akum...
2008 sudah meninggalkan kita semua. 2009 muncul dengan fajar azam yang
barangkalinya belum lagi dilangsaikan. apa pun itulah rutin dunia. tahun
berganti tahun dan azam bertindan azam.
saya mulai 2009 dengan menjadi penerbit buku secara kecil-kecilan. saya
memulakan langkah pertama sebelum menyusun langkah seterusnya (bukan langkah
seribu). apa pun kalau teman-teman ada idea perihal penerbitan, bolehlah
kongsikan dengan saya.
bercakap banyak pun tidak ada gunanya. cuma saya pinta teman-teman tolong
bantu saya. buku yang saya terbitkan itu sesuai untuk perpustakaan
sekolah rumah atau dimana sahaja. NOVELET MODAL INSAN. demikian sirinya. di
dalamnya terkandung nilai-nilai murni, patriotik, kreatif dan sebagainya.
kepada yang berminat boleh hubungi saya. setangkai budi ditabur insyaallah
akan tumbuhi sepuluh tangkai lagi budi emas sepanjang zaman. bila seseorang
itu membantu orang lain dan orang yang dibantu itu mampu menunaikan sembahyang
tanpa uzur, isnyaAllah akan ada doa ikhlas daripadanya.
[Non-text portions of this message have been removed]