MENGENAL DIRI
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
 
Tidakkah Aku ini Tuhan engkau? Mereka menjawab bahkan?
 
                                                                        
Atau dalam versi lain diterjemahkan sebagai:
 
”Bukankah Aku Tuhan kamu”. Mereka berkata: ”Betul, kami menyaksikan.”
 
                                                                                
                (Surah Al-A’raf : 172)
 
Walau apa pun terjemahan yang dilakukan, namun intisari maknanya tetap sama. 
Sesungguhnya dalam persoalan ini kita akan kembali kepada fitrah, maka selama 
mana seseorang itu mengenali dirinya maka akan selama itu lah kehidupannya 
tidak akan tersasar daripada landasan. Mereka akan sentiasa berada di dalam 
lingkungan keredaan dan kerahmatan Illahi. 
 
Bagi menepati natijah kejadian manusia ini kita akan sering bertanya kepada 
diri. SIAPAKAH KITA? DARI MANA KITA, DAN AKAN KE MANA KITA? Persoalan ini jika 
dihayati dan ditelusuri akan maknanya yang tersirat dan tersurat kita akan 
sentiasa berada dalam keinsafan kerana kita sebagai baka anak Adam a.s tidak 
akan berkesudahan dengan fasa kematian untuk menepati janji Allah SWT bahawa 
setiap yang hidup itu akan merasai kematian. Nah, kalau itulah premis kita 
dalam soal hakikat ini mengapa harus kita gusarkan lagi pemikiran kita.
 
Kita haruslah sentiasa melihat cermin hati kerana orang yang suci akan hati, 
jiwa, ruh dan kalbunya sahaja yang akan dapat melihat ’wajah’ Tuhan dan akan 
tenggelam di dalam Zat Allah SWT (makam yang bukan mudah untuk dicapai).
 
Oleh hal yang demikian, maka haruslah dilihat dengan jelas tentang riya’ kerana 
janji Tuhan adalah jelas. Barangsiapa yang riya’ maka segala pahala amalannya 
akan terhapus sebagaimana secara analoginya ”Seperti api yang memakan sekam”. 
Berbalik kita kepada sesiapa yang merasakan dirinya adalah segala-galanya maka 
bertaubatlah kerana ilmu Tuhan yang ada di atas muka bumi ini diumpakan sebagai 
sebatang jarum yang dimasukkan ke dalam lautan dan air yang melekat pada jarum 
itulah segala ilmu yang diberikan oleh Allah SWT. Oleh hal yang demikian maka 
kita ditunut oleh ISLAM untuk menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Adakah kita 
sudah memenuhi tuntutan tersebut. Ilmu yang dikamsudkan itu adalah ilmu yang 
berpaksikan kepada ketauhidan terhadapa Allah SWT sama ada yang bersifat 
vertikal dalam konteks memenuhi tuntutan hablun minnallah, mau pun yang 
bersifat horizontal bagi memenuhi tuntutan hablun minnannas demi melengkapkan 
apa yang dikataka fardu ain dan fardu kifayah.
 
Kemungkinan di satu sudut yang lain kita perlu melihat satu lagi sifat manusia 
yang barangkali sentiasa terlepas pandang atau kita sengaja tidak mahu 
menyedarinya. Sifat yang dimaksudkan ialah ”HASAD DENGKI” yang barangkalinya 
perlu kita sedarkan kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam kepompongnya. 
Ekoran daripada perasaaan ini akan melahirkan PENGKHIANAT. Hal ini kerana sudah 
banyak cerita dan peristiwa termasuklah yang difirmankan dalam al-Qur’an 
menyatakan tentang perkara tersebut dan kalau dilihat secara keseluruhannya 
sifat ini lebih BERBAHAYA daripada sifat riya’ (anggapan) kerana hasad dengki 
boleh menyebabkab kacau bilau dalam masyarakat hasil daripada adu domba yang 
dilakukan oleh Penghasad melalui fitnah-fitnah jika tidak dikawal. Kesan 
seterusnya akan melemahkan kekuatan seseorang dan akan menjadikan timbunan 
dalam komuniti dan seterusnya akan MELUNTURKAN kekuatan dan boleh MERUNTUHKAN 
ketamadunan satu-satu bangsa itu. Lantaran itu maka JANGANLAH KITA IZINKAN LAGI 
SEMANGAT SANG RAJUNA TAPA dalam era modenisasi ini kembali bersarang di dalam 
diri kita. Kerana perbuatan tersebut boleh meruntuhkan benteng ketamadunan 
Melayu. Cukuplah dengan keruntuhan Kota Melaka yang tercatat dalam Sejarah 
Melayu itu. Sekarang marilah kita kembali membina tembok kekuatan di dalam diri 
dengan berusaha untuk membentengi hati-hati kita daripada perasaan tersebut.
 
Menginsafi segala apa yang telah diperkatakan itu, marilah kita kembali kepada 
LANGKAH-LANGKAH MENUJU ALLAH. Kita tinggalkan amma-rah kita. Lontarkanlah 
jauh-jauh sifat:

Bakhil.
Tamak dan lobakan harta dunia.
Panjang angan-angan.
Sombong takkabur.
Ingin dan kasihkan kemegahan.
Ingin masyhur dan terkenal.
Hasad-dengki.
Dendam-kesumat.
Khianat dan niat jahat
Lalai kepada Allah SWT.
Dan lain-lain yang seumpamnya.
 
Tingkatkanlah nafsu kita ke makam yang lebih tinggi dari satu peringkat kepada 
satu peringkat sebagaimana:
2. Nafsu Lawwa-mah.
3. Nafsu Mulhamah.
4. Nafsu Mutma-innah.
5. Radhiah.
6. Mardhiyyah dan
7. Kamil (sempurna).
 
Tekunilah perjalanan nafsu kita itu agar kita akan memperoleh apa yang kita 
inginkan dan kita akan sentiasa berada di dalam KEREDHAAN dan KERAHMATAN-NYA, 
Insya-Allah.
 
Sekadar renungan.
_________________________________________________________________
NEW! Get Windows Live FREE.
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke