Salam... Tahniah saya ucapkan kepada Lan dan pengerak Pesisir kerana berjaya menganjurkan majlis perjumpaan Pesisir bersama Tintarona. Seronok dapat tengok gambar rakan-rakan. Saya kat sini pula terpenjara dengan jadual bengkel yang agak padat dan sesi pertama akan berakhir sehingga 26 Januari 2009. Kemudian diikuti sesi kedua dari 1 Februari hingga 29 April 2009. Gambar bengkel yang saya kendali tu bolehlah tengok dalam http://manzaidiamn.blogspot.com Saya cadangkan program bersama Pengarang Tintarona diadakan sekerap mungkin, maksud saya tidak semestinya setahun sekali, tetapi boleh diadakan dua atau tiga kali setahun. Sebab banyak yang ahli Pesisir boleh timba daripada saudara Lan. Itu cadangan saya yang hanya memerhati dari luar. Tak lama lagi Sinar Harian akan ke Perak dan Johor pula, lagi la peluang untuk saya balik ke Kelantan dah tertutup. Sekarang ni pun sedang traning skuad baru utk Perak dan Johor. Apapun, saya doakan rakan-rakan Pesisir semuanya sihat dan beroleh kebahagiaan. Datang KL jangan lupa haloo. Boleh kita jumpa, makan-makan dan minum-minum. Utk makluman rakan-rakan, saya habis kerja jam 12 malam. So, lepas pada jam 12 malam bolehlah kita jumpa di mana-mana di KL. (Waduhhh cakap macam dah biasa sangat dgn jalan2 KL ni), tapi tak apa, saya ada jurupandu yang mahir dengan peta KL ni. Oklah. Salam untuk semua.
--- Pada Jum, 19/12/08, Ediramle Ismail <[email protected]> menulis: Daripada: Ediramle Ismail <[email protected]> Subjek: { PESISIR } Gambar perjumpaan Pesisir bersama Tintarona Kepada: [email protected], [email protected] Tarikh: Jumaat, 19 Disember, 2008, 2:43 PM Gambar-gambar perjumpaan PESISIR bersama Editor Tintarona PADA 19 DISEMBER 2008 9.30 PAGI BERTEMPAT DI RUMAH SDR ANUAR MUSA, KETUA 2 PESISIR KG. TELAGA LANAS PENGKALAN KUBOR. http://jumpaeditort intarona. pesisir.net Ruang luas terbuka di hadapan penulis sekiranya ingin melangkah. Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/ [Non-text portions of this message have been removed]
