http://www.serambinews.com/old/index.php?aksi=bacaberita&beritaid=48796&rubrik=1&kategori=1&topik=2
Taliban dalangi serangan di kedutaan Denmark
ISLAMABAD 3 Jun - Anggota Taliban Pakistan dipercayai menjadi dalang serangan
berani mati ke atas Kedutaan Denmark di sini bagi membalas dendam terhadap
kontroversi karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Seorang pegawai kanan kerajaan bagaimanapun berkata, serangan yang menyebabkan
sekurang-kurangnya enam orang terbunuh itu tidak akan menjejaskan rundingan
damai antara kerajaan dan pemberontak.
Para pegawai keselamatan berkata, sebuah kereta curi dengan nombor pendaftaran
diplomat palsu digunakan dalam serangan itu.
Bahan peledak yang digunakan menyamai jenis yang biasa digunakan oleh gerakan
Taliban dan puak pelampau di kawasan sempadan dengan Afghanistan.
"Ia merupakan serangan tunggal yang memberi banyak kesan kepada rundingan
semasa antara kerajaan dan Taliban.
"Serangan ini tidak ada kaitan dengan masalah dalam negara tetapi lebih
merupakan kemarahan global terhadap kartun yang menghina Nabi," kata seorang
pegawai kerajaan.
Beberapa pegawai kerajaan Denmark di Copenhagen berkata, seorang rakyat Denmark
kelahiran Pakistan dan seorang kakitangan tempatan terbunuh dalam serangan yang
menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan kedutaan dan pejabat agensi bantuan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berdekatan.
Satu pasukan penyiasat bersama telah ditubuhkan membabitkan anggota polis dan
unit siasatan khas Agensi Risikan Persekutuan dan perisikan Pakistan.
- AFP
__________________________________________________________________
Yahoo! Canada Toolbar: Search from anywhere on the web, and bookmark your
favourite sites. Download it now at
http://ca.toolbar.yahoo.com.