Tak kira spesis tersebut Islam atau kafir akan tetapi yang pastinya ialah 
mereka adalah daripada spesis yang lebih jahanam daripada spesis 'IBLIS' 
laknatullah yang tidak pernah mahu mengakui hakikat bahawa Allah itu Maha 
Perkasa, kalau tidak mana mungkin mereka boleh melakukan perkara sedemikian ke 
atas rumah Allah. Marilah kita sama-sama panjatkan doa kehadrat Illahi agar 
mereka yang melakukannya itu mendapat pembalasan yang setimpal dari Allah SWT 
atas perbuatan yang mereka lakukan itu.

To: pesi...@yahoogroups.comfrom: manzai...@yahoo.comdate: Wed, 4 Feb 2009 
22:03:00 +0800Subject: Re: { PESISIR } hantu tu spesis jin?



Pandangan dan firasat kawe lain Li. Kawe tak pernah ternampak org bukan Islam 
nak buat mcm ni. Kawe rasa ini memang kerja org Islam yang kalis jijik. Orang 
yang hidupnya dua alam. Islam tetapi mengamalkan adat dan budaya orang kafir. 
Mustahil orang bukan Islam berani buat macam tu di institut yang majoritinya 
Melayu/Islam. Tapi entahlah...--- Pada Sel, 3/2/09, azle abdullah 
<azlee...@yahoo.com> menulis:Daripada: azle abdullah 
<azlee...@yahoo.com>Subjek: Re: { PESISIR } hantu tu spesis jin?Kepada: 
pesi...@yahoogroups.comtarikh: Selasa, 3 Februari, 2009, 6:58 PMblog itu telah 
aku baca. aku fikir ini bukan kerja orang Islam. orang Islam tak akan "bermain" 
dengan kepala babi. lainlah kalau sekadar bertopengkan Islam. motifnya mudah 
saja, iaitu perasaan benci yang amat sangat terhadap orang Islam. barangkali 
ini adalah golongan yang memang sudah lama merancang untuk merosakkan kesucian 
Islam. Sudah tentu golongan yang sedang bermain api dan berusaha membakar 
perasaan dan kesabaran umat Islam. Suatu tindakan serius, teliti, drastik dan 
bijaksana wajib diambil untuk mencari manusia durjana/ ataukumpulan durjana 
ini../.--- On Sun, 2/1/09, Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com> wrote:From: 
Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>Subject: Re: { PESISIR } hantu tu 
spesis jin?To: pesi...@yahoogroups .comDate: Sunday, February 1, 2009, 6:36 
PMBaru-baru ini saya dikejutkan dengan satu berita yang disampaikan oleh 
seorang sahabat saya mengenai penemuan kepala babi di Surau Pusat Pengajian 
Islam Universiti Malaya (UM) tiga hari sebelum pilihan raya kecil Parlimen 
Kuala Terengganu. silalah tengok dalam http://fairusrazak. blogspot. com --- 
Pada Ahd, 1/2/09, azle abdullah <azlee...@yahoo. com> menulis:Daripada: azle 
abdullah <azlee...@yahoo. com>Subjek: Re: { PESISIR } hantu tu spesis 
jin?Kepada: pesi...@yahoogroups .comTarikh: Ahad, 1 Februari, 2009, 5:22 PMsaya 
 tak mahu tulis pengalaman tentang jumpa hantu, atau takut hantu, cuma nak 
minta pandangan kawan2 sikit tentang apa itu hantu? ada orang kata hantu 
sebenarnya spesis jin yang menyamar sebagai hantu. saya pun tak tahu ini fakta 
atau pendapat. atau hantu tu spesis syaitan/iblis yang memang kerja sakat dan 
pesongkan akidah manusia! memang cerita hantu ini amat popular, dah 20 tahun 
jadi cikgu dan entah berapa kali bawa budak berkhemah, dan seumpamya.. memang 
banyak cerita... masa saya di bacaria sekitar tahun 1986 dulu pun ada saya 
fokus cerita hantu ini, minta pendapat bomoh melayu, cina, india dan siam. ada 
hantu kaya ada hantu miskin. ada hantu segak ada hantu melarat.. macam manusia 
jugalah gamaknya.. jenis drakula duduk dalam istana, rumah besar.. pakaiannya 
mahal.. ada hantu yang merempat duduk atas pokok, pakaian pun selekeh...--- On 
Sat, 1/31/09, Ediramle Ismail <edira...@pesisir. net> wrote:From: Ediramle 
Ismail <edira...@pesisir. net>Subject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok 
hantuTo: pesi...@yahoogroups .comDate: Saturday, January 31, 2009, 3:37 
PMKetika saya berkunjung ke Shah Alam tahun lepas dan ketika sempat jumpa 
Manzaidi di sana bersama sdr. Zakaria Busu , kami sempat diberitahu tentang 
cerita penghuni keluarga tiga beranak itu. Selain itu diceritakan juga tentang 
keadaan dalam perjalanan di jalan antara Gua Musang ke Kuala Krai yang mana 
ketika melalui di tempat berhampiran pokok besar Zaidi merasakan sesuatu sedang 
menumpang keretanya dan apabila dibaca ayat-ayat kedengaran bacaan itu bergema 
seperti ada yang mengajuk. Pada pertemuan malam itu kami banyak berbicara 
tentang makhluk halus . Saya seronok dengan perbincangan dan cerita-cerita pada 
malam tu dan cerita-cerita yang disampaikan Zaidi ketika tu masih saya ingati 
dengan baik.Saya tidak pernah terjumpa hantu baik dalam bentuk penampakan, 
bunyi suara atau pergerakan benda-benda. Tapi ada sekali kira-kira 20 tahun 
yang lalu ketika saya duduk di hadapan seorang bomoh yang dipanggil untuk halau 
hantu. Ketika bomoh itu baca sesuatu dan kemudian hembus, saya rasa ada satu 
benda seperti gumpalan kabus dan seperti angin menembusi badan saya dan terus 
berlalu. Jadi saya kira yang hantu itu seperti satu objek yang boleh menembusi 
objek lain tanpa terhalang. Saya juga seorang yang agak penakut .Selalunya 
ketika waktu malam semasa meronda dalam skim SRS (Skim rondaan sukarela) saya 
sering berada di posisi pertengahan terutamanya di lorong-lorong yang gelap 
bagi mengelakkan daripada berada di posisi paling belakang yang boleh membuat 
terasa seperti ada yang mengikut dari belakang.Saya kira apa-apa yang 
digambarkan dalam cerita-cerita filem dan apa yang digambarkan di internet 
wajah-wajah hantu tu seperti tidak begitu tepat, kerana hantu-hantu yang 
digambarkan adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Hantu di 
Malaysia tidak sama dengan hantu di cina, di jepun atau sebagainya. Saya pernah 
dengar cerita orang kata hantu tak sukakan bau-bauan wangi , sebaliknya mereka 
suka bauan yang busuk seperti bangkai dan sebagainya. Hantu juga gemar kepada 
warna-warna tertentu seperti warna kuning keorenan (kuning kunyit) kerana itu 
orang dulu-dulu buat pulut kuning untuk jamu hantu.Satu perkara lagi mungkin 
sekali hantu suka tempat gelap kerana selalunya ketika kita merasa takutkan 
hantu adalah pada waktu malam. Edi----- Original Message ----- From: Manzaidi 
MohdAmin To: pesi...@yahoogroups .com Sent: Friday, January 30, 2009 5:54 
AMSubject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantuOk, biar saya yang mula 
topik ini.Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin 
telah dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004. Kedua, di 
kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak' yang 
menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu, bapa dan 
anak.Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga 
berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian 
berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah 
kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak 
pindah-pindah.Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. 
Malah dalam seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik 
air, 'dia' tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu 
dibuka tutup, buka tutup. Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami 
halang dan larang bomoh itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu 
kami, kenapa kami perlu halau 'mereka'.Ini memang kisah benar dan seminggu 
lalu, ketika saya seorang diri di rumah dan berada di bilik air, tetiba 
terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat dono jer. Memang itu adalah kawan 
saya. Selepas melepas hajat, saya tengok kawan saya itu dalam keadaan pucat. 
Dia hanya sempat berbual lima minit kemudian minta diri nak pulang.Keesokkan 
hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu, pintu itu 
kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika dalam bilik 
air).. Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di 
ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya dalam 
bilik air). Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang 
budak yang menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia 
ketakutan dan menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan 
saya itu selepas saya keluar dari bilik air).Sekarang pun 'keluarga' itu masih 
ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara ringkasnya.Berhubung soalan Edi, siapa 
pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya: Saya pernah tengok, tetapi 
tidak pernah dengar suara hantu.Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak 
nampak mereka dan itu yang menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan 
pula berdiri bulu roma. Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila 
dengar ada hantu.Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang 
Empat, Tumpat dan di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam.Apakah perkara 
yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu.--- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle 
Ismail <edira...@kokpasir. com> menulis:Daripada: Ediramle Ismail 
<edira...@kokpasir. com>Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantuKepada: 
pesi...@yahoogroups .comCc: kokpa...@yahoogroup s.com, kelantan-kita@ 
yahoogroups. com, perin...@yahoogroup s.com, tum...@yahoogroups. comTarikh: 
Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AMKali ini nak bincang tentang perkara yang 
mungkinnya agak asing sikit untuk berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk 
halus ini.Saya nak tanya soalan berikut:1. Siapa yang pernah tengok dan dengar 
suara hantu?2. Mengapa kita takut hantu?3. Di manakah tempat kesukaan hantu?4. 
Apakah perkara yang tidak disukai hantu?Terima kasih.Ediramle[Non-text portions 
of this message have been removed]Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama 
E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat 
sebelum orang lain mendapatkannya!http://mail. promotions. yahoo.com/ 
newdomains/ my/[Non-text portions of this message have been removed][Non-text 
portions of this message have been removed][Non-text portions of this message 
have been removed]Reka Pingbox eksklusif anda sendiri hari ini! Mudah untuk 
membuat ruang bual peribadi di blog anda. http://my.messenger .yahoo.com/ 
pingbox/[Non-text portions of this message have been removed][Non-text portions 
of this message have been removed]Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama 
E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat 
sebelum orang lain 
mendapatkannya!http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/[Non-text 
portions of this message have been removed] 





_________________________________________________________________
See all the ways you can stay connected to friends and family
http://www.microsoft.com/windows/windowslive/default.aspx

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke