--- Pada Rab, 17/9/08, anuv chaviddy <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Dari: anuv chaviddy <[EMAIL PROTECTED]>
Topik: [sastra_tki] Siapa DIREKTUR DBP MALAYSIA ?
Kepada: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Tanggal: Rabu, 17 September, 2008, 10:45 PM










    
            BERITA HARIAN  - Khamis,
18
September
2008 | 18 Ramadan 1429
          
        
        L

       



      
                
          
                    
Versi Akhbar Digital


 


                    

                        

                        

                    










          
          
                    
                     









        


  



          
          
         
                
          
                        Gambar Pilihan
              
               
                    
            
                        
            
                 
                 
                    Berita Utama

                    Wilayah

                    Nasional

                 
                 
                    Dunia

                    Ekonomi

                    Agama

                 
                 
                    Sukan

                    Rencana

                    Surat

                 
                 
                    Pendidikan

                    Hip

                    Ratu

                 
                                   
                    Sastera

                    MUTAKHIR

                     

                 
                 
              



                
                    Bursa Malaysia







Maklumat Penuh...





          
         
                
          

















 






                                  
             
                          

          
                           SASTERA
                       
    Siapa Ketua Pengarah DBP?
    Oleh  Nazmi Yaakub




    
            
    
 
    


    
               
    Kekosongan jawatan sudah berlarutan sejak lebih empat bulan tanpa usaha 
mengisinya

KERUSI
jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dikosongkan
sejak 2 Mei lalu berikutan tamatnya kontrak penyandangnya, Datuk Dr
Firdaus Abdullah, sehingga kini belum terisi.


Sehingga rencana ini disiarkan, kekosongan jawatan penting
dalam institusi kebahasaan dan kesusasteraan tanah air itu, sudah pun
berlanjutan sehingga 132 hari menyebabkan bahtera DBP seolah-olah
berlayar tanpa nakhoda.

        





    


    Keadaan bahtera yang terumbang-ambing itu bagaikan
diburukkan pula dengan kekosongan dua lagi jawatan penting dalam DBP,
iaitu Pengarah Jabatan Bahasa yang sebelum ini disandang Noresah
Baharom dan Pengarah Jabatan Penerbitan (Zulkifli Salleh) berikutan
persaraan mereka.


Petugas DBP dan orang bahasa serta sastera seolah-olah dipaksa
untuk menonton siaran ulangan drama kekosongan pengisi jawatan Ketua
Pengarah kerana senario serupa berlaku selepas Datuk A Aziz Deraman
bersara sehingga berlanjutan sembilan bulan.


Ketika itu, nama seperti Prof Datuk Dr Zainal Kling, Dr Adi
Badiozaman Tuah, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Firdaus disebut-sebut
sebagai pengganti A Aziz.

  
  
    


    
                        

    Sumber
memberitahu Berita Harian, Lembaga Pengelola DBP menolak penyambungan
semula kontrak Dr Firdaus, tetapi ahli lembaga tidak sebulat suara
dalam mengemukakan calon pengganti yang layak meneruskan kesinambungan
perjuangan bahasa dan sastera.


Khabar penolakan terbabit seolah-olah disahkan dengan ura-ura
pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor UM dan Dekan Fakulti Ekonomi
dan Pentadbiran UM itu sebagai Karyawan Tamu, Akademi Pengajian Melayu
(APM), Universiti Malaya (UM), tetapi belum menjadi kenyataan sehingga
kini.


Ekoran itu, sumber terbabit berkata, beberapa nama
disebut-sebut yang layak menjadi Ketua Pengarah ialah mantan Pengarah
Jabatan Penerbitan, Dr Anwar yang kini Pengerusi Jemaah Pesara DBP
serta bertugas sebagai Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (Aswara).


“Pengarah APM, Prof Madya Zainal Abidin Borhan turut
disebut-sebut sebagai calon Ketua Pengarah DBP, selain mantan Timbalan
Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Datuk Dr Mohamed Mansor Abdullah.


    
                        

    “Nama
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim juga
dikaitkan untuk mengisi jawatan terbabit, sekali gus menjadikannya
wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP seandainya ramalan
ini menjadi kenyataan,” katanya kepada Sastera.


Bagaimanapun, sumber itu menegaskan, tidak kira siapa pun yang
dilantik, individu terbabit sepatutnya mempunyai kefahaman dan berupaya
menjiwai perjuangan bahasa dan sastera serta melihat kepentingan
penerbitan buku dalam pembangunan negara.


“Penyandang juga hendaklah tidak menganggap jawatan itu
sebagai batu loncatan untuk memperoleh keuntungan politik dan kita
berharap seboleh-bolehnya pemilihannya dapat mengangkat kembali DBP ke
era kegemilangan Tun Syed Nasir atau Datuk Dr Hassan Ahmad.


“Kita tidaklah sampai menentukan penyandang adalah daripada
kalangan orang sastera kerana Syed Nasir ialah orang politik, manakala
Dr Hassan pula meskipun pengarang, tidak menulis dalam genre kreatif,”
kata sumber itu.


Ditanya mengenai tokoh di dalam DBP, sumber itu mengakui,
sukar untuk melihat individu yang sesuai untuk ‘dinaikkan pangkat’
sebagai Ketua Pengarah yang mampu mengangkat agenda bahasa, sastera dan
penerbitan buku sebagai agenda penting pembangunan negara.


“Malah ketokohan dalam kementerian lain yang mempunyai kaitan
rapat dengan DBP dan mereka yang boleh memahami agenda perjuangan
bahasa serta sastera juga sukar dilihat, bahkan seolah-olah tiada.


“Mereka yang boleh mentadbir ramai, tetapi mentadbir bahasa
dan sastera menuntut lebih daripada keupayaan dalam bidang pentadbiran
kerana DBP bukan seperti badan berkanun atau jabatan biasa kerana ia
berkait rapat dengan perjuangan bahasa dan bangsa,” jelasnya.


Sumber itu menegaskan, sekiranya Kementerian Pelajaran mahu
mengekalkan senario mengambil mereka yang sudah bersara, maka Dr Anwar
yang terbaik, manakala sekiranya penyandangnya masih berkhidmat, Prof
Zainal Abidin wajar mengisinya.


Kekosongan jawatan Ketua Pengarah DBP turut menimbulkan
persoalan apakah tidak ada calon layak yang masih berkhidmat dalam
perkhidmatan kerajaan dan sukarkah mencari pegawai tinggi kerajaan
sedia ada yang memahami serta menjiwai perjuangan bahasa, budaya dan
sastera negara?



        
    
Cetak artikel  |  
Hantar pada kawan

        Dapatkan alamat Email baru Anda!  

Dapatkan nama yang selalu Anda inginkan sebelum diambil orang lain!
      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      
___________________________________________________________________________
Nama baru untuk Anda! 
Dapatkan nama yang selalu Anda inginkan di domain baru @ymail dan @rocketmail. 
Cepat sebelum diambil orang lain!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/id/

Kirim email ke