Title: saat kematian
|
| Kematian adalah sesuatu
yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut.
Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut,
Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika
hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang
yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika
hidup-hidup. |
| Amatlah beruntung
seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah
(kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan
suul-khatimah. |
| Tentang tanda-tanda
samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat
hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang
bermaksud: |
| "Perhatikanlah tiga
perkara kepada orang yang sudah hampir mati
itu: |
| Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya |
| Kedua: berlenang air
matanya dan |
| Ketiga: lubang hidungnya
kembang kempis |
| Itu adalah tanda bahawa
rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati
itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya
nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab
Allah sedang menimpa
dia." |
| (Hadis riwayat Abdullah,
Al-Hakim dan
At-Tarmizi) |
| Berdasarkan hadis ini,
ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat
sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah
dan mengampuni segala dosa-dosanya
itu. |
| Dipercayai bahawa
kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung
kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam
khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan
kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada
pelipisnya. |
| Air mata yang keluar dan
hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat
malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat
ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk
melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa
memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan
rahmatNya dengan mengampunkan
dosa-dosanya. |
| Orang-orang yang kafir
pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila
nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan
dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan
penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan
kekufurannya. |
| Dari Alqamah bin
Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud: |
| "Bahawa roh orang mukmin
akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan
bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar
oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor
khimar." |
| Terdapat juga orang
mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka
sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah
atas segala dosanya. |
| Oleh itu apabila rohnya
keluar dari jasad, dosanya telahpun
terhapus. |
| Kadang-kadang kita
melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir
yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan
orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah
terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana
sisa-sisa dosanya telah pun
dikaffarah. |
| Orang kafir yang mati
dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan
dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap
kebajikan akan
dibalas. |
| Tetapi kerana dia tidak
beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan
diazab di akhirat
kelak. |
| Oleh itu, kita yang masih
hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap
segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan
khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan
keampunanNya. | |
|