Limpahan Rezeki Seorang Pengkarya

Catatan daripada www.celikhuruf.blogspot.com

Seorang sahabat penulis memberitahu bahawa terjun sebagai seorang penulis
bebas sepenuh masa seolah menggantungkan nasib sekeluarga di hujung
tanduk. Tiada ketentuan akan hasil lipat ganda. Kalau tuah bersinar maka
gemilanglah hidup namun sebaliknya jadilah pengkarya yang hanya sekadar
kaya dengan idea dan falsafah. Kehidupan harus jua diteruskan. Meski wang
bukan segala-gala namun tuntutan hidup tetap bersandar kepadanya.
Tuah penulis yang tekun dan sabar pasti muncul dalam bentuk yang
pelbagai. Hari ini misalnya beberapa penerbit dipilih karya terbitannya
oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk diedarkan ke seluruh
perpustakaan desa. Kesannya secara tidak langsung jualan pukal tersebut
akan melonjatkan jumlah royalti pengarang di hujung tahun.
Awal tahun lalu - kalau tidak silap - PNM juga turut 'meraikan' pengarang
dengan membuat pesanan terus daripada pengarang. Tentunya dorongan
tersebut menyuburkan lagi aktiviti pengkaryaan dan sekali gus
menyemarakkan kesinambungan keilmuan. Alhamdulillah!
Meskipun tidak semua merasai tuah itu, sebagai seorang penulis tidak
seharusnya mensasarkan situasi tersebut semata-mata untuk mencurahkan
ilmu dan kreativiti. Setiap ketekunan yang dicurahkan saya yakin ada
hikmah menanti. Ada ganjaran menyusul.
Melihat situasi sukar dalam industri memang besar cabarannya menjadi
seorang penulis yang bercita-cita kaya dengan kerjaya penulis sepenuh
masa. Segelintir mungkin ya!

p/s: Baru pulang dari PNM mewakili penerbit Tintarona dalam taklimat
perbekalan buku dengan pengedar. Ada judul yang terpilih, alhamdulillah.

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di 
www.celikhuruf.blogspot.com 

-- 
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com

Kirim email ke