Sangat setuju , rancanglah program yang lebih memberi menafaat kepada semua.
On 10/7/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Ya, saya setuju sangat jika Pesisir dapat adakan satu atau dua
> program lagi. Kali ini saya harap program itu dapat melibatkan ahli lama dan
> ahli baru.
>
> Sudah sampai masanya ajk yang berjawatan guru dapat menarik minat anak
> murid mereka yang aliran sastera menyertai Pesisir sebagai ahli muda atau
> ahli tunas Pesisir.
>
> Pada saya, banyak program yang Pesisir anjurkan mempunyai kaitan rapat
> dengan pembelajaran dan aliran minat mereka. Cuma kita tidak berusaha ke
> arah itu.
>
> Pesisir sebenarnya boleh buat begitu, sebab pada saya, lebih separuh
> daripada AJK Pesisir adalah guru kanan. Dapat lima ahli dalam satu sekolah
> pun dah cukup. Pada saya, ramai jugak pelajar berminat dalam sastera, cuma
> barangkali mereka tidak tahu macam mana mereka hendak lakukan, pada siapa
> mereka hendak jembor (nak sua) dan apa yang mereka dapat.
>
> Ayuh, kita lakukan perlahan-lahan dalam menarik minat golongan pelajar.
> Mereka ini
> bakal menjadi penganti kita. Mereka akan mewarisi Pesisir untuk tahun akan
> datang.
>
>
>
>
> --- Pada *Sel, 7/10/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>* menulis:
>
>
> Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
> Subjek: { PESISIR } Masih ada ruang untuk aktiviti
> Kepada: [email protected]
> Tarikh: Selasa, 7 Oktober, 2008, 2:23 PM
>
> Sekarang hampir pertengahan bulan Oktober
> Tahun ini masih tinggal dua bulan lebih lagi.
> Rasanya Pesisir boleh adakan satu atau dua aktiviti lagi sebelum menjelang
> tahun 2009.
>
> http://www.pesisir. net <http://www.pesisir.net/>
>
> Ediramle Ismail
>
>
>
>
> ------------------------------
> Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
> Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
> @rocketmail yang baru.
> Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
>
>
>