RENCANA-UTUSAN MALAYSIA Minggu 23 November 2008

 
 
 

                
                













Bangsa dan  bahasa Melayu di Nusantara


Tanpa kehormatan bangsa, tanpa digniti bangsa, tidak akan ada
kebanggaan berbangsa dan bangsa itu akan lenyap dengan sendirinya -
Catatan sejarawan Asia
Kesinambungan dunia Melayu terus mendapat perhatian para sejarawan,
gembong politik dan pelbagai pihak lain setelah dan manakala mengalami
proses perubahan sosial dan cabaran demi cabaran serta perubahan sikap
berikutannya.

Menarik perhatian kini ialah ulasan dan analisa politik dalam bahasa
Melayu, Cina, Inggeris dan India berikutan pilihan raya umum pada bulan
Mac lalu dan juga pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang membawa
kemenangan kepada Barack Obama dari golongan minoriti untuk jawatan
Presiden.

Seperti telahpun dicatat, tamadun dunia Melayu meliputi gugusan kepulauan 
Melayu (Malay Archipelago).
Antara catatan penting itu ialah:
1400:    Lahirnya Melaka oleh Parameswara
1409:    Laksamana Cheng Ho dari negara China mengadakan hubungan diplomatik.
1410:    Maharaja China dari Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka.
1446:    Wujudnya Kesultanan Melaka yang kemudian menjadi pusat perkembangan 
agama Islam di rantau Asia Tenggara.
1511:    Portugis menawan Melaka 
1641:    Belanda menawan Melaka
1824:    Inggeris memperoleh Melaka dari Belanda melalui satu perjanjian
Diulangi: Portugis memerintah dari 1511 hingga 1641, Belanda dari
1641 hingga 1824 dan Inggeris dari 1824 hingga 1957. Turut ditakluki
ialah India dan China.

Juga disebut bahawa selama penjajahan kuasa-kuasa Barat itu, orang
Melayu terus dan tetap beragama Islam. Beberapa penulis Portugis
menyebut betapa agama Islam diajar dipelbagai masjid, surau dan
madrasah, rumah para pembesar negeri serta juga istana, oleh orang
Melayu. Dalam pada itu pengembang-pengembang agama lain cuba bertapak
tetapi tidak ada orang Melayu menyertai mereka.

Turut memperteguh pendirian Melayu ialah bahasa mereka yang juga
dipanggil bahasa Jawi. Hal ini disebut, antara lainnya oleh Profesor
Dr. Teuku Haji Ibrahim Alfian dari Universiti Gajah Mada atas mauduk
Sejarah Dan Jati Diri Rumpunan Melayu (Indonesia). Lalu beliau mencatat
hal-hal berikut:

Berkunjung

Jan Huygen Van Linschoten, seorang petugas Belanda pada abad ke-16
berkunjung ke Nusantara dan menyaksikan betapa bahasa Melayu terkenal
di dunia Timur dan dianggap orang bahasa yang baik “.... siapa di
Hindia (Indonesia) tidak tahu bahasa ini, dia tidak boleh mengikut,
seperti pada kita bahasa Perancis.”

Ada banyak pakar dan tokoh sama ada pribumi mahupun asing yang telah
mengemukakan pendapat mereka mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa yang
diperlukan untuk penduduk di kepulauan Nusantara pada masa depan.

S. Surya Ningrat yang kemudian terkenal dengan nama Ki Hajar
Dewantara mengemukakan di negara Belanda (tahun 1916) bahawa kedudukan
bahasa Melayu adalah lebih daripada bahasa-bahasa daerah lain untuk
kemajuan bangsa Indonesia.

Muhammad Yamin dalam pidatonya dalam bahasa Belanda dalam Kongres
Pemuda Indonesia pertama pada tahun 1926 menyatakan: “Kepandaian bahasa
Melayu akan memberi kesempatan kepada siapa sekalipun untuk bergaul
dengan bangsa Jawa, Sunda, Melayu dan Arab, yang setiap hari menjadi
teman berbicara.... Dalam ekonomi perdagangan dan dalam dunia politik,
bahasa Melayu mendapat kedudukan pertama.

Bahasa Melayu atau Jawi yang terjelma inilah yang diangkat oleh para
pemimpin pergerakan nasional Indonesia menjadi bahasa Indonesia yang
akhirnya setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945
menjadi bahasa negara Indonesia.” Demikian antara catatan Profesor
Ibrahim Alfian.

Dalam sebuah buku lain mengenai sejarah Indonesia dinyatakan hal
berikut: “Belanda menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Belanda
sendiri atau bahasa Portugis, manakala berbicara dengan orang-orang
Indonesia di pasar, dalam rundingan-rundingan dengan pihak istana, di
tempat-tempat kerja, dalam acara-acara agama dan dalam pelbagai buku.”

Berkaitan dengan tamadun dunia Melayu dan kesinambungannya ialah
buku berjudul The Population of Malaysia oleh Profesor Saw Swee Hock
yang telah berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Hong Kong dan
Universiti Singapura.

Buku diterbitkan oleh Institut Pengkajian Asia Tenggara, Singapura
(2007). Antara lain pada bahagian akhirnya disebut: Bilangan warga
Bumiputera dijangka meningkat dari 65.9 peratus pada tahun 2005 hingga
72.1 peratus pada tahun 2035. Bilangan warga Cina akan menurun daripada
satu suku (25.3 peratus) kepada satu perlima (20.0 peratus) pada waktu
yang sama. Bilangan warga India juga akan menurun dari 7.5 peratus
kepada 6.6 peratus.






            
              
              
                
        


        TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
        
            
• Obama sedarkan orang Melayu

• Pertarungan dua wanita

• Orang Melayu perlu menang

•  Apa itu Anugerah Merdeka?

• Saya dapat bonus setiap hari

• Pengiktirafan kepada saintis

• Banyak lagi perlu dipelajari

• Bangsa dan  bahasa Melayu di Nusantara

• Ziarah di kota Madinah

•        Bahana skim cepat kaya

•                Preman, perokok dan bajaj

• Kereta Korea untuk rakyat Korea


        



            



                
                
                  
            
            
            [EMAIL PROTECTED]
            


                  


      
___________________________________________________________________________
Dapatkan nama yang Anda sukai!
Sekarang Anda dapat memiliki email di @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/id/

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke