Terima kasih saudara Edi kerana memberikan maklumat yang walau pun nampak 
perkara yang agak kecil, namun manfaatnya begitu besar jika direnungi bersama. 
Tentu ada juga asal usul nya mengapa 'Kok' itu boleh muncul sebagai kosa kata 
yang mewakili maknanya itu. Menarik untuk ditelusuri dengan lebih mendalam 
lagi. Dan mengapa pula 'Kok' itu juga menjadi pilihan nama untuk menamakan 
nama-nama tempat tersebut.

To: [EMAIL PROTECTED]; pesisir@yahoogroups.com; [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL 
PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Thu, 6 Nov 2008 18:11:15 +0800Subject: { PESISIR 
} Info mengenai Kok



Sekadar untuk dikongsi info.Di Tumpat kampung-kampung yang bermula dengan Kok 
sekurangnya ada 22 buah.- Kesemuanya (Kecuali Kok Seraya) berada tidak lebih 
daripada 5 kilometerdari pesisir pantai.- Kebanyakannya tanah berpasir dan di 
kelilingi sawah padi.- Kg. Kok tidak ada di kawasan Wakaf Bharu.- Kg. Kok 
selalunya berhubung kait dengan pokok , haiwan dan nama orang,ada yang 
berkaitan dengan jenis tanah.- Kok dipercayai bermakna tanah yang agak tinggi 
berbanding kawasansekitarnya.- Kebanyakan kg. Kok tidak ditenggelami semasa 
banjir (bukan semua).- Dipercayai majoriti penduduk kg. Kok terdiri daripada 
petani.(atasanggapan saja - kerana kampung-kampung kok dikelilingi sawah 
padi).- Ada kg Kok yang penduduknya melebihi 3,000 orang dan ada yang 
hanyasekitar 30 orang.- Hanya ada 2 buah Sekolah Kebangsaan yang bermula dengan 
Kok di DaerahTumpat.- Tidak ada sebuah pun sekolah menengah di Kg. Kok.Kg. yang 
bermula dengan Kok di Daerah Tumpat1. Kok Pak Dibuk2. Kok Semeru3. Kok Mek 
Song4. Kok Gambir5. Kok Bedullah6. Kok Beluru7. Kok Pauh8. Kok Seraya9. Kok Pak 
Keh10 Kok Terbuk11 Kok Pinang12.Kok Kenik13. Kok Terap14. Kok Kebit15. Kok 
Teluk16. Kok Majid17. Kok Keli Satu18. Kok Keli dua19. Kok Jerat20. Kok 
Bachok21. Kok Pasir22. Kok Si,ro (kok siro)Dan mungkin ada lagi nama kampung 
yang bermula Kok di daerah Tumpat yangtidak disenaraikan di atas.Ediramle 
Ismail 





_________________________________________________________________
Easily publish your photos to your Spaces with Photo Gallery.
http://get.live.com/photogallery/overview

Kirim email ke