Global: �Kenapa saya lawan askar Amerika�
PADA satu pagi baru-baru ini, ketika polis masih belum mendirikan banyak pos pemeriksaan, Abu Mujahed, akan mengikat mortar di bawah kereta, memandu ke rumah seorang rakannya di tengah Baghdad dan menanam senjata itu di dalam taman di rumah itu. Pada petangnya, dia akan kembali bersama-sama ahli kumpulannya yang lain, tidur untuk beberapa jam dan kemudian mengambil senjata yang disembunyikan itu. Dia akan mengira jarak menggunakan peta milik tentera Amerika Syarikat (AS) dan gambar satelit yang dibeli di pasar dan melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera atau Kedutaan AS atau pejabat Perdana Menteri. Kemudian Mujahed akan mandi, menyalin pakaian dan menjelang 10 pagi waktu tempatan, akan berada di mejanya di salah satu kementerian penting. Dua minggu lalu, dia berada di sebuah hotel di Baghdad untuk diwawancara oleh akhbar The Observer. Lelaki gemuk dalam lingkungan usia 30-an dengan rambut dicukur, memakai baju sukan coklat, seluar panjang dan tali pinggang, dia mempertaruhkan nyawanya menentang �penceroboh�. Dia bercakap lebih tiga jam dan mendedahkan: Bagaimana kumpulan penentang yang disertainya, mengandungi golongan Sunnah Iraq, hampir bebas sepenuhnya, memilih sasaran dan masa sendiri tetapi menerima arahan strategi dari �sheikh� di luar negara, kebanyakannya tidak pernah ditemui. Bagaimana ia dibiaya oleh rakyat Iraq di Eropah termasuk United Kingdom dan kumpulan kaya raya di Arab Saudi yang bersimpati dengan mereka. Bagaimana ia menolak sebarang hubungan dengan �pejuang asing� yang dikaitkan dengan al-Qaeda dan militia Syiah. Bagaimana ia menerima maklumat dari �rakan-rakan� yang berada di kalangan tentera penceroboh. Bagaimana ia mengendalikan operasi menangani risikan yang membawa kepada pembunuhan dua yang disyaki menjadi pengintip beberapa minggu lalu. Bagaimana ia mempelajari cara meningkatkan teknik sofistikated dan merancang meletupkan bom besar di Baghdad tidak lama lagi. Dia turut bercakap mengenai kesukaran meneruskan operasi ke atas mereka dan mengaku ramai penduduk Iraq tidak menyokong tindakan mereka. Kebanyakan laporan Abu Mujahed disokong oleh pelbagai sumber bebas. Pakar perisikan di Iraq bercakap mengenai tiga jenis utama kumpulan penentang. Terdapat Tentera Mahdi yang dianggotai puak Syiah Iraq pimpinan ulama muda golongan itu, Muqtada al-Sadr dan baru-baru ini mengetuai tentangan terhadap tentera penceroboh di utara Baghdad, Najaf dan Basra. Terdapat juga �al-Qaeda� iaitu pejuang bukan rakyat Iraq yang datang ke negara itu untuk melancarkan jihad dan akhir sekali, pengikut setia bekas pemerintah terdahulu yang dikatakan mahukan Saddam Hussein kembali sebagai presiden atau jika itu mustahil, sekurang-kurangnya kewujudan semula Parti Baath. Abu Mujahed, yang membimbangkan penganalisis, tidak termasuk dalam mana-mana kategori yang disebutkan. Bagi permulaan, dia seorang yang proAmerika sebelum pencerobohan dilakukan. �Satu-satunya cara untuk bernafas di bawah pemerintahan rejim lama ialah menonton filem dan mendengar muzik AS. Ia memberikan saya kehidupan lebih baik buat seketika. �Saya gembira ketika mendengar tentera AS akan ke mari untuk membebaskan Iraq. Saya rasa boleh hidup lebih baik dan bebas. �Saya ingin bersukan lebih kerap, mendapat perkakasan baru, kereta baru dan membangunkan hidup saya. Saya fikir AS akan datang ke sini dan kehidupan kami akan berubah 180 darjah,� katanya yang pernah menjadi peminat setia kumpulan rock, Bon Jovi. Dia juga memberitahu bagaimana kepercayaannya terhadap AS mula bergoncang sebaik melihat sistem televisyen satelit milik seorang rakan yang menyiarkan gambar ngeri penduduk awam yang terbunuh akibat pertempuran dan pengeboman. Kebencian bertambah dengan konflik selepas peperangan ketika pencuri bebas berkeliaran sekitar Baghdad. �Apabila saya lihat tentera AS sekadar menyaksikan dan tidak melakukan apa-apa ketika pencuri melarikan barangan, saya mula mengesyaki tentera AS berada di sini bukan untuk menolong sebaliknya memusnahkan kami,� katanya. Abu Mujahed, yang nama sebenarnya tidak diketahui oleh wartawan The Observer, berkata: �Saya berfikir ia mungkin huru hara selepas peperangan tetapi keadaan semakin buruk, bukan bertambah baik.� Dia tidak keseorangan dan mendapati ramai penduduk di kejiranan Adhamiya di Baghdad berkongsi kemarahan dan kekecewaannya dan masanya sudah tiba. �Kami sedar dan kami terpaksa bertindak,� katanya. Tiada rancangan yang dirangka terlebih dulu. Terdapat spekulasi dan ter-utama di kalangan pegawai AS, bahawa penyokong setia Saddam merancang �perang gerila� jika dikalahkan tetapi Abu Mujahed, yang menyifatkan dirinya bukan penganut Islam warak dan anggota lain dalam kumpulannya tidak bertindak mengikut pelan. Segala-gala yang mereka lakukan ada pindaan dan setiap seorang dari tujuh anggota kumpulannya mempunyai motif berbeza: �Seorang berjuang untuk negara, seorang lagi atas dasar prinsip manakala seorang yang lain kerana kepercayaan.� Nyata sekali, kumpulannya turut dianggotai beberapa bekas tentera yang marah dengan tindakan tentera penceroboh menamatkan perkhidmatan tentera Iraq tahun lalu. Mereka, seperti juga Abu Mujahed, bekerja dengan kerajaan. Sel itu tidak menjadi sebahagian sebarang pertubuhan luar negara dan tidak mempunyai nama, katanya. �Kami cuma rakyat tempatan. Terdapat seorang sheikh yang menyelaraskan beberapa kumpulan tetapi saya tidak tahu siapa dia,� katanya. Pada mulanya, kumpulan itu kekurangan senjata dan pengetahuan. �Kami membuat pertanyaan dengan berhati-hati. Sebahagian orang memberikan senjata kepada kami manakala yang lain menjual barangan yang dicuri,� katanya. Mereka turut mendapatkan pandangan pakar, selalunya bekas pegawai tentera yang menunjukkan cara membuat bom dan komunikasi. Operasi pertama kumpulan berkenaan bermula Jun lalu iaitu cubaan menyerang hendap tiga tentera AS di Adhamiya tetapi ia gagal sama sekali. �Kami keliru dan amat takut lalu melepaskan tembakan secara rambang. Mereka berlindung dan kami melarikan diri,� katanya. Cubaan berikutnya membuahkan kejayaan. Kenderaan yang mendahului konvoi tentera AS melalui periuk api antikereta kebal yang ditanam kumpulan Mujahed. �Kami rasa berjaya membunuh pemandunya. Kami menemui periuk api itu di dalam sebuah rumah yang pernah digunakan tentera ketika peperangan. �Tentera AS langsung tidak menjangka bahan letupan jenis itu,� katanya. Beberapa bulan selepas itu, kumpulan terbabit mempelbagaikan taktik mereka. �Satu hari kami melepaskan tembakan curi ke arah mereka, pada hari lain kami menggunakan IED (Bahan Letupan Tidak Dirancang), hari berikutnya periuk api. �Kami tidak pernah menerima arahan dari sesiapa. Kami cuma diberitahu �hari ini anda perlu berbuat sesuatu� tetapi terpulang pada kami untuk memutuskan apa dan bila,� katanya. Kumpulan itu menjadikan tentera kulit hitam sebagai sasaran utama. �Satu penghinaan apabila golongan Negro menceroboh negara kami. Kadang kala kami membatalkan misi kerana tiada anggota tentera Negro,� kata. Sebagai perbezaan dengan kumpulan penentang lain yang membunuh beratus-ratus penduduk Iraq tahun lalu, Abu Mujahed berkata kumpulannya begitu berhati-hati supaya tidak menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa. �Kini, kami merancang menggunakan bom lebih besar di tengah Baghdad tetapi ia sukar kerana terdapat ramai penduduk awam di situ,� katanya. Sokongan untuk kumpulan penentang tidak menyeluruh. Mereka tidak menarik minat rekrut baru dan kewangan juga terhad, katanya. �Kami pernah menggunakan bank dan pindahan bank. Kini ia semakin sukar. Selalunya golongan yang bersimpati membeli kereta di Arab Saudi atau Jordan dan ia dibawa masuk ke Baghdad atau Basra dan kami akan menjualnya. �Seorang penyokong di United Kingdom, baru-baru ini menghantar pikap Opel tetapi kebanyakan sumber kewangan datang dari penduduk tempatan yang menyokong perjuangan kami tetapi tidak mampu melawan,� katanya. Taktik serangan pula bergantung kepada sumber. Harga pelancar roket melambung tinggi akibat kekurangan bekalan ketika pertempuran hebat antara tentera AS dan Tentera Mahdi di Najaf Ogos lalu. Peluru berpandu kini berharga 25,000 dinar Iraq (ID) iaitu kira-kira �10 (RM70) di pasar Sadr City, di utara Baghdad yang dikuasai puak Syiah � 10 kali lebih mahal dari selalu. Kumpulan yang dianggotai Mujahed mengehadkan cuma satu serangan dalam masa beberapa hari. Mereka turut mendapat bantuan pengintip. Dia memberitahu mengenai maklumat yang diperoleh dari �rakan di kalangan tentera penceroboh� dan berkata kumpulannya sudah membunuh dua orang yang disyaki menjadi pengintip. Seorang dibunuh tidak sampai tiga minggu lalu selepas diawasi selama sebulan. �Dia mempunyai anak dan isteri tetapi saya tidak rasa bersalah. Dia seolah-olah musang. Dia dipaksa melutut dan ditembak di kepala. �Seorang lagi diancam dan meninggalkan Baghdad,� katanya. Penganalisis risikan Barat bimbang kepelbagaian elemen penentangan mungkin bergabung tetapi Mujahed menyifatkan Tentera Mahdi sebagai �samseng dan pengkhianat yang menyambut kedatangan AS ke Iraq dengan bunga dan kemudian mencuri. Dia juga berkata, hubungan dengan pejuang Islam yang datang dari luar negara lebih teruk. �Sebahagiannya tidak berkaitan dengan mana-mana kumpulan manakala yang mempunyai banyak wang sudah pasti dari al-Qaeda. Mustahil untuk bekerja dengan mereka. �Mereka kejam dan tidak rasional. Mereka tidak peduli jika membunuh penduduk awam yang tidak berdosa. Mereka pengganas,� katanya. Minggu lalu, kematian tentera AS di Iraq sudah melebihi 1,000 orang dengan kebanyakannya terbunuh selepas serangan berakhir akibat tindakan beberapa lelaki seperti Abu Mujahed. Bekas penuntut kejuruteraan itu berkata, dia tidak tahu sudah berapa ramai yang dibunuh kumpulannya. �Mustahil untuk memberitahu apa yang terkena tembakan. Saya boleh berbangga dengan pembunuhan 25 orang tetapi secara jujur, kami tidak tahu. Mungkin hanya lima atau enam. Dia sedar anggota tentera tiada pilihan lain selain datang ke sini dan semuanya mempunyai keluarga serta rakan. Perkara yang mewajarkan tindakannya ialah gabungan tidak konsisten politik dan ekonomi serta harga diri yang tercalar. �Kami diceroboh. Mereka mengebom masjid, membunuh ramai orang. Tiada keaiban yang lebih teruk dari melihat negara anda dijajah,� katanya. Dia turut menolak Perdana Menteri Iraq, Iyad Allawi dan menyifatkannya sebagai �Patung Barbie AS�. �Keutamaan penduduk Iraq ialah menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga masing-masing. Saya cuma memperoleh tidak sampai 250,000 ID (RM600) sebulan dan mempunyai empat anak. �Saya terpaksa bayar sewa, bil doktor, memenuhi keperluan isteri dan rumah dan sekilo ayam berharga 2,500 ID (RM60). �Penduduk AS dan United Kingdom bukan musuh saya. Saya tahu mereka baik tetapi kami akan terus berjuang menentang tentera penceroboh. Kami tidak punya pilihan,� katanya menamatkan temu bual. Sebelum beredar dia memberi amaran kepada The Observer untuk tidak menghubunginya lagi. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Rencana/20040928202356/Article/ --------------------------------- Do you Yahoo!? vote.yahoo.com - Register online to vote today! [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> $9.95 domain names from Yahoo!. Register anything. http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/BRUplB/TM --------------------------------------------------------------------~-> *************************************************************************** Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppiindia.shyper.com *************************************************************************** __________________________________________________________________________ Mohon Perhatian: 1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik) 2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari. 3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 4. Posting: [EMAIL PROTECTED] 5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED] 6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED] 7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

