KEMBALIKAN KEMULIAAN DALAM DIRI
Kadang-kadang diri kita mudah sangat lupa bila berada dikemuncak
kejayaan ini.Kita anggap diri kitalah sentiasa diperlukan dalam apa-apa
hal,biarpun secara langsung atau tidak langsung.Membuatkan diri kita itu
dipandang mulia,diagungkan, disanjung atau dipuji sepanjang masa.Mahupun
pujian atau pujaan itu melalui sura tmenyurat,SMS,panggilan telefon, internet,
terpapar kerapkali nama seseorang itu di dada akhbar-akhbar, majalah, buku,
radio, televisyen, catatan di dalam laman-laman blog peribadi dengan catatan
bilangan nisbah pengunjung yang tertinggi dan sebagainya.
Situasi ini adakala membuatkan diri kita terselit rasa ego,sombong, bangga
diri dan mahu dirinya dikenali oleh orang lain selalu. Kita menganggap diri
kita ini selalu menjadi perhatian masyarakat umum sepanjang masa, menyebabkan
kita tenggelam dalam jutaan kebanggan.Apatah lagi bila kita anggap setiap
e-mel yang kita terima atau garap di dalam mana-mana e-grop, blog peribadi,
blog persatuan dan sebagainya. Seolah-olah kita merasakan kitalah jaguh di
dalam ilmu pengetahuan, jaguh berfalasafah, bermadah pujangga, bersajak,
bersyair, berseloka dan sebagainya. Kita menganggap kitalah orang yang berilmu
tinggi dan akan sentiasa menjadi bahan rujukkan untuk diri orang lain yang
memerlu-
kannya selalu. ( tidak semuanya ).
Kita jangan lupa, hidup bangunnya kita ini hanyalah sementara sahaja, bukan
untuk menongkat langit dan menahan bumi ini sepanjang masa yang selalu kita
pijak ini. Adakala diri kita akan ada pasang surut, jatuh bangun, seperti mana
melonjaknya naik turun pasaran saham di papan-papan bursa saham itu.Justeru
itu waspadalah selalu diri kita ini, kerana halatuju diri seseorang itu
bukannya lama, pasti ada para pelapis dan penganti akan muncul selagi Maha
Pencipta itu wujud selama-lamanya. Kelalaian diri kita yang terlajak ini
bolehlah kita muhasa-
bah selalu di hadapan cermin hidup itu, kerana cerminlah satu-satunya makhluk
tuhan yang tidak pernah berbohong atau berdusta dalam keperibadian diri
seseorang itu.
Teringat saya akan kata-kata Yang berbahagia Ustaz Wan Akasah sewaktu
beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid As- Syaadah, Di Penjara
Kajang,Selangor tempohari . Menurut beliau sombong,ego,bangga diri seseorang
itu mengikut taraf masing-masing. Contohnya penjual roti canai akan cemburu
,dengki sesama dengan penjual roti canai juga, tidak akan berlaku dengki atau
sombong penjual roti canai dengan seorang tukang kasut ,meskipun berniaga
sebelah menyembelah. Secara perbandingan ini bolehlah kita simpulkan
bahawa,kita sebagai seorang sastera akan dicemburu, dengki, sombong, ego dan
sebagainya sesama taraf kita juga. Terpulanglah samada kita mahu menerima
kenyataan ini atau tidak, yang penting biarlah segala-galanya kita bermula itu
dengan nawaitu ikhlas kepada Pencipta Nan Satu, kerana DIA-lah yang Maha
Mengetahui segala-galanya.
Kiriman: Eziz Shukman,
Ahli Lama PESISIR,
Tumpat,Kelantan.
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/