Ingat lagi Penerbit Random House yang tarik balik cadangan penerbitan novel cereka (baca: putar belit) sejarah, The Jewel of Medina karya Sherry Jones? Novel yang kononnya berasaskan belasan sumber sejarah Islam tetapi menyelewengkan sirah Rasulullah dan memutarbelitkan kisah hidup Ummul Mukminin, Aisyah Abu Bakar.
Ini ada dua khabar; satu yang buruk dan satu lagi, lucu. Ya, lucu - khabar buruk dan lucu, lebih kontradiksi daripada khabar buruk dan baik. Khabar buruknya, Random House disenaraihitamkan oleh Hadiah Buku Amerika, The Langum Charitable Trust, sebagai hukuman kerana melakukan ‘penapisan peribadi secara bacul’ (cowardly self-censorship) terhadap The Jewel of Medina. Lanjut di http://kawat.blogspot.com Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
