Tahniah, Saya mengucapkan selamat kembali ke dunia penulisan dengan adunan pelbagai pengalaman yang boleh diterjemahkan melalui warna-warna kehidupan yang telah dilalui oleh Puan Zainab. Semestinya terlalu mahal dan bernilai lebih-lebih lagi andainya mendapat sentuhan kreatif dari seorang yang sememangnya sudah ada pengalaman dalam bidang tersebut. Saiful, UM.
To: [email protected]: [email protected]: Thu, 11 Dec 2008 06:53:26 -0800Subject: Re: { PESISIR } Dari Sajak ke Batu Permata Ingin juga rasanya berkongsi pengalaman dlm dunia penulisan ini...Saya mula menggilai bidang penulisan sejak entah bila. Rasanya ketika dlm darjah dua sudah ada sebuah buku berkulit keras yg saya tulis bermacm2 cerita. Itu sekadar hobi dan luahan perasaan terutama ketika sedih atau gembira.Sejak itu sy mula menulis diari. Bukan diari biasa seperti orang lain tetapi diari dari buku tebal berkulit keras yg sy beli di kedai runcit. Tarikh pd diari itu sy tulis sndiri. Diari sy bnyk tentang luahan rasa...atau pengalaman baru yg menarik..Di situ sebenarnya dunia penulisan sy bermula.Saya juga rajin membaca. Pertengahan tahun 70an kakak selalu membeli buku2 sajak. Kakak juga hampir setiap bulan membeli Dewan Sastera. Saya selalu membaca karya2 di buku dan majalah tersebut sehingga saya rasa karya2 tersebut semakin mencetuskan minat saya dlm dunia penulisan.Ketika di sekolah menengah saya menghasilkan karya dalam majalah sekolah setiap tahun. Karya saya walaupn cuma setahun sekali lahir dlm majalah sekolah tp amat membanggakan sy. Apalagi bila kwn2 memuji. Saya seperti ada peminat sendiri bila setiap hujung tahun ada yg bertnya: awak ada hantar karya ke majalah sekolah. Ketika di tingkatan 1-3 sy bnyk berpuisi dan berpantun..naik tingkatn 5-6 sy mula menulis cerpen. Setiap tahun ada yg datang pada sy dn memberi pujian yg cerpen saya menarik. Saya amat bangga bila ada yg memuji. Pujian sebenarnya menambah keyakinan diri saya untuk terus menulis.Di tingkatan 6 rendah tiba2 guru bahasa Malaysia memanggil sy bertemu dengannya di perpustakaan. Rupanya dia ingin saya terus berkarya. "Awak ada bakat dalam bidang penulisan. Cuba hantar sajak dan cerpen awak pada majalah atau surat khabar". Seminggu selepas itu, kakak yg tau minat penulisan dlm diri sy berkata, "sampai bila nk biarkan lipas baca karya2 kamu?"Saya terkelu. Saya tidak punya mesin taip ketika itu. Ada sebuah sy tengok d rumah nenek, milik sepupu sy yg sy anggap dia tidak akan meminjamkan mesin taipnya pada saya. Lama sy terpinga2 dengan masalah ini sehinggalah kakak membawa pulang sebuah mesin taip terpakai yg sy sendiri terlupa dr mana kakak mendaptkannya. Saya mula menghantar sajak ke Dewan Sastera, MIngguan Malaysia..tp karya sy tidak pernah disiarkan.Ketika menanti keputusan peperiksaan STP sy ke Kuala Lumpur ke rumah kakak. Kebetulan abang ipar mengenali saudara Sutung Umar RS. Saya diperkenalkan dengan beliau yg ketika itu bekerja di bahagian majalah DBP. Bila beliau membaca sajak2 saya, komen yg diberi ringkas tp penuh makna.. karya awak ada yg baik dan ada yg teruk. Awak berbakat tetapi karya2 awak belum mencapai standard untuk diterbitkan di Dewan Sastera. Saya tidak terkilan malah saya bangga bila ada orang memuji yg saya ada bakat.Tidak lama selepas itu saya bekerja di Penerbitan Adabi (sekitar tahun 1978). Ketika itu Penerbitan Adabi menerbitkan majalah aktual (seperti dewan pelajar) dan juga majalah Widya (seperti majalah Dewan Masyarakat). Kerja sy ketika itu sebagai kerani yg membuka surat2 dan karya2 kiriman pembaca atau penulis, memasukkannya ke dalam satu fail dan memastikan fail tersebut diletakkan di atas meja editor. Saya mengambil kesempatan tersebut dengan meletakkan cerpen saya di tempat paling atas dalam fail tersebut. Saya tidak menulis nama saya pada cerpen tersebut. Saya tidak mahu karya sy diterbitkan kerana saya bekerja di syarikat tersebut. Dada saya berdebar bila bos saya, editor bg majalah aktual dan widya keluar dr biliknya dan bertanya siapakah penulis cerpen di tangannya itu. Saya katakan itu karya saya. Cerpen pertama saya dengan judul 'Siapakah Dia' lahir pada bulan itu juga. Saya mendapat cek bernilai rm30 untuk cerpen tersebut.Dunia penulisan sy terhenti bila sy berumahtangga. Dalam kesibukan mengurus rumahtangga dan melayan anak2 yg lahir selang setahun saya sempat menyetai Sayembara menulis Novel Remaja anjuran Penerbitan Variapop. Saya mendapat Hadiah saguhati dan Novel tersebut dengan judul 'Sebentuk Cincin Seutas Rantai' merupakan novel pertama saya. Ada harga yg terpaksa sy bayar ketika menyiapkan novel novel tersebut dalam masa 2 minggu. Anak sy yg berusia 2 tahun ketika itu, yg begitu aktif jatuh dr almari yg dipanjatnya sehingga luka di dagu dan menerima 4 jahitan. Saya nampk wajah muram suami sy yg seakan menyalahkan sy kerana terlalu leka menaip... dan sejak itu sy terfikir untuk melupakan dunia yg amat sy minati ini..Namun dunia penulisan seakan sudah sebati dlm diri saya. 4 thn selepas itu novel ke 2 saya lahir, kemudian novel ke 3 saya. Tetapi kerana novel2 itu diterbitkan oleh syarikat penerbitan yg agak kecil, pasarannya tidak begitu meluas. Namun ada beberapa surat yg sampai ke meja syarikat penerbitan tersebut yg memuji novel2 sy.Hari ini, dalam usia menjangkau 50 thn pd April tahun depan, sudah tidak lagi bekerja mulai Disember ini, saya merasa ruang untuk sy menulis terlalu banyak. Saya boleh duduk di depan komputer seberapa lama yg saya inginkan. Sy sendiri nekad, dlm usia emas ini, selepas hilang lelah menjadi seorng pekerja, sy bebas menulis. Gangguan keluarga juga rasanya tidak ada kerana anak yg paling bungsu pn sudah 19 thn dan akan melanjutkan pelajaran d uitm hujung bukan ini... Jadi impian saya... SAYA AKAN MULA MENULIS SEMULA.... Tambahan: Ahad 14.12.08 sy akan menghadiri kursus penulisan skrip drama dan filem d Finas..Semoga sy mendapat menafaat dr kursus yg sy hadiri itu.Soalan saya: TERLALU TUAKAH SAYA UNTUK KEMBALI MENJADI PENULIS?________________________________From: Ediramle Ismail <[email protected]>To: [email protected]; [email protected]; [email protected]; [email protected]: Wednesday, December 10, 2008 8:30:56 AMSubject: { PESISIR } Dari Sajak ke Batu PermataSekadar berkongsi pengalaman (Cerita tentang diri sendiri).Tahun sebelum 1977. Tak tahu apakah sebenarnya yang diinginkan.Pada tahun 1977 mula berkenalan dengan sajak dan terus menulis sajaksebaik sahaja baca beberapa buah sajak. Kemudian pernah baca satu tulisanyang mengatakan untuk jadi seorang penyair antara syaratnya perlu bacasekurangnya 10,000 buah sajak. Masa tu mulalah mengumpul sajak dimana-mana sahaja terjumpa. Di akhbar, di majalah di buku-buku puisi,antologi dan kumpulan puisi.Kegilaan menjadi lebih teruk bila hampir sepanjang hari bersama sajak dansampai tidak dapat menulis prosa. Di mana-mana baca sajak, di mana-manatulis sajak.Ketika masuk askar masih lagi dengan sajak. Berlarutan hingga 1990.1990 perubahan berlaku setelah mendapat kerja tetap untuk kali keduaselepas bekerja sebagai penoreh dan di ladang sawit antara tahun 1985hingga 1989.Pada tahun 1990 telah mula bermain dengan persatuan NGO dari persatuanpenulis ke persatuan belia , bekas Tentera dan beberapa persatuan lain.Satu ketika pernah pegang 5 setiausaha dalam satu masa.Ketika itu sajak telah semakin perlahan lari dari diri dan semakin tidakdatang.Tahun-tahun 1990 hingga 2000 adalah tahun yang dipenuhi oleh aktivitipersatuan. Sehingga sajak semakin menjauh. Apabila menyedari yangberpersatuan tambah lagi sebagai setiausaha persatuan tiga empat persatuansekali gus ini membuatkan penulisan semakin menjauh.Tahun 2000 semakin cuba untuk melupakan persatuan kerana sayangkanpenulisan. Tahun 2000 mula letak jawatan setiausaha beberapa persatuan .Rasa lega sikit.Bagaimanapun kegilaan baru pula datang iaitu ICT . Mulalah siang malambersama komputer dan internet , bersama e-mel dan egroup yang dimulaisejak 1998.Tak juga dapat kembali semula ke dunia penulisan. Perasaan ingin kembalike dunia penulisan tetap ada.Disamping kegilaan dalam ICT turut serentak juga mula mengemari astronomi.ketika itu mulalah mencari sumber-sumber sehingga cuba mengenal bintang dilangit , planet di langit dan bermacam jisim di langit. Dan pernahmengeluarkan kata-kata bahawa sesuatu bangsa pasti tidak akan maju tanpamenguasai Angkasa.Ketika itu cuba menulis. Mujur juga dapat disiapkan sebuah novel tentangangkasa lepas.Kegilaan terhadap ICT masih juga berjalan seperti biasa , begitu jugadengan persatuan tak dapat ditinggalkan terus , tetapi minat terhadapastronomi telah menjadi kurang dan tidak lagi menjadi kegilaan.. Iniberlangsung sehingga tahun 2008.Tahun 2008 sekali lagi berubah. Semuanya berpunca daripada ICT. Kali inimasuk ke suatu ruang yang lebih mencabar dan begitu luas.Tahun 2008 mula mengemari hal-hal yang berkaitan dengan Kuasa Minda. Darisitu mula mencari hal-hal yang berkaitan dengan kuasa minda bawah sedar. Dunia ini juga menyeronokkan dan semakin pergi semakin jauh dan menjadisemakin dekat dengan perubatan altenatif dan perbomohan.Kegilaan ini membuatkan terpaksa mengali tulisan-tulisan yang berkaitandengan kuasa minda dan menjalar kepada hal-hal yang berkaitan denganpernafasan dan berkaitan dengan perubatan serta aura.Dari aura mula mengenal kristal. Dari situ seperti kembali ke satu tempatdi mana mula cuba mengenal jenis-jenis batu permata. Mula cuba mengenaljanis-jenis batu akik, delima ,zamrud, kecubung dan pelbagai.Selepas ni nak ke mana pula. Perjalanan belum selesai. Sesungguhnyaperjalanan ini sungguh menyeronokkan. Tapi apakah mungkin dapat ku kejarsemuanya secara serentak. Tapi cukup percaya selagi menumpukan kepada NGOsudah pasti segala hasrat bakal tidak tercapai.Ruang yang hanya sempat dijenguk tapi tak sempat dimasuki walaupun agakberminat ialah fotografi dan penanaman . Ruang perniagaan boleh berada dimana-mana saja dalam dunia minat itu.Dunia permata ,dunia kuasa minda, dunia ICT, dunia Sajak , dunia novel,dunia astronomi,juga dunia NGO rupanya hampir sama saja.HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MAKNIKAM.Ediramle Ismailhttp://www.kokpasir .com[Non-text portions of this message have been removed] _________________________________________________________________ Easily edit your photos like a pro with Photo Gallery. http://get.live.com/photogallery/overview [Non-text portions of this message have been removed]
