Muhammad di dalam Al-Kitab (Bible)?

Pada 1975, Ahmed Deedat mengadakan beberapa ceramah dimana dia cuba 
membuktikan kewujudan ramalan Muhammad yang dikatakan terkandung di 
dalam Al-Kitab. Ceramah pertama yang berjudul, What does the Bible 
say about Muhammad? adalah mengenai ramalan Ulangan 18:18 di dalam 
Perjanjian Lama. Deedat cuba menunjukkan bahawa Nabi Musa meramalkam 
kedatangan Muhammad dengan menggunakan ayat tersebut. Ceramah 
keduanya berkaitan dengan ramalan oleh Nabi Isa mengenai kedatangan 
Muhammad apabila Nabi Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya untuk 
menunggu ketibaan seorang Penghibur yang menurut Isa akan datang 
setelah Ia pergi. 

Ceramah-ceramah Deedat adalah contoh bagaimana kaum Muslim cuba 
membuat dua ramalan ini supaya meramalkan kedatangan Muhammad. 
Percubaan-percubaan sedemikian timbul oleh kerana ayat yang 
terkandung di dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa kedatangan 
Muhammad diramalkan oleh kitab-kitab Yahudi dan Kristian.

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang 
(namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada 
di sisi mereka. (Surah 7:157)

Tidaklah menghairankan jika kaum Muslim bertungkus-lumus menyelidiki 
Taurat dan Injil untuk mencari ramalan yang berkenaan dengan ayat 
tersebut. Nampaknya, Al-Quran amat yakin bahawa ramalan ini boleh 
ditemui dengan mudah. Tetapi, apabila kaum Muslim cuba mencari 
ramalan-ramalan sebegini, mereka terperanjat kerana Nabi Isa-lah yang 
diramalkan dan bukannya Muhammad. Kelahiran Isa, pelayanan-Nya, 
perumpamaan, mujizat-mujizat, penyaliban, kebangkitan, kenaikkan, 
kedatangan kedua, keilahian-Nya dan kemuliaan serta takzim-Nya adalah 
topik ramalan kitab-kitab ini. Dengan intensifnya, ramalan-ramalan 
ini membentarakan puncak kegemilangan wahyu kebenaran Allah dan kasih-
Nya terhadap manusia. Oleh kerana itu, ramalan-ramalan ini tidak 
membenarkan kemungkinan terjadi antiklimaks di dalam Al-Kitab yang 
disebabkan oleh seorang "nabi" yang disyak akan datang. Ketiadaan 
ramalan sebegini mengenai "nabi" itu amatlah nyata.

Walau bagaimanapun, berpacu oleh keyakinan terhadap Al-Quran bahawa 
Al-Kitab memang meramalkan kedatangan Muhammad, kaum Muslim telah 
dengan sedaya upaya mencari ramalan berkenaan itu. Kekosongan ramalan-
ramalan sebegini yang nyata telah mendorong kaum Muslim bergantung 
kepada dua ramalan yang telah disebutkan, iaitu satu oleh Nabi Musa 
dan satu lagi oleh Nabi Isa.

Kami menganggap bahawa kedua-dua ramalan ini dipercayai oleh kaum 
Muslim sebagai bukti-bukti yang paling kukuh bagi mereka. Dengan 
demikian, apabila dapat dibuktikan bahawa kedua-dua ramalan ini tidak 
merujuk kepada Muhammad atau kenabiannya, jadi seluruh anggapan 
bahawa Muhammad diramalkan dalam Al-Kitab mesti runtuh sama sekali. 

Secara umum adalah difahami dan diterima bahawa untuk menentukan 
sesuatu, semua bukti yang berkaitan mesti diselidiki dan semua yang 
tidak berkaitan ditolak. Marilah kita bermula dengan ramalan pertama.

 Musa dan seorang Nabi yang akan datang

Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara 
mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam 
mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang 
Kuperintahkan kepadanya. (Ulangan 18:18.)

Tiap-tiap masa kaum Muslim ingin membuktikan bahawa Muhammad 
diramalkan di dalam Taurat, iaitu Perjanjian Lama, mereka akan selalu 
merujuk kepada ayat ini sebagai ramalan jelas yang menyokong tuntutan 
mereka. Mereka berbahas bahawa Nabi yang dijanjikan oleh Allah kepada 
Musa adalah Muhammad kerana:

Al-Quran dianggap oleh mereka sebagai firman Allah dan oleh itu, 
sebab Muhammad membaca setiap ayat yang diberikan kepadanya, hal ini 
menunjukkan bahawa Allah telah menaruhkan firman-Nya ke dalam mulut 
Muhammad seperti yang dikatakan oleh ayat ramalan dalam Taurat ini.


Nabi itu akan bangkit dari saudara bangsa Israel, iaitu bangsa Ismail 
kerana Israel (Yakub) dan Ismail adalah anak Ibrahim, dan oleh itu 12 
suku kaum keturunan Ismail adalah saudara kepada 12 suku kaum 
keturunan Israel. Oleh kerana Muhammad seorang sahaja dari keturunan 
Ismail yang mengaku diri sebagai nabi, kaum Muslim berkata bahawa 
ramalan itu adalah sebenarnya mengenai Muhammad.


Muhammad adalah seperti Musa dalam banyak hal sehingga menurut kaum 
Muslim ramalan itu adalah mengenai Muhammad.


Kita akan menyelidiki ramalan ini dengan teliti dan dengan 
memperhatikan konteks ramalan yang diberikan tersebut. Hanya dengan 
cara demikian dapat kita menghasilkan tafsiran yang tidak menyimpang. 
Setiap pengajar Al-Kitab yang cerdas, mengetahui bahwa tidak ada 
penafsiran yang wajar apabila dilihat secara berasingan dari konteks. 
Karena itu, sangat penting untuk mengutip seluruh nas yang 
mengandungi ramalan tersebut. Untuk itu, dua petikan berikut adalah 
amat penting:

"Imam-imam orang Lewi, seluruh suku Lewi, janganlah mendapat bagian 
milik pusaka bersama-sama orang Israel; dari korban api-apian kepada 
TUHAN dan apa yang menjadi milik-Nya harus mereka dapat rezeki." 
(Ulangan 18:1-2.)

"Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, 
sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu; 
dialah yang harus kamu dengarkan. Tepat seperti yang kamu minta 
dahulu kepada TUHAN, Allahmu, di gunung Horeb, pada hari perkumpulan, 
dengan berkata: Tidak mau aku mendengar suara TUHAN, Allahku, dan api 
yang besar ini tidak mau aku melihatnya lagi, supaya jangan aku mati. 
Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka baik; 
seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara 
mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam 
mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang 
Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-
Ku yang akan diucap nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut 
pertanggungjawaban. Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk 
mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk 
dikatakan olehnya, atau yang berkata demikian demi nama allah lain, 
nabi itu harus mati." (Ulangan 18:15-20.)

Marilah kita menyelidiki ketiga perkara yang dianggap menjadi bukti 
bahawa ramalan ini adalah mengenai Muhammad. 

1. Firman Allah di dalam mulut nabi 
Kaum Kristian memang tidak percaya bahawa Al-Quran adalah firman 
Allah. Tetapi demi sebab berbicaraan ini, kami mengatakan seumpama 
bahawa Allah benar-benar menaruh firman-Nya ke dalam mulut Muhammad. 
Ini adalah supaya kita dapat menyelidiki sama ada "firman di dalam 
mulut Muhammad" boleh digunakan sebagai bukti kuat bahawa Muhammad 
adalah nabi yang diramalkan dalam Ulangan 18:18. Pada pandangan kami, 
sebutan "Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya" tidak dapat 
digunakan untuk menentukan siapakah nabi itu. Kalimat ini adalah 
benar bagi semua nabi kerana Allah telah menaruh firman-Nya ke dalam 
mulut mereka semua. Allah berkata kepada nabi Yeremia:

"Sesungguhnya, Aku menaruh perkataan-perkataan-Ku ke dalam mulutmu." 
(Yeremia 1:9.)

Lebih-lebih lagi, kita baca di Ulangan 18:18 bahawa Nabi yang datang 
selepas Musa akan "mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan 
kepadanya." Sekarang kita baca bahawa Isa pada satu ketika berkata 
kepada pengikut-pengikut-Nya:

"Sebab Aku berkata-kata bukan dari diri-Ku sendiri, tetapi Bapa, yang 
mengutus Aku, Dialah yang memerintahkan Aku untuk mengatakan apa yang 
harus Aku katakan dan Aku sampaikan. Dan Aku tahu, bahawa perintah-
Nya itu adalah hidup yang kekal. Jadi apa yang Aku katakan, Aku 
menyampaikannya sebagaimana yang difirmankan oleh Bapa kepada-Ku." 
(Injil Yohanes 12:49-50.)

Satu lagi contoh mengenai sebutan yang sama dijumpai di dalam doa Isa 
pada malam terakhir dia bersama pengikut-pengikut-Nya. Dia berdoa:

"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah 
Kusampaikan kepada mereka." (Injil Yohanes 17:8.)

Jadi tidak dapat kita tentukan identiti nabi yang disebut dalam 
Ulangan 18:18 dengan menggunakan firman Allah yang dimasukkan ke 
dalam mulutnya. Oleh itu, nabi yang diramalkan mesti ditentukan 
dengan cara-cara lain.

2. Nabi dari kalangan suadara-saudara mereka 
Kaum Muslim mendakwa bahawa "saudara mereka" dalam Ulangan 18:18 
bermaksud saudara kepada kaum Israel, iaitu kaum Ismail. Dalam kes 
ini, kita mesti menimbangkan ayat-ayat lain yang terkandung di dalam 
pasal yang mengandungi ramalan itu. 

Allah berfirman, "Seorang nabi akan Ku bangkitkan bagi mereka dari 
antara saudara mereka." Siapakah yang Allah maksudkan apabila Dia 
berfirman "mereka"? Kita mendapat jawapannya apabila kita meninjau 
kepada dua ayat di permulaan pasal ini.

"Imam-imam orang Lewi, seluruh suku Lewi, janganlah mendapat bagian 
milik pusaka bersama-sama orang Israel�.Janganlah ia mempunyai milik 
pusaka di tengah-tengah saudara-saudaranya." (Ulangan 18:1-2.)

Dari 2 ayat ini, amatlah jelas bahawa "mereka" bermaksud suku Lewi 
dan "saudara mereka" bermaksud sebelas suku-suku Israel yang lain. 
Hal ini merupakan kenyataan yang tidak boleh dibantah lagi. Tiada 
tafsiran Ulangan 18:18 yang jujur membenarkan kaum lain kecuali suku 
Lewi dan suku-suku Israel yang lain. Mari kita menyiasat tafsiran 
yang betul mengenai "saudara-saudaranya" yang tercatat dalam Ulangan 
18:1-2. Kita baca:

"�seluruh suku Lewi, janganlah mendapat bagian milik pusaka bersama-
sama orang ISRAEL�.Janganlah ia mempunyai milik pusaka di tengah-
tengah SAUDARA-SAUDARANYA."

Oleh itu, tafsiran Ulangan 18:18 yang betul adalah: "Seorang nabi 
akan Kubangkitkan bagi mereka (iaitu suku kaum Lewi) dari antara 
saudara mereka (iaitu suku-suku Israel yang lain)". Memang, 
Perjanjian Lama penuh dengan sebutan "saudara mereka" yang bermaksud 
suku-suku Israel yang lain. Sebagai contoh:

"Tetapi bani Benjamin tidak mau mendengarkan perkataan saudara-
saudaranya, orang Israel itu." (Hakim-hakim 20:13.)

Dalam ayat ini. "saudara-saudaranya" adalah suku-suku Israel yang 
lain, yang berlainan dengan bani Benjamin. Di dalam Ulangan 18:18, 
maka "saudara mereka" dengan jelas, bermaksud suku-suku Israel yang 
lain. Sekali lagi, menurut Bilangan 8:26, suku Lewi diperintahkan 
agar membantu "saudara-saudaranya" yang merupakan suku-suku bani 
Israel lainnya. Di 2 Raja-raja 24:12, bani Yehuda berasingan 
dengan "saudara mereka", sekali lagi suku-suku Israel yang lain. 
(Tengok juga Hakim-hakim 21:22, 2 Samuel 2:26, 2 Raja-raja 23:9, 1 
Tawarikh 12:32, 2 Tawarikh 28:15 dan lain-lain.)

Memang, di Ulangan 17:15 kita baca bahawa Musa pada satu ketika 
berkata kepada kaum Israel "Dari tengah-tengah saudara-saudaramu 
haruslah engkau mengangkat seorang raja atasmu; salah seorang asing 
yang bukan saudaramu tidaklah boleh kau angkat atasmu". Cuma seorang 
Israel sahaja yang boleh diangkat sebagai raja kepada Israel � "dari 
tengah-tengah saudara-saudaramu" � orang asing tidak dibenarkan, sama 
ada dia kaum Ismail, suku Edom atau lain-lain, yang boleh diangkat 
sebagai raja kepada Israel, kecuali dia adalah "saudara mereka", 
iaitu seorang daripada bani-bani Israel.

Sekarang kita mempunyai dalil mutlak yang melenyapkan cadangan bahawa 
Muhammad diramalkan dalam Ulangan 18:18. Muhammad adalah keturunan 
Ismail dan oleh itu, dengan sendirinya tidak layak sebagai calon nabi 
yang diramalkan mengikut ayat itu. Nabi itu sememangnya akan datang 
dari salah satu bani-bani Israel, melainkan suku Lewi. Allah berkata 
bahawa Dia akan membangkitkan seorang nabi seperti Musa bagi suku 
Lewi dari antara "saudara mereka", iaitu dari salah satu bani-bani 
Israel yang lain. Oleh kerana tujuan kita adalah untuk membuktikan 
bahawa Isa adalah nabi yang diramalkan oleh ayat itu, sekarang masa 
yang baik untuk menjelaskan bahawa Isa adalah dari keturunan bani 
Yehuda (Injil Matius 1:2, Ibrani 7:14). Oleh kerana itu, dia memenuhi 
syarat menjadi calon nabi yang akan dibangkitkan dari antara saudara 
suku Lewi.

3. Nabi seperti Musa 
Keluaran publisi Islam penuh dengan perbandingan di antara Musa dan 
Muhammad di mana bukti-bukti menunjukkan persamaan di antara mereka 
dikemukakan. Keluaran publisi ini juga mengemukakan perbezaan di 
antara Isa dan Musa di mana penulis cuba menolak Isa sebagai calon 
nabi yang diramalkan dalam Ulangan 18:18.

Dalam buku What does the Bible say about Muhammad, Deedat 
mengeluarkan beberapa persamaan diantara Musa dan Muhammad di mana 
dia berkata tidak wujud diantara Musa dan Isa. Kebanyakannya tidak 
bermakna dan hanya menunjukkna keunggulan Isa daripada kaum manusia. 
Sebagai contoh, Deedat berbahas bahawa Musa dan Muhammad dilahirkan 
secara biasa dan dikebumikan setelah meninggal, malah Isa dilahirkan 
oleh anak-dara, tiada bapa, dinaikkan ke syurga (Deedat, What the 
Bible Says About Muhammad, hal.7, 12). Sememangnya semua manusia 
mempunyai ibubapa dan menjadi abu setelah meninggal. Deedat hanya 
mengemukakan fakta-fakta bagaimana Isa lebih unik daripada manusia. 
Cara ini tidak boleh digunakan untuk mengenali nabi yang Musa 
ramalkan mengikut ayat Ulangan 18:18. 

Di dalam keluaran publisi itu, kadang-kala kami menjumpai persamaan 
di antara Musa dan Muhammad yang lebihkuat dan menonjol, yang memang 
perlu dianalisa secara lebih mendalam. Tiga contoh persamaan adalah 
seperti berikut:

Musa dan Muhammad adalah pemberi hukum Allah, kepala ketenteraan, 
pimpinan rohani dan kebangsaan mereka.


Musa dan Muhammad pada mulanya, ditolak oleh umat mereka, tersingkir 
daripada umat mereka oleh tindakan pimpinan agama dan bangsa, tetapi 
pulang kepada mereka setelah beberapa tahun untuk menjadi pimpinan 
urusan agama dan bangsa mereka.


Musa dan Muhammad berhasil membuka kesempatan menawan tanah Palestin 
selepas kematian mereka, melalui pengikut-pengikut mereka, masing-
masing Yosua dan Umar.


Pada masa yang sama, keluaran publisi buku itu mengatakan bahawa Isa 
dan Musa amat berbeza mengikut kepercayaan kaum Kristian. Oleh itu 
Isa bukanlah nabi yang diramalkan. Perbezaan-perbezaan yang 
dikemukakan adalah seperti berikut:

Musa hanyalah seorang nabi tetapi menurut kepercayaan kaum Kristian, 
Isa adalah Anak Allah.


Musa meninggal secara biasa tetapi Isa mati melalui cara kekerasan.


Musa adalah pemimpin bangsa Israel tetapi Isa tidak pernah memerintah 
semasa pelayananNya diatas Bumi.
Kerana ini terpaksa kami bertanya: adakah persamaan dan perbezaan 
begini membuktikan dengan jelas bahawa Muhammad adalah nabi yang 
diramalkan oleh Musa dalam Ulangan 18:18? Sememangnya tidak. Pertama, 
perbezaan di antara Musa dan Isa yang dikemukakan tidak penting. Al-
Kitab selalu memanggil Isa sebagai nabi dan Anak Allah (Injil Matius 
13:57, 21:11, Injil Yohanes 4:44) dan fakta Isa mati disalibkan tidak 
berkaitan dengan masalah tersebut. Banyak nabi yang dibunuh oleh 
bangsa Yahudi kerana kesaksian mereka, dan kebenaran fakta ini 
mendapatkan dukungan baik dari Al-Kitab maupun Al-Quran (Injil Matius 
23:31, Surah 2:91). Lebih-lebih lagi, Al-Kitab mengatakan bahawa Umat 
Kristian telah menggantikan negara Israel sebagai bangsa kesayangan 
Allah. Oleh itu, dapat dilihat pula bahawa Musa memimpin umatnya pada 
zaman dulu, jadi Isa sekarang mengetuai Umat Allah dari tahkta-Nya di 
syurga. Dalam kes ini, Isa adalah seperti Musa.

Kedua, apabila kami membalikkan perbandingan seperti ini, kami juga 
boleh menunjukkan persamaan di antara Musa dan Isa di mana Muhammad 
dibezakan dengan mereka. Sebagai contoh:

Musa dan Isa adalah berbangsa keturunan Israel (Yakub), sedangkan 
Muhammad adalah berbangsa keturunan Ismail. (Ini adalah faktor utama 
yang menentukan identiti nabi yang diramalkan oleh Musa.)


Musa dan Isa pergi ke Mesir, sedangkan Muhammad tidak pernah ke 
Mesir. Kita baca mengenai Musa: "Karena iman maka ia telah 
meninggalkan Mesir" (Ibrani 11:27). Mengenai Isa kita baca: "Dari 
Mesir Kupanggil Anak-Ku." (Injil Matius 2:15.)


Musa dan Isa menolak kekayaan dan berkongsi kemiskinan dengan umat 
mereka sedangkan Muhammad tidak melakukan hal itu. Kita baca mengenai 
Musa: "Ia menganggap penghinaan kerana Al-Masih(Kristus) sebagai 
kekayaan yang lebih besar dari pada semua harta Mesir" dan "karena ia 
lebih suka menderita sengsara dengan umat Allah," (Ibrani 11:25-26). 
Mengenai Isa kita baca: "Karena kamu telah mengenal kasih karunia 
Tuhan kita Isa Al-Masih(Yesus Kristus), bahwa Ia, yang oleh karena 
kamu menjadi miskin, sekalipun Ia kaya, supaya kamu menjadi kaya oleh 
kerana kemiskinan-Nya." (2 Korintus 8:9.)


Jadi kita ada persamaan di antara Musa dan Isa yang menunjukkan 
adanya perbezaan jelas dengan Muhammad. Ini menunjukkan betapa 
lemahnya cara kaum Muslim membandingkan Musa dengan Muhammad (sambil 
membezakan Isa dengan mereka), kerana cara perbandingan ini harus 
boleh dilakukan dua arah. 

Al-Quran sendiri menafikan persamaan di antara Musa dan Muhammad!

Tiada diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan 
kepada Musa dahulu. (Surah 28:48.)

Jadi bagaimana kita dapat mengenali nabi itu yang diramalkan dalam 
Ulangan 18:18?

Oleh kerana banyak nabi yang telah lalu, bagi kita masuk akal untuk 
menelitikan nabi ini yang mempunyai sifat-sifat seperti nabi Musa 
dalam cara tertentu yang unik, berlainan dengan nabi-nabi lain. 
Memang jelas bahawa nabi itu akan seperti Musa dengan cara yang unik 
dan luar biasa. Sememangnya, Allah akan memberi tanda-tanda yang 
jelas membezakan nabi ini dari pada nabi-nabi lain di dalam firman-
Nya. 

"Seorang nabi dari tengah-tengah mu, dari antara saudara-saudaramu, 
sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu; 
dialah yang harus kamu dengarkan. Tepat seperti yang kamu minta 
dahulu kepada Tuhan, Allahmu, di gunung Horeb, pada hari perkumpulan 
dengan berkata: Tidak mau aku mendengar lagi suara TUHAN, Allahku, 
dan api yang besar ini tidak mau aku melihatnya lagi, supaya jangan 
aku mati." (Ulangan 18:15-16.)

Nabi itu akan dibangkitkan sebagaimana Allah telah membangkitkan 
Musa, iaitu sebagai orang pengantara perjanjian yang Allah berikan di 
Horeb. Kaum Israel merayu kepada Musa supaya dia menjadi orang 
pengantara di antara mereka dengan Allah kerana mereka tidak ingin 
mendengar suara Allah dengan bersua muka-Nya. Allah berkata "Apa yang 
dikatakan mereka itu baik" (Ulangan 18:17). Lalu Allah menaikkan Musa 
sebagai orang pengantara perjanjian di antara-Nya dengan kaum Israel. 
Kita mesti juga menimbang bahawa Allah bercakap kepada Musa melalui 
cara yang khas seperti yang tertulis dalam Al-Kitab:

"Dan TUHAN berbicara kepada Musa dengan berhadapan muka seperti 
seorang berbicara kepada temannya." (Keluaran 33:11.)

Al-Quran juga mengatakan bahawa Allah bercakap terus kepada Musa 
dengan cara yang berlainan daripada nabi-nabi yang lain (Surah 
4:164). Lebih-lebih lagi, untuk mensahkan Musa sebagai orang 
pengantara dalam tugas yang penting ini, Allah telah mumbuat tanda-
tanda dan mujizat-mujizat di hadapan kaum Israel melalui Musa. Sebab 
Allah telah berjanji bahawa nabi yang akan datang akan seperti Musa 
dalam tugas pengatara perjanjian, jadi sifat-sifat nabi itu mestilah 
berdasarkan:

Nabi itu akan menjadi orang pengantara di antara Allah dengan umat-
Nya.


Nabi itu akan mengenali muka Allah.


Tugasnya akan dikukuhkan dengan kehadiran tanda-tanda ajaib dan 
mujizat-mujizat dengan kuasa Allah, di hadapan kaum Israel.


Sifat-sifat sebegini sememangnya mendapat dasar dalam ayat penutup 
kitab Ulangan:

Seperti Musa yang dikenal TUHAN dengan berhadapan muka, tidak ada 
lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel, dalam hal segala tanda 
dan mujizat, yang dilakukannya atas perintah TUHAN di tanah Mesir 
terhadap Firaun dan terhadap semua pegawainya dan seluruh negerinya, 
dan dalam hal segala perbuatan kekuasaan dan segala kedashyatan yang 
besar yang dilakukan Musa di depan seluruh orang Israel. (Ulangan 
34:10-12.)

Tiga sifat Musa sebagai nabi memang jelas disebut: dia adalah orang 
pengantara Allah dengan Israel, dia mengenal muka Tuhan, dan dia 
membuat tanda dan mujizat yang hebat. Nabi yang akan datang mesti 
meniru sifat-sifat Musa sebegini. Adakah Muhammad mempunyai sifat-
sifat sebegini yang luar biasa?

Pertama, Allah bercakap dengan bersua muka kepada Musa supaya dia 
menjadi orang pengantara Allah dan umat-Nya Israel. Sedangkan Al-
Quran dikatakan diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Muhammad dan 
tidak pernah Allah bersua muka dengan Muhammad, sebagaimana yang 
diakui kaum Muslim. Muhammad juga tidak menjadi orang pengantara 
perjanjian di antara Allah dengan umat-Nya, iaitu kaum Israel.

Kedua, Muhammad tidak melakukan apa-apa tanda atau mujizat. Walaupun 
Hadis mencatat beberapa mujizat yang banyak ragam, kesemua ini adalah 
dongeng, kerana Al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa Muhammad 
tidak melakukan sebarang tanda. Dalam Surah 6:37, apabila musuh 
Muhammad berkata "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) suatu 
mu'jizat dari Tuhannya?" Muhammad cuma menjawab bahawa Allah akan 
membuatnya jika Dia ingin tetapi Allah masih belum melakukannya. 
Dalam Surah yang sama kita baca bahawa Muhammad berkata, "Bukanlah 
wewenangku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk disegerakan 
kedatangannya," (Surah 6:57) yang bermaksud tanda-tanda dan mujizat-
mujizat seperti yang Musa lakukan. Muhammad terus berkata bahawa jika 
dia mempunyai tanda-tanda itu, pertelingkahan di antara dia dengan 
musuhnya seharus telah selesai awal-awal lagi.

Sekali lagi dalam surah yang sama, musuh Muhammad berkata bahawa 
mereka akan bertaubat sekiranya tanda-tanda datang dari Allah, tetapi 
Muhammad hanya menjawab bahawa Allah tidak berbuat begitu kerana 
mereka tidak akan percaya juga (seperti orang Yahudi tidak percaya 
mengenai Isa � Injil Yohanes 12:37). Lebih-lebih lagi, Al-Quran juga 
mencatatkan bahawa musuh-musuh Muhammad yang berada di Mekah pernah 
berkata kepadanya:

"Mengapakah tidak diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah 
diberikan kepada Musa dahulu?" (Surah 28:48.)

Jawapan Al-Quran masih sama � mereka menolak tanda-tanda yang Musa 
lakukan, jadi kenapa mereka mengharapkan Muhammad melakukan tanda-
tanda? Walau bagaimanapun, mengikut ramalan pada Ulangan 18:18, ini 
adalah satu perkara yang tajam dan penting kerana ia dengan jelas, 
membezakan Musa dan Muhammad dalam perihal tanda-tanda dan mujizat. 
Jadi bagaimana dapat Muhammad dikatakan sebagai nabi yang diramalkan 
pada Ulangan 18:18 sekiranya dia tidak diberi kuasa untuk melakukan 
sebarang tanda-tanda dan mujizat seperti yang dilakukan oleh Musa? 
Oleh itu, Muhammad sememangnya bukan seperti Musa di dalam salah satu 
sifat-sifat penting yang harus ada. Al-Quran juga mempunyai 
kesaksiannya sendiri mengenai perkara ini.

Jadi kita dapat lihat bahawa Muhammad bukan orang pengantara di 
antara Allah dengan manusia, tidak dapat melakukan sebarang tanda dan 
mujizat untuk membuktikan dirinya. Ulangan 34:11 mewajibkan nabi yang 
diramalkan itu melakukan tanda-tanda dan mujizat seperti yang 
dilakukan oleh Musa, oleh kerana Muhammad tidak melakukannya, 
terdapat sanggahan kedua yang secara fatal membantah Muhammad sebagai 
nabi yang diramalkan oleh Ulangan 18:18. Sebagai kesimpulan, apa-apa 
jua bukti yang kaum Muslim keluarkan sebagai sokongan kepada cadangan 
mereka, bukti yang benar-benar penting dan berkaitan telah menolak 
cadagan Muhammad sebagai nabi yang diramalkan oleh Musa.

4. Isa � Nabi seperti Musa 
Sekarang mari kita timbangkan adakah Isa nabi yang diramalkan oleh 
Musa. Kita bermula dengan menjawab beberapa bantahan yang dikemukakan 
oleh kaum Muslim. Pertama, sekiranya Isa adalah Al-Masih, kaum Muslim 
berkata bahawa dia bukan nabi yang Musa ramalkan kerana orang Yahudi 
membezakan di antara Elia, Al-Masih dan nabi yang diramalkan itu 
(Injil Yohanes 1:19-21). Perbahasan bermula dengan menyatakan bahawa 
kaum Kristian percaya bahawa John Pembaptis telah datang dalam Roh 
Elia, Isa adalah Al-Masih dan oleh itu, Muhammadlah nabi yang 
disebutkan. Kami telah menunjukkan bahawa ianya mustahil bagi 
Muhammad untuk menjadi sebagai nabi itu. Walau bagaimanapun, tiada 
hal muktamad yang dapat di terjemahkan daripada khabar angin orang 
Yahudi itu. Mereka pernah berkata mengenai Isa: "Dia ini benar-benar 
nabi yang akan datang" (Injil Yohanes 7:40). Pada suatu masa lagi 
mereka berkata mengenai Isa sebagai "salah seorang dari para nabi" 
(Injil Matius 16:14), dan satu ketika sebagai "seorang nabi" (Injil 
Markus 6:15) dan lebih teruk lagi, memanggilnya sebagai kedua-dua 
Elia (Injil Markus 6:15) dan Yohanes Pembaptis (Injil Matius 16:14).

Perlu diterangkan bahawa Al-Kitab tidak menjagar bahawa Elia, Al-
Masih dan nabi itu akan datang mengikut susunan sebegini. Soalan yang 
dikemukakan oleh orang Yahudi kepada Yohanes, sama ada dia Elia, Al-
Masih atau nabi itu, cuma meluahkan harapan mereka mengenai rupa 
orang-orang penting yang akan datang. Oleh kerana kekeliruan mereka, 
kita tidak boleh mengambil berat tentang perbezaan yang mereka buat 
mengenai Al-Masih dan nabi itu. Perhatikan bahawa ramalan mengenai 
nabi itu di buat dahulu di dalam Perjanjian Lama (nabi itu dijanjikan 
oleh Musa) sebelum ramalan mengenai Al-Masih oleh para nabi lain, dan 
berakhiri dengan ramalan mengenai Elia (Maleakhi 4:5). Lebih-lebih 
lagi, ramalan-ramalan itu tidak membezakan nabi itu dengan Al-Masih. 
Malah, orang Yahudi juga, dalam satu nafas pernah menggelar Isa 
sebagai nabi dan Al-Masih (Injil Yohanes 7:40-41).

Satu lagi bantahan yang suka digunakan oleh kaum Muslim adalah orang 
Yahudi telah membunuh Isa dan mengikut firman Allah di Ulangan 18:20, 
hanya orang yang mengatakan dirinya sebagai nabi tanpa perintah Allah 
harus mati. Akan tetapi setiap nabi telah mati, dan kebanyakan mereka 
mati dengan dashyat sepertimana dikatakan oleh Al-Quran dan Al-Kitab, 
sehingga kematian seseorang nabi tidak dapat digunakan sebagai bukti 
menentang keilahian misinya. Allah sememangnya tidak bermaksud yang 
setiap nabi benar tidak akan mati! Apa yang Allah maksudkan adalah 
semua nabi palsu harus dibunuh dan akan mati selamanya. Kita akan 
tahu mengenai semua nabi palsu yang telah lalu pada hari kiamat kelak.

Apa yang menjadi tumpuan perhatian kita adalah Allah telah berjanji 
yang Dia akan membangkitkan seorang nabi seperti Musa yang akan 
menjadi orang pengantara perjanjian yang baru, dan tanda-tanda akan 
menyertai perjanjian ini dan membuktikan asal sorgawinya. Al-Kitab 
yang mengandungi ramalan ini mengenai nabi itu menetapkan dengan 
jelas bahawa Isa adalah nabi itu. Rasul Petrus berkata bahawa Allah 
telah meramalkan kedatangan Isa melalui semua nabi, merujuk dengan 
khusus kepada Ulangan 18:18 sebagai bukti yang Musa telah 
meramalkannya (Kisah Para Rasul 3:22). Isa sendiri berkata mengenai 
Musa, "ia telah menulis tentang Aku" (Injil Yohanes 5:46). Amat susah 
untuk kita mencari dalam kesemua lima kitab Musa, ramalan yang begitu 
nyata mengenai kedatangan Isa melainkan ramalan itu. Petrus memilih 
Ulangan 18:18 daripada tulisan Musa yang lain, sebagai satu ramalan 
yang jelas mengenai kedatangan Isa Al-Masih.

Juga dalam Kisah Para Rasul 7:37 Stefanus merujuk kepada Ulangan 
18:18 sebagai bukti bahawa Musa adalah seorang dari pada mereka 
yang "memberitakan tentang kedatangan Orang Benar", iaitu Isa, orang 
yang kaum Yahudi khianati dan salibkan.

Selepas menjadi saksi kedapa tanda-tanda yang Isa lakukan dan selepas 
mengambil bahagian dalam Perjanjian Baru di mana Isa telah bersua 
muka Allah dan menjadi orang pengantara dengan Allah dan umat-Nya, 
kaum Kristian awal tahu bahawa Isa adalah nabi yang diramal dalam 
Ulangan 18:18. Mereka juga tahu bahawa ramalan mengenai nabi seperti 
Musa, telah ditambahkan dengan janji Allah kepada nabi Yeremia bahawa 
Dia akan mengantarakan Perjanjian Baru pada masa akan datang diantara-
Nya dengan umat-Nya. Mengenai Perjanjian Baru ini, Allah dengan jelas 
membezakannya dengan Perjanjian Lama yang Allah telah buat dengan 
Musa. Jadi memang nyata bahawa orang yang akan menjadi pengantara 
adalah seorang nabi yang kedatangannya telah Musa ramalkan. Allah 
berkata:

"Sesungguhnya, akan datang waktunya, demikianlah firman TUHAN, Aku 
akan mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan kaum Yehuda, 
bukan seperti perjanjian yang telah Kuadakan dengan nenek moyang 
mereka pada waktu Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka 
keluar dari tanah Mesir; perjanjian-Ku itu telah mereka ingkari, 
meskipun Aku menjadi tuan yang berkuasa atas mereka, demikianlah 
firman TUHAN. Tetapi beginilah perjanjian Kuadakan dengan kaum Israel 
sesudah waktu itu, demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh Taurat-
Ku dalam batin mereka dan menuliskannya dalam hati mereka; maka Aku 
akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. Dan tidak 
usah lagi orang mengajar sesamanya atau mengajar saudaranya dengan 
mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan 
mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni 
kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka." (Yeremia 31: 
31-34.)

"Aku akan mengadakan perjanjian baru", Allah firmankan, dengan itu 
menetapkan janji-Nya dalam Ulangan 18 bahawa seorang nabi seperti 
Musa akan datang untuk menjadi orang pengantara di antara Allah 
dengan umat-Nya. Perjanjian baru itu dibandingkan dengan perjanjian 
yang Allah buat dengan Musa. Perjanjian baru tidak sama dengan 
perjanjian yang diberikan kepada Musa tetapi nabi yang akan 
menyampaikan perjanjian baru itu akan seperti Musa. Oleh itu jelaslah 
bahawa kedatangan nabi yang diramalkan dalam Ulangan 18:18 adalah 
nabi pengantara perjanjian baru di antara Allah dengan umat-Nya. Kita 
baca mengenai Isa: "Karena itu Ia adalah Pengantara dari suatu 
perjanjian yang baru" (Ibrani 9:15). Untuk meneguhkan perjanjian 
pertama kita baca bahawa:

Kemudian Musa mengambil darah itu dan menyiramkannya pada bangsa itu 
serta berkata: "Inilah darah perjanjian yang diadakan TUHAN dengan 
kamu, berdasarkan segala firman ini." (Keluaran 24:8.)

Seperti perjanjian pertama yang disahkan oleh darah korban binatang, 
maka nabi itu akan buat seperti Musa dan juga akan mensahkan 
perjanjian baru Allah dengan darah. Isa lalu berkata:

"Cawan ini adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku" (1 
Korintus 11:25)

Janji Allah mengenai kedatangan seorang nabi seperti Musa yang akan 
mengantarakan perjanjian baru adalah satu berkat yang besar pada 
zaman sebelum Isa. Walaupun Allah mengantarakan perjanjian lama 
melalui Musa, api membara yang dilihat oleh kaum Israel, bersama 
dengan ribut dan tanda-tanda, membuat mereka "memohon, supaya jangan 
lagi berbicara kepada mereka, sebab mereka tidak tahan mendengar 
perintah ini," (Ibrani 12:19-20). Mereka semua ingkari perjanjian 
(Yeremia 31:31) dan mati di kawasan belantara seperti lalat (1 
Korintus 10:5). Mereka gagal menerima kehidupan yang dijanjikan 
kepada mereka yang berpegang kepada perjanjian lama.

Oleh itu Allah berjanji kepada waris benih mereka bahawa Dia akan 
membangkitkan seorang nabi seperti Musa dan akan mengantarakan 
perjanjian baru melaluinya di mana umat Allah akan berpegang 
kepadanya dan mendapat janji berkat, iaitu pengetahuan sebenar 
mengenai Allah, pengampunan dosa, kebolehan berpegang kepada hukum 
Allah, dan kurnia Allah (Yeremia 31:33-34). 

Tidak seperti kaum Israel di bawah Perjanjian Lama yang keluar dari 
jalan Allah, umat Allah melalui Perjanjian Baru ini adalah "jemaat 
anak-anak sulung, yang namanya terdaftar di sorga, dan kepada Allah, 
yang menghakimi semua orang, dan kepada roh-roh orang-orang benar 
yang telah menjadi sempurna, dan kepada Yesus, Pengantara perjanjian 
baru, dan kepada darah pemercikan, yang berbicara lebih kuat dari 
pada darah Habel" (Ibrani 12:23-24). Isa yang membawa perjanjian ini.

Oleh itu Isa adalah nabi seperti Musa yang dijanjikan kerana Isa 
mengantarakan perjanjian baru di antara Allah dan umat-Nya. Seperti 
Musa (dan dengan cara yang lebih unggul dibandingkan nabi-nabi lain), 
Isa mengenali muka Allah dan menjadi pengantara diantara Allah dan 
umat-Nya. "Aku kenal Dia, sebab Aku datang dari Dia dan Dialah yang 
mengutus Aku," kata Isa (Injil Yohanes 7:29). Sekali lagi Isa 
katakan: "tidak seorang pun mengenal Bapa selain Anak dan orang yang 
kepadanya Anak itu berkenan menyatakan," (Injil Matius 11:27). Sekali 
lagi Isa berkata: "Hanya dia yang datang dari Allah, Dialah yang 
telah melihat Bapa," (Injil Yohanes 6:46). Apakah bukti lanjut yang 
menunjukkan bahawa Isa mengenali muka Allah dan adalah orang 
pengantara diantara Allah dan umat-Nya selain daripada ayat 
ini: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang 
datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku�.Barangsiapa telah 
melihat Aku, ia telah melihat Bapa." (Injil Yohanes 14:6,9.)

Apabila Musa berhadapan dengan Allah. "tidaklah ia tahu, bahwa kulit 
mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan TUHAN" 
(Keluaran 34:29-30). Semasa Isa di atas gunung, dia menunjukkan imej 
Allah: "wajah-Nya bercahaya seperti matahari" (Injil Matius 17:2). 
Tiada nabi lain yang dapat buat seperti ini � tiada siapa yang dapat 
berbual dengan Allah secara bersua muka sehingga mukanya bercahaya. 

Bukan sahaja Isa mengantarakan perjanjian baru ini seperti Musa, 
dengan bersua muka Allah, Dia juga melakukan tanda-tanda dan mujizat-
mujizat yang hebat untuk membuktikan kerja pengantara-Nya. Salah satu 
tanda hebat yang Musa lakukan adalah mengendalikan laut: "Lalu Musa 
mengulurkan tangannya ke atas laut, dan semalam-malaman itu TUHAN 
menguakkan air laut dengan perantaraan angin, timur yang keras" 
(Keluaran 14:21). Walaupun nabi lain mempunyai kuasa ke atas sungai 
(Yosua 3:13, 2 Raja-raja 2:14), tiada nabi lain yang seperti Musa, 
mengendalikan laut, sehinggalah Isa datang. Kita baca mengenai 
sebutan pengikut-pengikut-Nya "Orang apakah Dia ini, sehingga angin 
dan danaupun taat kepada-Nya?" (Injil Matius 8:27). Dia menghentikan 
ribut yang bermaharaja-lela di lautan Galilea dengan berucap: "Diam! 
Tenanglah!" (Injil Markus 4:39).

Satu lagi tanda hebat yang Musa lakukan adalah memberi makanan kepada 
kaum Israel dengan roti dari syurga. Apabila kaum Israel melihat Isa 
melakukan mujizat yang sebegini dengan memberi makanan kepada lebih 
kurang lima ribu orang dengan beberapa buku roti sahaja, mereka yakin 
bahawa dialah nabi yang dijanjikan.

Ketika orang-orang itu melihat mujizat yang telah diadakan-Nya, 
mereka berkata: "Dia ini adalah benar-benar nabi yang akan datang ke 
dalam dunia." (Injil Yohanes 6:14.)

Apabila mereka melihat tanda itu, mereka berkata "Inilah nabi itu." 
Mereka mengetahui dengan jelas bahawa nabi yang dijanjikan akan 
dikenali dengan tanda-tanda dilakukan-Nya, seperti yang Musa lakukan. 
Apabila Isa enggan mengulangi tanda itu, kaum Israel mengingati 
bahawa Musa melakukan tanda itu selama 40 tahun tanpa berhenti. 
Dengan merujuk kepada tanda Musa, mereka bertanya kepada Isa, "Tanda 
apakah yang Engkau perbuat, supaya dapat kami melihatnya dan percaya 
kepada-Mu?" (Injil Yohanes 6:30). Isa menjawab:

"Akulah roti hidup. Nenek moyangmu makan manna di padang gurun dan 
mereka telah mati. Inilah roti yang turun dari syurga: Barangsiapa 
makan dari padanya, ia tidak akan mati. Akulah roti hidup yang telah 
turun dari syurga. Jikalau seorang makan dari roti ini, ia akan hidup 
selama-lamanya, dan roti yang Ku berikan itu ialah daging-Ku, yang 
akan Kuberikan untuk hidup dunia." (Injil Yohanes 6:48-51.)

Di dalam setiap cara, Isa menunjukkan yang dia adalah nabi itu, iaitu 
seorang pengantara perjanjian seperti Musa � seorang yang mengenali 
muka Allah � seorang yang melakukan tanda-tanda mujizat seperti Musa. 
Kaum Israel berkata dengan tepat apabila mereka berkata mengenai 
Isa "Dia ini benar-benar nabi yang akan datang." (Injil Yohanes 7:40.)

Jadi terbuktilah bahawa Muhammad tidak diramalkan oleh Ulangan 18:18 
tetapi nabi Isa yang diramalkan. Jika Muhammad tidak diramalkan dalam 
Perjanjian Lama, tentu sekali dia tidak diramalkan dalam Perjanjian 
Baru. 

Isa Al-Masih adalah puncak semua ramalan yang diwahyukan di dalam 
Kitab-kitab Allah. Semua perjanjian, wahyu dan berkat Allah ada pada-
Nya � yang merupakan puncak kasih sayang dan budi Allah terhadap 
manusia.

Sebab Al-Masih(Kristus) adalah "ya" bagi semua janji Allah. Itulah 
sebabnya oleh Dia kita mengatakan "Amin" untuk memuliakan Allah. (2 
Korintus 1:20.)

Kita akan melihat dengan jelas sekali bahawa di dalam Taurat dan 
Injil, hanya ada seorang penyelamat, seorang sahaja di mana budi 
Allah didapati. Walaupun banyak nabi pada zaman dahulu � yang benar 
dan yang palsu � tetapi hanya ada seorang Tuhan dan Penyelamat, iaitu 
Isa Al-Masih. Allah ingin menekankan kebenaran ini kepada semua 
manusia supaya mereka akan bertaubat dan mengikut Isa Al-Masih ke 
dalam Kerajaan Syurga.

Sesiapa yang tidak percaya kepada firman-Nya maupun tidak percaya 
akan Dia dengan seluruh hati, maka tunggulah akan "penghakiman dan 
api yang dashyat" (Ibrani 10:27) apabila Allah memenuhi amaran-Nya 
pada Ulangan 18:19 dengan membuang keluar mereka yang tidak percaya 
kepada Penyelamat, dari hadapan-Nya buat selama-lamanya.

"Percayalah kepada Tuhan Isa Al-Masih(Yesus Kristus) dan engkau akan 
selamat, engkau dan seisi rumahmu." (Kisah Para Rasul 16:31.)







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih 
Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Posting: [EMAIL PROTECTED]
5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke