JIKA berbicara mengenai buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah
golongan masyarakat di negara ini. Namun, buah tersebut sebenarnya telah
digunakan secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia,
China sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan. Di Ningxia,
lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah
mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan
kehidupan yang aktif.
 Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum (wolfberries) merupakan sejenis
tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.
Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk
tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
 Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding
buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan
lobak.
 Antioksida membantu mempertahankan integriti sel dengan melindungi mereka
daripada diserang oleh radikal bebas. Kebanyakan penyakit berkait dengan
penuaan adalah disebabkan kerosakan akibat radikal bebas. Oleh kerana
kualitinya yang lebih tinggi, beberapa kajian perubatan telah mengesyorkan
kegunaan Goji Ningxia sebagai pertahanan yang terbaik dalam melawan radikal
bebas. Seperti tumbuhan yang lain, Goji juga mempunyai pelbagai bilangan
spesis dan jenis. Daripada 80 spesis Goji yang berbeza di seluruh dunia,
Lycium barbarum dari Ningxia mengandungi paras rangsangan-imunisasi
polisakarida yang jauh lebih tinggi.
 ketahui dengan lebih lanjut layari lamam web ini www.lelakiperkasa.com

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "php 
malaysia" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to [EMAIL PROTECTED]
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/phpmalaysia
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke