Sepertinya arikel ini berbau SARA, saya kurang nekad untuk 
menanggapinya di milist, takut-takut nantinya bukan jadi pemecahan 
masalah, justru akan menambah masalah.

Bagi saya, intinya hanya satu. Mempunyai hati nurani yang ikhlas dan 
bersih, baik itu dari pihak majikan-pembantu rumah tangga dan 
pemerintah Indonesia- kerajaan Malaysia.

Saya kira terlalu egois jika penulis ini mampu mengklasifikasikan 
setiap suku yang ada di Indonesia. 
Saya ingat satu nasehat Guru saya waktu mengaji Agama di Lucknow, 
beliau mengatakan, tidak ada pembeda antara kami orang (India) dengan 
kalian dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan pelajar-pelajar dari 
jazirah Arab. Perbedaan watak merupakan fitrah yang sudah ada, namun 
kekurangan menuntut pendidikan yang lebih baik. Kekurangan Idonesia 
saya tanggapi terlalu 'enteng' mengirim TKI kita ke negeri jiran dgn 
agen-agen yang sifatnya menguntungkan sepihak. Mengapa mereka dikirim 
jika itu tidak suitable sbg PRT ( Pembantu RumahTangga ) ? dan 
kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tidak kasihaaaaaaan dengan 
rakyat sendiri, di bodoh-bodohi dengan menawarkan kehidupan yang 
lebih baik kerja di Malaysia tanpa ada sharing skill dan pendidikan( 
training)??????

Saya juga sangat heran dgn kerajaan Malaysia atas hukuman Rajam yang 
entah darimana di ambil mereka tradisi hukum SEPERTI INI !!!!!!!
Dari Islam sendiri gak ada yang menyatakan Rajam ( hukum cambuk) utk 
pelanggar peraturan tsb dan justru tidak bisa dijadikan kiasan sbg 
hukuman penjara. Itu terlalu sentimen, andai kebijakan itu mampu 
mengalahkan ke-egoan saya yakin permasalahan dapat diselesaikan.
Andai hati nurani di ikuti bahasa bisik-bisiknya dalam dada, saya 
yakin tiada kebodohan-kebodohan kepada rakyat kecil terjadi. Kata-
kata hati nurani itu jujur dan suci, namun karena diselubungi dengan 
rakus, tamak, dengki dan materi dia akan terkatup diaaaaaam tak 
berbisik lagi kecuali pemilik hati nurani itu mampu sujud dihadapan 
TUHAN YANG MAHA KUASA bahwasannya kekuasaan, ilmu. jabatan, dan 
lainnya hanyalah pemberian yang kontemporer.

maaf saya emosi membacanya, bukan karena warga indonesia, tapi karena 
saya sebagai manusia yg berfikir dan kasihan atas prilaku yang amoral 
ini.
cukup sekian..
jangan di postingkan lagi yaa zam...kekekekeke
serius kaliii laa
wassalamualaikum
mukhlis zamzami can

--- In [EMAIL PROTECTED], "Zamhasari Jamil" <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
> Salam,
> 
> Berikut ini saya kopikan tulisan pengamat Indonesia asal Malaysia 
ttg 
> persoalan yang menimpa dan menyakitkan bagi bangsa Indonesia baru-
> baru ini (baca: Nirmala Bonat). Bagi saya, tulisan kedua org 
pengamat 
> Indonesia ini benar-benar menohok jantung saya sebagai anak bangsa 
> Indonesia. Tapi di sisi lain, kita juga harus mengakui kekurangan-
> kekurangan kita sebagai bangsa Indonesia yang pada akhirnya kita 
> sendiri rela menghambakan diri untuk menjadi seorang pembantu di 
> negeri jiran. Sudah banyak rasanya kasus demi kasus ttg TKI ini. 
Tapi 
> kekurangan-kekurangan itu malah menjadi barang empuk bagi setiap 
agen-
> agen di Indonesia atauun di Malaysia untuk terus menarik anak 
bangsa 
> Indonesia untuk menjadi seorg TKI di negara Malaysia.
> 
> Gimana tanggapan teman-teman ttg tulisan berikut ini? 
> 
> Wassalam,
> 
> IzaM -
> 
> ===
> 
> Koran "Utusan", Selasa, 1 Jun 2004
> 
> Watak Pembantu Rumah
> 
> Oleh Nazarudin Zainun dan Soijah Likin
> 
> Walaupun sebelum ini telah terjadi kes-kes penderaan terhadap 
> pembantu rumah tetapi ia tidak separah yang dialami Nirmala Bonat. 
> Kes Nirmala mungkin akan reda dengan sendirinya setelah hukuman 
> dijatuhkan ke atas tertuduh. Tetapi senario ini akan terus berulang 
> tanpa penyelesaian yang tepat. Tindakan paling tegas yang akan 
> diambil ialah menambah lagi syarat-syarat pengambilan pembantu 
rumah 
> yang akan dibebankan kepada majikan.
> 
> Apakah faktor-faktor sebenar yang menyebabkan terjadinya penderaan 
> pembantu rumah? Kenapa ada majikan yang mendera pembantunya? 
Daripada 
> pengamatan didapati jawapan yang paling jelas dan mudah diberikan 
> oleh majikan ialah mutu kerja pembantu tidak seperti yang 
diharapkan.
> 
> Majikan mengeluarkan belanja yang besar sehingga mencecah RM5,000 
> untuk proses mendapatkan pembantu. Mereka juga dibayar gaji setiap 
> bulan. Keadaan ini menyebabkan harapan majikan terhadap mutu 
> perkhidmatan pembantu sangat tinggi. Apabila pembantu gagal 
> memberikan perkhidmatan yang diharapkan maka terjadilah kekecewaan. 
> Tidak semua majikan boleh menerima kekecewaan ini dengan sabar dan 
> lapang dada. Terdapat majikan yang kurang sabar dan kadangkala 
tidak 
> berfikir dengan waras maka terjadilah penderaan.
> 
> Punca penderaan ini harus diselesaikan jika kita tidak mahu 
penderaan 
> terjadi lagi.
> 
> Tindakan untuk mengenakan pelbagai syarat ke atas majikan bukanlah 
> jalan penyelesaian malahan akan menekan majikan. Majikan dituntut 
> mematuhi peraturan yang ditetapkan, tetapi bagaimana jika pembantu 
> rumah tidak bekerja sesuai dengan peraturan dan perjanjian? Apakah 
> pembantu rumah patut memahami majikan atau majikan yang sepatutnya 
> memahami mereka?
> 
> Dewasa ini agensi pekerjaan didapati berlumba-lumba membawa masuk 
> pembantu rumah Indonesia tetapi mereka kurang faham kesesuaian 
watak 
> suatu suku bangsa dengan bidang pekerjaan yang serasi. Asalkan ada 
> orang Indonesia yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah, mereka 
akan 
> terus diambil tanpa meneliti adakah pekerjaan itu sesuai ataupun 
> tidak dengan calon pembantu rumah tersebut?
> 
> Indonesia terdiri daripada pelbagai suku bangsa (malahan ada yang 
> menyatakan lebih daripada 300 suku bangsa). Setiap suku bangsa 
> mempunyai watak yang tersendiri. Orang Jawa misalnya berperwatakan 
> lembut dan lambat, orang Sunda - periang dan penggoda, orang Batak -
 
> kasar, orang Padang - licik. Terbentuknya watak-watak tersebut 
> disebabkan kepercayaan, persekitaran (lingkungan), sejarah, pola 
> makanan, bentuk muka bumi dan sebagainya.
> 
> Watak-watak tersebut membentuk watak masyarakat dari masyarakat 
> tersebut, dan proses pembentukannya diterjemahkan melalui pola 
> pengasuhan orang tua terhadap anaknya. Anak-anak yang telah diasuh 
> dan bertindak menurut pola tingkah laku yang diasuh ini tentunya 
akan 
> memberi reaksi terhadap sesuatu keadaan yang bukan lumrah bagi 
budaya 
> mereka.
> 
> Sesuatu yang baik bagi rakyat Malaysia belum tentu baik bagi 
mereka, 
> begitu juga sebaliknya.Hakikatnya pembantu rumah Indonesia di 
> Malaysia, mendapat layanan jauh lebih baik berbanding pembantu 
rumah 
> Indonesia yang menjadi pembantu di negara mereka sendiri. Pembantu 
> rumah di Malaysia makan apa yang kita makan, tidur di bilik yang 
> selesa, cuci baju menggunakan mesin basuh, memasak dengan dapur 
> gas/elektrik, gosok baju untuk pakaian kerja, sekolah dan pakaian 
> bersiar-siar. Pergi ke mana-mana, pembantu pasti dibawa bersama. 
> Menonton TV duduk di sofa. Malahan majikan boleh makan semeja 
dengan 
> pembantu rumah.
> 
> Adakah layanan seperti ini akan dinikmati jika pembantu rumah 
bekerja 
> di negara sendiri. Sedangkan hakikatnya pembantu rumah di 
Indonesia; 
> makan tidak menentu. Seringkali juga lauk untuk pembantu tidak sama 
> dengan yang dinikmati oleh majikan. Selagi kerja belum siap, jangan 
> harap dapat berehat, cuci baju dengan tangan, masak menggunakan 
dapur 
> minyak tanah, kalau yang kaya boleh mengguna dapur gas. Semasa 
> menonton TV, majikan duduk di kerusi (sofa), pembantu duduk di 
bawah. 
> Kalau majikan makan, pembantu berdiri di tepi meja, menunggu 
arahan. 
> Jika melihat kelibat kereta majikan, mereka akan cepat-cepat 
berlari 
> membuka pintu pagar.
> 
> Kalau majikan panggil, menjawab dengan sopan, `ya pak, ya bu, ya 
> nyonya, ya tuan, ya meener'. Kalau lalu di depan majikan, tunduk 
> hormat. Semakin kaya majikannya maka semakin membongkok tanda 
> hormatnya dan semakin pelan bila bercakap dengan majikan. Kalau 
> majikan mahu keluar, mereka akan mengambil kasut letak di depan 
> majikan. Layanan yang sama diberikan untuk anak-anak dan saudara 
mara 
> majikan. Menjaga anak majikan, seekor nyamuk pun tidak boleh 
> menggigit, apalagi menangis pun susah didengar. Anak kecil majikan 
> sentiasa didukung dalam kain batik lepas.
> 
> Pendek kata, memang perkhidmatan kelas pertama yang diberikan 
> walaupun gajinya kecil Rp50 ribu - Rp100 ribu (RM20-RM45) sebulan, 
> kerjanya tidak tertanggung oleh badan mereka. Percaya atau tidak 
> itulah hakikat pembantu rumah di negara mereka sendiri yang boleh 
> dibaca dalam banyak buku atau artikel.
> 
> Persoalannya, mengapa mereka begitu patuh walaupun diperlakukan 
> sedemikian rupa? Sedangkan bila bekerja di Malaysia dilayan sebaik 
> mungkin tapi perkhidmatan yang diberikan begitu mengecewakan. 
Mungkin 
> jika mereka bekerja sebaik di negara mereka, barangkali majikan 
tidak 
> lokek untuk membayar lebih. 
> 
> Kenapa wujudnya watak yang berbeza bagi jawatan yang sama di dua 
> tempat yang berbeza. Banyak jawapan boleh diberikan. Satu hal yang 
> barangkali majikan di Malaysia terlepas pandang ialah disebabkan 
> majikan di Indonesia memahami watak dan sikap suku bangsa yang 
boleh 
> bekerja sebagai pembantu rumah. 
> 
> Setiap suku bangsa mempunyai perwatakannya sendiri. Majikan 
Indonesia 
> hanya mengambil suku bangsa Jawa (orang Jawa) dan suku bangsa Sunda 
> (orang Sunda) untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana mereka 
> mempunyai watak dan sikap yang sesuai untuk pekerjaan tersebut.
> 
> Orang Jawa merupakan pekerja yang taat kepada majikan, tidak 
melawan, 
> jika marah dan tidak puas hati hanya diam/senyum. Hal ini terjadi 
> kerana orang Jawa begitu kuat terikat dengan tradisi dan adab sopan 
> feudalistik.
> 
> Orang Jawa adalah suku bangsa yang sangat kuat berpegang pada adat 
> dan tradisi. Adat dan tradisi ini adalah panduan dan pegangan dalam 
> segala aspek kehidupan orang Jawa. Hal ini tercermin dalam budaya 
dan 
> bahasa Jawa. 
> 
> Satu pekara lagi yang menyebabkan orang Jawa begitu taat dengan 
> majikan ialah soal kebaktian. Ia adalah salah satu daripada ajaran 
> yang terdapat dalam kitab Wulangreh (ditulis oleh raja Jawa untuk 
> panduan putera-puteranya). 
> 
> Menurut ajaran kitab Wulangreh kebaktian itu diwajibkan kerana 
> jalaran (penyebab). Misalnya, kebaktian kepada orang tua kerana 
> mereka merupakan jalaran keberadaan anak. Kebaktian kepada majikan 
> kerana mereka merupakan jalaran mendapat kerja dan wang.
> 
> Malahan diajarkan juga tentang tiga pantang umum iaitu jangan 
sombong 
> diri, jangan selalu mencela (menganggap sesuatu kurang baik atau 
> tidak betul), melakukan pekerjaan tanpa rungutan. 
> 
> Orang Sunda juga mempunyai adat tradisi yang hampir sama dengan 
orang 
> Jawa, seperti adat tradisi berbahasa. Adat tradisi berbahasa 
> ditentukan oleh usia, status sosial dan status ekonomi. 
> 
> Orang Sunda memang kurang terdapat di Malaysia kerana mereka lebih 
> suka menjadi pembantu di Arab Saudi dengan hasrat boleh menunaikan 
> haji. Orang yang berjaya menunaikan haji mempunyai kedudukan yang 
> tinggi dalam masyarakat Sunda yang majoritinya beragama Islam. 
> 
> Sumatera Barat (Padang - Minangkabau) dan Sumatera Utara (Medan - 
> Batak), Sumatera Timur (Acheh) adalah suku bangsa yang tidak sesuai 
> untuk bekerja sebagai pembantu rumah disebabkan kekuasaan wanita. 
> Mereka lebih suka bekerja sebagai peniaga atau di restoran sahaja. 
> Wanita Acheh mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesebuah 
keluarga. 
> 
> Kekuasaan wanita juga dapat dilihat dalam masyarakat Minangkabau.
> 
> Walaupun wanita Batak tidak mempunyai kekuasaan yang tinggi seperti 
> Acheh dan Minangkabau tetapi sikap orang Batak agak kasar dan 
kurang 
> bersopan santun. Malahan orang Batak juga sukar diatur dan 
barangkali 
> sesuai bekerja di tempat yang agak lasak.
> 
> Di Indonesia kita akan melihat sesuatu pekerjaan berdasarkan suku 
> bangsa contohnya orang Jawa dan Sunda sebagai pembantu rumah, orang 
> Padang berdagang (berniaga) sesuai kerana wataknya yang licik. 
Orang 
> Batak pemandu bas mini, pengawal di pusat-pusat hiburan, penagih 
> hutang kerana dikatakan bersesuaian dengan wataknya yang kasar. 
Orang 
> Nusa Tenggara Timur, Lombok dan sekitarnya sesuai di sektor 
> perladangan dan pembinaan.
> 
> Demikianlah antara watak sebahagian daripada orang yang sering 
> dianggap serumpun dengan kita. Mempelajari hal-hal yang 
kelihatannya 
> remeh tapi perlu akan membantu untuk menempatkan orang yang tepat 
di 
> tempatnya.
> 
> Di pihak majikan pula hendaklah memahami dan mempelajari serta 
> mengenali siapa sebenarnya yang dikatakan pembantu rumah Indonesia. 
> 
> Perkara utama yang majikan harus tahu tentang pembantu rumah 
> Indonesia ialah tahap pendidikannya rendah, berasal dari kampung 
yang 
> mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka 
> tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. 
> 
> Tambahan pula pembantu rumah yang datang dari desa juga kurang 
fasih 
> berbahasa Indonesia. Kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah 
> sebagai bahasa utama. 
> 
> Untuk memahami bahasa ibunda mereka saja susah apatah lagi memahami 
> bahasa orang lain. Keadaan ini menyebabkan lain yang disuruh lain 
> yang dibuat. Bila kesalahan dibuat berulang-ulang sedangkan majikan 
> telah menjelaskannya, maka kemungkinan besar ini merupakan petanda 
> pembantu tidak faham bahasa yang digunakan majikan.
> 
> - Dr. Nazarudin Zainun ialah pensyarah Sejarah Asia Tenggara 
> (Indonesia), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains 
> Malaysia, Pulau Pinang.
> 
> - Soijah Likin ialah ahli antropologi bebas dan pengamat sosial 
> masalah pekerja wanita Indonesia di Malaysia.



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Domains - Claim yours for only $14.70
http://us.click.yahoo.com/Z1wmxD/DREIAA/yQLSAA/igXolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

_________________________________________________________________________
Mhs/Masy. indoindia diharapkan untuk selalu melihat diskusi harian di 
www.ppi-india.da.ru & arsip pilihan di www.arsip.zor.org
==========================================================================
Catatan penting:
1- Harap tdk. memposting berita, kecuali yg  berkenaan dg masyarakat/mahasiswa/alumni 
India
2- Arsip milis: http://groups.yahoo.com/group/ppi-india; Arsip diskusi nasional: 
www.ppi-india.da.ru
3- HP Ketua PPI (Bahrum): 9810199471
4- KBRI Delhi(11)26110693;26118642; 26118647
5- KJRI Mumbai (022)3868678;3800940;3891255  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
     http://groups.yahoo.com/group/ppi-india/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
     [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
     http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke