Pengasas GAM disambut meriah







HASAN (berkaca mata) disambut beribu-ribu penyokongnya di Banda Aceh, semalam.


BANDA ACEH: Hasan di Tiro, pengasas kumpulan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) 
pulang ke Aceh semalam selepas lebih 30 tahun hidup dalam buangan dan disambut 
beribu-ribu penduduk di wilayah berkenaan. 

Penduduk seluruh Aceh datang menyambutnya. Mereka gembira walaupun melihat 
Hasan sesaat dua saja. 

“Beliau tidak pernah melupakan Aceh,” kata bekas perunding GAM, Bakhtiar 
Abdullah. 
 
Kepulangannya sehari selepas bekas presiden Findland, Martti Ahtisaari 
memenangi hadiah Nobel Keamanan kerana peranan beliau dalam perdamaian 
antarabangsa termasuk Aceh. 

Hasan yang berusia lewat 70-an dan difahamkan mempunyai masalah kesihatan 
melarikan diri ke Sweden selepas mengisytiharkan kemerdekaan Aceh pada 1976, 
tindakan yang mencetuskan konflk berpanjangan di wilayah paling barat di 
Indonesia itu. 

Kira-kira 15,000 penduduk mati dalam konflik berkenaan sebelum perjanjian yang 
dicapai dengan GAM pada Ogos 2005 yang diusahakan Ahtisaari. 
Muchtar antara yang menanti Hasan di sebuah masjid di Banda Aceh berkata, 
beliau datang dari Aceh Tengah semata-mata untuk bertemu dengan bekas ketua 
pemisah berkenaan 

“Kepulangannya adalah istimewa kepada saya kerana saya amat meminati beliau 
terutama kesungguhan beliau membebaskan Aceh,” kata Muchtar. 

Perjanjian damai yang disifatkan paling berjaya walaupun ada kebimbangan bahawa 
pilihan raya tahun depan boleh mencetuskan ketegangan di wilayah itu. - Reuters 



      

Kirim email ke