Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan sekian lama dikaitkan dengan kontroversi untuk melayakkan mereka meraih anugerah paling berprestij di dunia itu. Senarai pemenangnya sering dilihat mempunyai kontradiksi sama ada terhadap negara dan ideologinya atau agamanya.
Pada minggu lalu, kontroversinya (sengaja?) dipercikkan sekali lagi apabila Ahli Komiti dan Setiausaha Tetap Hadiah Nobel, Horace Engdahl memberitahu The Associated Press (AP) bahawa sastera Amerika Syarikat (AS) terlalu tertutup dan angkuh untuk mencabar dominasi sastera Eropah yang dianggap pusat kepada sastera dunia. Ini menambahkan kontroversi terhadap tanggapan pemilihan pemenang lebih dipengaruhi unsur Eropah kerana sejak kemenangan novelis Jepun, Kenzaburo Oe pada 1994, sembilan pemenangnya adalah dari Eropah termasuk novelis Inggeris, Doris Lessing pada tahun lalu. Empat yang lain pula termasuk novelis kontroversi dari Turki, Orhan Pamuk pula dianggap menerima pengaruh Eropah. Lanjut di http://kawat.blogspot.com Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
