----- Original Message -----
From: "Jun" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "Rohis 6"
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, November 23, 2000 8:02 AM
Subject: [daarut-tauhiid] Kisah Penguburan
> Assalaamu 'alaikum ...
> Ini ada kisah penguburan, Insya Allah menjadi i'tibar buat kita semua.
>
> Kisah Benar yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Kejadian ini
> terjadi di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah
orang
> kaya serta berpengaruh dimasyarakat.
>
> Begini ceritanya .........
>
> Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun.
> pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu macam macam
> jenis mayat saya uruskan.
>
> Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung,
bunuh
> diri dan sebagainya.Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di
> sebuah tempat di sekitar kota selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa
> tahun lalu menyebabkan sayapada satu kes yang cukup "istimewa" sepanjang
> saya menguruskan jenazah.
>
> Inilah kalipertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh,
> menyedihkan,menakutkan dan sekaligus menberikan banyak iktibar.
> Peristiwa itu berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka.
> Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidak dapatlah saya nyatakan
> di sini.Ianya terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak
> allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
>
> Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengobati mata
> ibunya bagi kali terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan
> kembali dapat membaca al-Quran.Tapi bila saya hendak pulang, anak
> allahyarham datang dan menemui sahabat saya tadi dan bertanya apa saya
dapat
> mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata " Cobalah tanya dia sendiri
".
>
> Tapi kawan saya pernah memberitahu dua bulan yang lalu saya sedang
> mengadakan kursus dalam hal pengurusan jenazah. Anak allahyarham menemui
> saya. Saya beritahukan jenazah tidak baik dibiarkan lama-lama. Saya terus
> pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah
> Allahyarham, tercium bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup jijik dan
> busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak penah saya
bertemu
> dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah allahyarham, sekali
> lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung
oleh
> macam macam perasaaan ........ takut, cemas, kesal dan macam macam.
>
> Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah. Kemudian saya pun ambil
kain
> kafan yang dibeli oleh anak allahyarham dan saya potongkan. Secara
kebetulan
> pula, di situ ada dua orang yang mengikut kursus pengurusan jenazah yang
> pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
> Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku.
>
> Sekedar Untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat
> itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk
> mengeluarkan najis yang tersisa. Maka saya pun urut urutkan perut
> allahyarham.
>
> Tapi apa yang berlaku pada hari itu sangat mengejutkan. Allah itu Maha
> Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur
mayat
> tadi tapi melalui mulutnya.
>
> Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut urut lagi
> perutnya Tapi najis keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar debar. Apa
yang
> sedang berlaku didepan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini
memuntahkan
> najis, saya harap ianya tidak berulang lagi kerana saya mahu mengurut
> perutnya bagi kali terakhir.
>
> Tiba tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah
> daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih
hibup.
> Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya
> ulat itu, jangan tanya saya.
>
> Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu
> kematiannya dengan waktu saya mengurusnya cuma lima jam setengah
selangnya.
> Aneh, bagaimana dalam tempo yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi
> sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak allahyarham. Mereka seperti
terkejut.
>
> Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa
mereka.
> Saya tengok dua orang pembantu tadi,mereka juga terkejut dan panik. Saya
> katakan kepada mereka, " Inilah ujian Allah kepada kita."Kemudian saya
minta
> salah seorang daripada pembantu tadi pergi memanggil semua anak
allahyarham.
>
> Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung karena mempunyai tujuh
> orang anak, kesemuanya laki laki. Seorang berada di luar negeri dan enam
> lagi berada di sini.
>
> Bila kesemuanya anak allahyarham masuk,saya nasehati mereka. Saya
> mengingatkan mereka bahwasanya tanggungjawab saya hanyalah membantu
> menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya
tanggungjawab
> tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan
> jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok guru.
>
> Saya berkata, ingat satu masa dahulu ibu kalian sibuk maka allahyarham
> pernah memandikan kalian. Itulah jasa dan pergorbanan seorang bapa. Tetapi
> saya kesal kerana dalam saat saat begini anak anak allahyarham tidak
> langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
>
> Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat
> itu. Takdir Allah, apabila ditunggingkan mayat tersebut, tiba tiba
> keluarlah ulat, ulat yang masih hidup. Hampir sebaskom banyaknya. Baskom
itu
> kira-kira besar sedikit daripada penutup saji meja makanan.
> Subhanallah........ Suasana menjadi makin panik.
>
> Saya terus mencari akal dan berharap tidak berlaku lagi kejadian kejadian
> yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan semula mayat tersebut dan
> saya ambilkan wuduk. Saya minta anak anaknya mengambil kain kafan. Saya
bawa
> mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara
itu
> kecuali waris yang terdekat sebab saya takutperkara perkara yang lebih aib
> akan berlaku.
>
> Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan diatas kain
> kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi ujung kepala dan
> kaki, tidak ada lebih. Maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak
> keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu
menerima
> mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap dikala memotongnya. Lalu
> saya ambil baki kain, saya potong dan tampung ditempat tempat yang kurang.
>
> Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-sambung, tapi apa nak dikata,
> itulah yang dapat saya lakukan. Dalam masa yang sama saya berdoa kepada
> Allah " Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah
sekedar
> peringatkan kepada hambamu ini. " Selepas itu saya beri taklimat tentang
> sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan, yang hadir cuma 13 orang
> saja.
>
> Sehabis sembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masallah timbul. Jenazah itu
> tidak dapat dihantar ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta
> jenazah/mobil ambulan. Saya hubungi, Pusat Islam, DBKL, dan sebagainya
tapi
> susah, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah karena kereta yang ada
> sedang digunakan.
>
> Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul memawarkan bantuan.. Lelaki
> itu meminta saya menungu sebentar untuk mengeluarkan van /sejenis mobil
> pick-up dari garaji rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika
dia
> sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di rumah allahyarham,
tiba
> tiba isteri nya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak
> ramai.
>
> "Abang,saya tak benarkan mobil saya ini digunakan untuk angkat jenazah itu
> sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik mobilnya. "
>
> Renungkanlah,kalau tidak ada apa apa nya, tidak mungkin seorang wanita
yang
> lembut hatinya akan berkata demikian.
>
> Jadi saya suruh tuan punya van itu bawa kembali vannya.Selepas itu muncul
> pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia anak
> murid saya. Dia meminta izin dari saya dalam 10 - 15 menit untuk bersih
kan
> mobilnya itu.Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul mobil
tersebut,
> tapi dalam keadaan basah kuyup. mobil yang dimaksudkan itu sebenarnya lori
> dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah,
> pernahkan kita lihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?
>
> Dalam perjalanan menuju kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua
> pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak usah bantu kami menguburkan
> jenazah tadi. Saya menganjurkan agar mereka pergi menguburkan orang lain
> dikampung yang sama,itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi
> peristiwa ganjil.Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi,
> takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai saja jenazah
> kekuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan
> tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu
mencecah
> ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah celah
bumi
> yang pada asalnya kering.
>
> Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk
saya
> menjawabnya. Lalu saya arahkan anak allahyarham supaya
> jenazah bapa mereka dikemas dalam peti dgn hati-hati. Saya takut nanti ia
> terlantang atau terlangkup nanuzubillah. Kalau mayat terlangkup .....tak
ada
> harapan untuk mendapat syafaat Nabi.
>
> Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut. Selepas
itu
> kami injak injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi
> sungguh mengherankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi
becek.
>
> Saya tahu, jenazah yang ada didalam tenggelamkan oleh air hitam yang busuk
> itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak anak allahyarham
supaya
> berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Artinya
> kubur itu tidak ditimbun hingga ke permukaanlubangnya, tapi ia seperti
kubur
> berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talkin,
saya
> tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
>
> Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah baru sekali dalam sejarahnya
> peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaanitu, saya ambil keputusan
> untuk selesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat
> dalam pengurusan jenazah,inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma
> bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang
kerumah
> allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri
> allahyarham apakah yang telah dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya.
> Apakah dia penah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas,
> menipu , memakan harta masjid dan anak yatim?
>
> Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia
> malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi
sedihnya
> sehingga sekarang, tidak seorang pun anak allahyarham menghubungi saya.
> Untuk pengetahuan umum, anak allahyarham merupakan orang yang
berpendidikan
> tinggi hingga ada seorang yang beristeri orang Amerika, seorang dapat
isteri
> orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepang.
>
> Saya bertambah sedih apabila dua orang yang mambantu saya menguruskan
> jenazah tadi menelefon saya. Mereka berkata mereka menyesal membantu saya
> menguruskan jenazah allahyarham karena anak anak allahyarham telah
> menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan
> kisah itu kepada masyarakat? Mereka berkata " Tidak ".
>
> Peristiwa ini akan tetap saya ingat . Kepada masyarakat, tanyalah diri
kita
> adakah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu
> bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita?
>
> Adakah kita mahu berulang ulang kali dan hingga sampai satu masa nanti,
> masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
>
> Renungkanlah ................
>
> Semoga bermamfaat,
> wassalam
> M, Khalid Arachman
>
>
>
>
>
>
>
>
> -------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
> eLerts
> It's Easy. It's Fun. Best of All, it's Free!
> http://click.egroups.com/1/9699/2/_/8396/_/974941360/
> ---------------------------------------------------------------------_->
>
>
============================================================================
=================
> Untuk berlangganan kirimkan e-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
>
> Untuk berhenti kirimkan e-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
> (Jangan lupa me-reply e-mail konfirmasi yang dikirimkan sistem)
>
> Menuju Ahli Dzikir, Ahli Fikir, dan Ahli Ikhtiar
>
============================================================================
=================
>
>