiviti persatuan akan perlahan seketika terutama pada bulan puasa dan
bulan-bulan musim hujan.
Semoga ada satu atau dua lagi program untuk tahun ini sama ada program
yang agak besar atau program yang kecil.
Ediramle Ismail
Live Chat NOW! Love in 1 Click!
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
www.tintarona. blogspot. com
--
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com!