Pengarang kontroversi, Sherry Jones, mungkin bersedia menyaksikan
kelahiran novel sulungnya, The Jewel of Medina, yang memutarbelitkan
sirah Ummul Mukminin, Aisyah Abu Bakar, apabila penerbit di Britain,
Gibson Square, bersedia membidani penerbitan novelnya.

Sebelum
ini, penerbit asal Random House terpaksa menarik balik penerbitan
novelnya ekoran nasihat sarjana, sejarawan dan pakar keselamatan kerana
novel itu dianggap bakal mencetuskan kemarahan umat Islam lebih hebat
daripada novel Salman Rushdie, The Satanic Verses dan kartun Belanda
yang menghina Nabi Muhammad.

Penerbit kedua di Serbia, BeoBook
yang berura-ura untuk menjadi bidan pun terpaksa menarik diri dan
memohon maaf secara terbuka kepada komuniti Islam di negara Balkan itu.

Dan
sekarang, Britain - dengan latar penduduk Islam yang antara paling
ramai di Eropah - bakal menyaksikan kelahiran novel yang menggambarkan
Aisyah menjalinkan cinta terlarang dengan Sahabat Rasulullah dan
merancang untuk lari daripada suaminya, Nabi Muhammad untuk
bersama-sama kekasihnya hidup sebagai Baduwi.

Bacaan lanjut, klik kawat.blogspot.com

 Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.

________________________________
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.


      

Kirim email ke