Global: Sudan tersepit perang dua gajahSusunan Meor Hisham Zulkifli
SUDAN dan China beribu batu jaraknya. Betapa lagi China dengan Amerika Syarikat.
Tetapi itulah yang dikatakan kemajuan dunia. Semuanya menjadi dekat. Tapi dekat tidak
bererti akrab apabila ia mencetuskan sengketa.
Tetapi mengapa nama Sudan disebut. Ini adalah kerana seperti kata bidalan, gajah
dengan gajah berperang, pelanduk mati tersepit.
Mengapa pula? Ia adalah kerana Sudan sebuah negara yang kaya dengan minyak. Amerika
pula tamakkan minyak. China sebaliknya mula muncul pengguna minyak terbanyak.
Minyak menjadi penentu segala. Minyak yang diumpamakan Nabi Muhammad sebagai emas
hitam, pencetus sengketa dunia.
Amerika mempergunakan sepenuhnya kesempatan menakluk Iraq dan campur tangan di Sudan
bagi mengepung China dan melepaskan Beijing mendapatkan sumber itu dalam usaha
menyekat pertumbuhan ekonomi amat memberangsangkan negara komunis itu, kata
penganalisis Arab yang dilaporkan perkhidmatan berita Islam yang beribu pejabat di
Qatar.
�Amerika melihat cabaran besar yang menantinya adalah dari China dan dengan itu
Washington berusaha sekeras mungkin untuk mengepung gergasi Asia itu dari semua arah.
�Dalam mengejar matlamat itu, Amerika sudah menawan Afghanistan, meletakkan tenteranya
di Pakistan serta Korea Selatan dan kepulauan Pasifik,� kata Profesor Sains Politik
Universiti Kaherah, Mohammad al-Sayed Salim.
Ketika berucap pada simposium Pusat Kajian Asia Universiti Kaherah, Salim berkata
perang Amerika ke atas Iraq adalah bagi menyekat usaha China mendapatkan bekalan
minyak negara Arab dari rantau Teluk terutama Iraq.
Iraq mempunyai rizab minyak kedua terbesar dunia dan presiden Saddam Hussein menjadi
sekutu rapat China menyaksikan Beijing mendapat kebanyakan daripada sumber minyak
negara itu.
�Dengan melancarkan perang ke atas Iraq, Washington mahu tenteranya bertapak kukuh di
rantau Teluk Arab bagi mengepung China dan menghalang Beijing daripada menguasai
simpanan minyak Iraq.
�Antara matlamatnya adalah untuk menyekat pertumbuhan tinggi China sebelum ia
benar-benar menjadi cabaran besar terhadap Amerika,� kata penganalisis itu selain
menjelaskan matlamat Washington menghapuskan kuasa besar Islam dan memenangkan Israel.
Bagi mengukuhkan dakwaan itu, Salim merujuk kepada kenyataan Presiden Amerika, George
W Bush dalam kempen pilihan raya 2000 yang menyifatkan China sebagai pencabar
strategik.
Baru-baru ini, China mengatasi Jepun sebagai pengguna kedua terbesar minyak dunia
dijana pertumbuhan pesat ekonomi negara itu.
Rakan Salim, Profesor Anwar Abdul Malek bersetuju dengan pandangan itu dengan
menyatakan Washington cuba menyekat pengaruh China daripada minyak Arab.
�Selepas Iraq, Washington cuba campur tangan di Sudan ketika China menjadi pelanggan
utama minyak Khartoum,� katanya juga dalam simposium itu.
Malah, lebih membimbangkan Rumah Putih adalah, Syarikat Petrolium Nasional China kini
memegang konsesi minyak di selatan Darfur.
Jelas krisis kemanusiaan di Darfur, barat Sudan sebenarnya diselubungi dengan agenda
tamakkan minyak, meruntuhkan ekonomi China dan memastikan hegemoni Amerika.
Sebelum ini dunia menganggap krisis di Darfur sebagai perang saudara antara etnik Arab
yang berpengaruh dengan kerajaan pimpinan Presiden Omar Bashir dengan penduduk Islam
kulit hitam.
Sejak 18 bulan lalu, militia Arab yang dibantu kerajaan tetapi digelar sesetengah
pihak sebagai perogol berkuda atau syaitan berkuda, bertempur dengan penduduk yang
memberontak menentang penindasan serta menuntut kesaksamaan ekonomi.
Akibatnya lebih 50,000 terbunuh dan berjuta lagi menjadi pelarian lalu memohon sesuap
nasi daripada negara jiran. Itulah berita yang memenuhi media dunia dan ia dipetik
daripada pertubuhan hak asasi Barat.
Bagaimanapun, tidakkah orang tertanya-tanya mengapa tiba-tiba Washington sibuk
memperjuangkan isu Darfur sedangkan Rumah Putih sengaja mengabaikan kejadian di
wilayah itu selama 18 bulan sehingga keadaan menjadi buruk.
Dan jawapannya adalah seperti apa yang tergambar pada ketetapan yang dikeluarkan badan
dunia.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kini semakin jelas
kelihatan sebagai pelaksana dasar dan kementerian luar Amerika, pada 18 September lalu
meluluskan ketetapan mengancam mengenakan sekatan ke atas industri minyak Sudan
kecuali kerajaan Khartoum mengotakan janjinya mengembalikan keamanan di Darfur.
China mengambil pendirian berkecuali berhubung isu itu meskipun pada awalnya mengancam
untuk menggunakan kuasa pembatalnya. Ketika mengeluarkan ugutan itu, China menyatakan,
hanya penyelesaian secara aman dapat mengembalikan keamanan di rantau Darfur.
Salim berkata, Beijing sebenarnya sentiasa cuba mengelak wujud perbalahan serius
dengan Amerika kerana China mahu membuktikan kepada kuasa dunia yang lain termasuk
Washington bahawa kemajuan China memberi rahmat kepada semua pihak.
Islamonline memetik penulis Arab, Mohammad Hassanein Hekal sebagai berkata, Amerika
mahu menjadikan perangnya di Iraq untuk mengukuhkan cengkaman serta menunjukkan
kekuatan tenteranya.
�Ia jelas menghantar mesej kepada bakal penentangnya termasuk China, Jepun dan Jerman,
bahawa dunia kini dalam genggaman Amerika,� katanya.
Hekal merujuk kepada laporan Amerika yang tersiar pada September 2001, beberapa hari
sebelum serangan 11 September ke atas New York dan Washington yang menyatakan bahawa
Amerika tidak lagi menghadapi cabaran, penentangan atau ancaman daripada Russia.
Laporan itu menjelaskan, China, Jerman dan Jepun akan menjadi bakal pencabar Amerika,
satu perkara yang memerlukan tindakan serta merta Rumah Putih.
Hekal berkata, serangan 9/11 tidak memberi pilihan kepada pentadbiran berhaluan kanan
Bush kecuali menerima semua cadangan �penasihatnya� berkaitan usaha menghapuskan
ancaman berkenaan.
Selepas serangan 9/11, semua pihak termasuk rakyat Amerika sendiri mengetahui Rumah
Putih sentiasa mencurigai Islam atau menjadikan agama ini helah kepada agenda
agungnya.
Afghanistan negara yang pertama di serang. Selain didakwa melindungi ketua al-Qaeda ,
sebuah pertubuhan Islam yang cuba digambarkan Washington sebagai paling jahat dan
kejam di dunia kerana tragedi 9/11, kesalahan kerajaan Afghanistan yang ketika itu
dipimpin oleh rejim Islam Taliban juga disebabkan isu minyak.
Sebabnya adalah Taliban membatalkan perjanjian membina saluran minyak.
Sebelum itu, beberapa syarikat minyak Amerika sudah pun mendapat persetujuan Taliban
untuk membina rangkaian saluran paip merentasi Afghanistan bagi mengangkut minyak dari
negara di rantau Laut Kaspia ke Pakistan.
Isu minyak terbukti apabila sejurus selepas Presiden Hamid Karzai - yang juga bekas
eksekutif syarikat minyak Amerika - dilantik menjadi ketua sementara Afghanistan,
perjanjian pembinaan saluran paip itu serta merta diteruskan.
Iraq juga begitu. Semua syarikat industri minyak Amerika memberi bantuan besar kepada
Amerika menumbangkan rejim Saddam dan beberapa hari selepas satu lagi rejim Islam
tumbang, saluran paip minyak sudah disedut oleh syarikat Amerika dan Israel,
menamatkan bahagian yang sebelum ini menjadi hak China.
Kini negara Islam Sudan yang juga kaya dengan minyak menjadi mangsa ketamakan Amerika
dalam usahanya menamatkan sumber kekuatan musuh utamanya. Akhirnya, �Gajah� Amerika
dan China berebutkan minyak. Berpuluh ribu �pelanduk� Sudan mati tersepit.
---------------------------------
Do you Yahoo!?
vote.yahoo.com - Register online to vote today!
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih
Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppiindia.shyper.com
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:
1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru;
4. Posting: [EMAIL PROTECTED]
5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/