Buat pengantin baru ati-ati ya ...
Temen kuliah anak Malay kirimi aku ...
 
didiek



TELUR REBUS ALA MALAYSIA

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada 
satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku 
suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang 
malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa 
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku 
dah tak pekena telur rebus ni ..... sebab orang rumah aku masak sedap-
sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta 
aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab 
kena menapak.
Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur 
rebuslah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order 
telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 
10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba 
dekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab 
lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku 
tiba-tiba cakap dia ada surprise untuk aku malam ni. Dia suruh aku 
tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. 
Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan 
isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak 
pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak 
spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon 
berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun 
melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... 
bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... 
Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan 
lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap 
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia 
kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. 
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu 
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku 
kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan 
lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar 
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. 
aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam 
bangkaila.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku 
sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu 
hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. 
lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain 
penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa 
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... 
ALAMAK!!!............
Benda pertama aku lihat.. ..........muka merah padam pak mertua aku, 
mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja 
makan.....Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.


Kirim email ke