Jangan lari dari Pesisir. Itu sebuah pesanan dari saya untuk saya dan mungkinnya untuk rakan-rakan Pesisir yang lain.
Oleh itu saya akan tetap untuk bersama pesisir terutamanya dalam mengadakan rpogram yang bersifat kecil-kecilan seperti bengkel-bengkel yang dihadiri sekitar 10 ke 30 peserta seperti contohnya bengkel penulisan puisi, perjumpaan penulis, bengkel cerpen, bengkel novel, bengkel berita, bengkel foto , bengkel ICT dan sebagainya yang bersifat perjumpaan perbincangan dan bengkel. Ini adalah kerana saya cukup terharu dengan kejayaan perjumpaan hari raya yang diadakan pada 3 Okt. Untuk acara-acara yang besar seperti program yang bersifat lebih nasional seperti pesta, fiesta, kembara dan sebagainya itu adalah diuruskan oleh pihak setiausaha. Diharapkan kepada semua ahli, warga pesisir terutamanya kepada ajk sekelian, tuan/puan juga jangan lari atau berundur dari pesisir. Saya nampak satu keadah baru dalam cara mengundang ahli untuk hadiri bengkel atau sebagainya, Tapi peranan Semua AJK adalah perlu. Edi
