BAGHDAD 22 Februar membabitkan tuduhan rogol oleh askar Iraq Syiah ke atas
wanita Sunah.
Hari ini, empat askar Iraq dituduh merogol seorang wanita Sunah berusia 50
tahun selain cuba merogol dua anak perempuannya.
Pegawai tentera Iraq, Brigadier Jeneral Nijm Abdullah berkata, serangan itu
didakwa berlaku sekitar 10 hari lalu di bandar Tal Afar, utara negara ini
semasa operasi memburu gerila.
Seorang pegawai berpan. Kemelut Sunah-Syiah dalam kerajaan Iraq semakin
rumit apabila muncul kes tegkat leftenan dan tiga anggota biasa pada mulanya
menafikan tuduhan tetapi kemudian mengaku terlibat selepas mereka bersemuka
dengan wanita berketurunan Turkoman itu.
Nijm berkata, seorang lagi askar yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena
memecah masuk ke dalam rumah wanita tersebut dan mengacukan senjatanya untuk
memaksa empat askar berkenaan menghentikan serangan itu.
Mereka telah dihadapkan kepada pihak berkuasa kehakiman untuk menerima
hukuman setimpal, kata Nijm yang juga Datuk Bandar Tal Afar.
Laporan itu menyusuli dakwaan seorang wanita Sunah pada Isnin lalu bahawa dia
dirogol oleh tiga anggota polis Iraq selepas dia ditahan semasa rumahnya di
barat Baghdad digeledah.
Dia dibawa ke sebuah balai polis dan dirogol di situ pada Ahad lalu sebelum
diselamatkan oleh askar Amerika Syarikat (AS), katanya.
Kerajaan Perdana Menteri, Nuri Al-Maliki membebaskan anggota polis terlibat
daripada tuduhan itu selepas siasatan yang memakan masa tidak sampai sehari.
Beliau menuduh aktivis Sunah mengada-adakan cerita untuk melemahkan sokongan
terhadap pasukan keselamatan ketika operasi keselamatan besar-besaran
dijalankan di Baghdad sekarang.
Bagaimanapun dakwaan wanita itu dan siasatan yang begitu singkat mencetuskan
kontroversi politik.
Ahli politik Sunah menuduh kerajaan pimpinan Syiah cuba menyembunyikan
perkara sebenar.
Tentera AS telah melancarkan siasatannya sendiri.
Billahifisabililhaq
---------------------------------
Alt i én. Få Yahoo! Mail med adressekartotek, kalender og notisblokk.