BENARKAH CINTA ITU BUTA?

AWAL tahun yang lalu saya pernah menitipkan satu entri tentang kisah
percintaan yang melibatkan insan istimewa yang kurang upaya penglihatan.
Melalui pengalaman itu saya lantas mendorong seorang teman (yang turut
mempunyai pengalaman persis) untuk menuangkan segala pengalaman suka duka
itu ke dalam karya novel. Dengan mengambil dasar penceritaan tersebut
beberapa elemen fiksi telah dimasukkan. Sentuhan kreatif telah membuatkan
bancuhan cerita semakin berwarna-warni dengan drama-drama yang menyentuh
perasaan. Kalau ada yang mahu menanggapi kisah yang dinovelkan tersebut
berasas kisah benar; meleset sama sekali. Kerana saya sendiri yang mahu
beliau membuat pusingan 180 darjah untuk tidak menjadikan kisah benar itu
sebagai hasil mesin photostat.
Sekarang sebuah novel terbitan terbaharu Tintarona akan berada di pasaran
sedikit masa lagi. Novel berjudul Kiblat Mawaddah mengangkat kisah
ketabahan seorang wanita mengharungi suka duka menjalin hubungan dengan
insan istimewa itu.
Dengan plot penceritaan yang sedikit tergelincir daripada novel
konvensional, diharap karya ini mampu membuka tingkap pengalaman yang
baharu kepada pembaca. Karya kedua Hasrina Baharum ini akan berada di
pasaran selewat-lewatnya penghujung bulan ini. Insya-Allah
*** petikan daripada laman www.celikhuruf.blogspot.com

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

Kirim email ke