Saddam disemadi -- Dunia Arab anggap hukuman mati balas dendam AS, tidak adil 
         
      SEBAHAGIAN penyokong Saddam Hussein menziarahi pusara bekas Presiden Iraq 
yang disemadikan di tanah kelahiran beliau di Awjah, Iraq kira-kira 180 
kilometer dari utara Baghdad, semalam.   
---------------------------------
  

  TIKRIT 31 Dis. – Jenazah Saddam Hussein selamat dikebumikan awal hari ini di 
kampung halamannya, Awjah, utara Iraq - 24 jam selepas beliau digantung dalam 
keadaan tergesa-gesa pada hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.
  Kira-kira 2,000 rakyat Iraq membanjiri kawasan itu - sambil ada yang meratap, 
menangis dan berteriak slogan anti-Amerika.
  Dunia Arab menganggap Amerika Syarikat (AS) seolah-olah menjadikan Saddam 
sebagai ‘haiwan korban’ walaupun negara itu menegaskan ia tidak ‘campur tangan’ 
dalam soal hukuman ke atas bekas Presiden tersebut.
  ‘‘Saddam telah dibawa ke tali gantung seolah-olah beliau seekor biri-biri 
yang menanti untuk disembelih.
  ‘‘Isu utama di sini bukannya hukuman ke atas Saddam tetapi pemilihan hari 
pelaksanaan hukuman tersebut, iaitu pada Hari Raya Korban bagi umat Islam,’’ 
kata penyelidik kanan Pusat Kajian Strategik Ahram yang berpangkalan di 
Kaherah, Emad Gad.
  Mereka melihat hukuman mati ke atas Saddam itu bermotifkan politik, balas 
dendam dan tidak adil.
  ‘‘Saya mengutuk cara dia dihukum mati dan saya anggap ia sebagai satu 
jenayah,’’ kata Salam Hassan al-Nasseri, 45, salah seorang kaum kerabat Saddam.
  ‘‘Kebangkitan semangat kebangsaan Arab tidak boleh dielakkan lagi dengan 
darah,’’ kata Mohammed Natiq, pelajar kolej berusia 24 tahun.
  ‘‘Saddam di mata saya adalah seorang wira,’’ kata Um Abdullah, seorang guru 
dari sini, sambil menambah “Saya ada lima orang anak dan saya akan mengajar 
mereka untuk membalas dendam terhadap Amerika.’’
  Saddam dikebumikan pada pukul 4 pagi (9 pagi waktu Malaysia) di dalam sebuah 
bangunan yang dibina di tengah Awjah di sini semasa pemerintahannya dulu, kata 
Musa Faraj, salah seorang anggota keluarga Saddam. 
  Kedua-dua anak lelaki Saddam, Uday dan Qusay yang dibunuh oleh tentera 
penceroboh di Mosul pada Julai 2003 turut dikebumikan di Awjah. Kubur Saddam 
terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan kedua-dua anaknya. 
Awjah dalam wilayah Salaheddin, terletak 180 kilometer di utara Baghdad.
  Kata Musa, pengebumian itu dihadiri oleh gabenor wilayah Salaheddin, Hamed 
al-Shakti dan Ali al-Nida, ketua puak Abu Nasir serta beberapa anggota puak.
  Hamed dan Ali merupakan sebahagian daripada delegasi yang berlepas ke Baghdad 
semalam bagi menuntut jenazah bekas pemimpin Iraq yang menjalani hukuman 
gantung sampai mati awal pagi semalam.
  Menurut Musa, pihak keselamatan telah menutup bandar Tikrit semalam bagi 
melarang penduduk awam menyertai majlis pengebumian di Awjah.
  Pada 5 November lalu Saddam dijatuhi hukuman mati selepas sebuah mahkamah 
Iraq mendapati beliau bersalah membunuh 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982 
berikutan cubaan membunuhnya.
  Hukuman mati itu disahkan oleh panel kehakiman pada 26 Disember lalu dan 
hukuman ke atasnya dijalankan di sebuah pusat perkhidmatan perisikan di 
Kadhimiyah di utara Baghdad.
  Sementara itu, laporan AFP dari Kaherah menyatakan sentimen kebencian 
terhadap Barat oleh dunia Arab semakin memuncak ekoran hukuman ke atas Saddam 
itu.
  Malah, Arab Saudi dan Mesir yang menjadi sekutu rapat Barat turut menyatakan 
bantahan terbuka mengenai pemilihan hari untuk melaksanakan hukuman gantung 
terhadap Saddam.
  Penduduk Arab dan dunia Islam merasakan tindakan menggantung Saddam pada Hari 
Raya Korban itu sebagai satu penghinaan untuk agama suci tersebut.
  Editor eksekutif stesen Al-Arabiya yang berpangkalan di Dubai, Nabil Khatib 
berkata, rakaman video pelaksanaan hukuman itu akan mencetuskan semula 
kemarahan dan kekecewaan di kalangan sebahagian besar penduduk dunia Arab.
  ‘‘Untuk ke sekian kalinya, penduduk Arab merasakan wujud sekali lagi 
konspirasi untuk menentang simbol mereka,’’ kata Nabil.
  Menurutnya, perasaan itu akan lebih bersemarak kerana bukan semua penduduk 
Arab membenci bekas pemimpin Iraq itu seperti yang digambarkan oleh dunia Barat 
khususnya AS.
  Kata Nabil, di kalangan penduduk biasa dunia Arab, bekas Presiden Iraq itu 
berjaya menonjolkan dirinya sebagai wira.
  ‘‘Beliau dianggap sebagai pemimpin yang berani berhadapan dengan ancaman luar 
bagi pihak dunia Arab terutama apabila beliau berperang dengan Iran dan 
melancarkan peluru berpandu terhadap Israel,’’ kata Nabil lagi.
  Iran bukannya kelompok dunia Arab kerana penduduknya berketurunan Parsi.
  Samer Hamzeh, konsultan berita untuk Dubai Media Incorporated pula memberi 
amaran yang sedutan rakaman video Saddam ke tali gantung itu bakal mencetuskan 
keganasan.
  ‘‘Ia bukan gambar yang biasa kita tonton di televisyen setiap hari. Ia 
merupakan satu sejarah yang penuh emosi.
  ‘‘Selalunya kesan kepada pengaruh emosi itu tidak timbul serta-merta, ia akan 
berkembang sedikit demi sedikit,’’ tegas Samer.
  Mesir yang menjadi penerima bantuan terbesar AS selepas Iraq dan Israel pula 
secara terbuka mengkritik pemilihan tarikh untuk menggantung Saddam itu.
  ‘‘Mesir kesal dengan fakta pihak berkuasa Iraq melaksanakan hukuman ke atas 
Saddam Hussein pada hari sambutan Aidiladha,’’ kata jurucakap Kementerian Luar, 
Alaa al-Hadidi kepada agensi berita MENA.
  Media rasmi Arab Saudi turut melahirkan kritikan yang sama dengan mengatakan 
ia terkejut dan kecewa dengan pemilihan tarikh pelaksanaan hukuman itu.
  ‘‘Sepatutnya hari itu adalah untuk perdamaian dan bukannya mencetuskan 
kemarahan orang ramai,’’ tegas Saudi Press Agency.
  – Agensi
  

Gunong halimon <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
              Saddam Hussein Digantung  Saturday, Desember 30th, 2006 in Dunia

      Baghdad - Mantan presiden Irak, Saddam Hussein telah digantung sampai 
mati di Baghdad utara atas kejahatan terhadap kemanusiaan. 
  Berita ini mendapatkan pengukuhan dari wakil perdana menteri Irak kepada BBC.
  Televisi Irak mengatakan eksekusi itu terjadi pukul 6 waktu setempat Sabtu 
pagi (pukul 10 WIB).
  Seorang wakil Saddam dan seorang ulama Muslim hadir dalam eksekusi.
  Dua terhukum lainnya, saudara tiri Saddam Hussein dan seorang mantan kepala 
hakim, akan dieksekusi di kemudian hari.
  Ketiganya dihukum mati oleh pengadilan Irak 5 November setelah pengadilan 
berlangsung selama satu tahun mengenai pembunuhan di kota Dujail di tahun 1982 
yang menewaskan 148 warga Shiah.
  Memegang Al Quran
Sekelompok kecil warga Irak menyaksikan eksekusi tersebut di dalam sebuah 
gedung di kompleks perkantoran yang disebut sebagai Camp Keadilan, fasilitas 
keamanan di daerah Khadimeya di Baghdad utara.
  Mereka menyaksikan saat hakim membacakan hukuman yang dijatuhkan terhadap 
Saddam Hussein.
  Mantan pemimpin Irak tersebut memegang kitab Suci Al Quran dan kemudian 
meminta kitab suci itu diserahkan kepada seorang teman.
  Tali gantung kemudian dipasangkan di lehernya.
  Ketika seorang petugas hendak memasang penutup kepalanya, Saddam Hussein 
dengan jelas mengatakan dia tidak ingin menggunakannya.
  Prosedur eksekusi itu berlangsung hanya beberapa menit.
  Penasehat keamanan nasional Irak, Mouwafak al-Rubaie, yang juga menyaksikan 
eksekusi ini mengatakan kepada BBC bahwa mantan pemimpin tersebut menjalani 
hukumannya dengan tenang.
  “Ketika kami menerima dia, tangannya diborgol dan memegang Quran yang didekap 
di dadanya. Dan dia duduk dan hakim membacakan hukuman terhadap Saddam Hussein.
  “Dan setelah itu, kami membawanya ke tiang gantungan dan dia mengucapkan 
beberapa slogan. Dia tampak sangat, sangat sedih.”
  Rekaman video eksekusi ini diperkirakan akan dikeluarkan kemudian untuk 
menunjukkan bahwa Saddam Hussein betul-betul telah meninggal, meskipun rekaman 
penggantunganya sendiri kemungkinan tidak akan diperlihatkan.
  Dalam perkembangan lain:
  * Pasukan Amerika Serikat, dan pasukan keamanan Irak dalam keadaan siaga, dan 
kemanan ditingkatkan di kedutaan Amerika di seluruh dunia.
  * Sebuah bom meledak di sebuah pasar di kota mayoritas Shiah, Kufa di Irak 
selatan, menewaskan sedikitnya 35 orang dan melukai 45 lainnnya.
  * Militer Amerika mengatakan seorang tentaranya tewas dalam bom pinggir jalan 
di Baghdad hari Jumat, dan tiga marinir meninggal karena luka-luka dalam 
pertempuran di propinsi Anbar.


  __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

         


 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke