1. Anda orang Indonesia? 2. Anda tau sejarah? 3. Bayangkan! 4. Pikirkan! 5. Cermati dalam-dalam! 6. Kalo gak tau apa-apa gak usah komentar! 7. Orang luar sudah tau sekarang! 8. Alamak malunya aku! 9. Ketahuan belangku sama orang seberang! 8. Aku bilang gak usah komentar kalo gak tau apa-apa! 9. Berkomentarlah kamu kalo kamu tau! 10. Baca dan pahami, Insya Allah kamu paham... ======================================== Catatan dari Malaysia Oleh: Aqil Fithri*, 2005-02-04 17:48:12 Aceh prang Padang peugah haba Batak nyang duek di kanto Nyang boh ato ureung Jawa Artinya: Orang Aceh suka berperang Orang Padang hanya suka berbicara saja Orang Batak ramai duduk di kantor Yang mengatur Indonesia adalah orang Jawa Pepatah terkenal Nanggroe Aceh Darussalam di atas sudah memadai untuk melukiskan kesengsaraan serta penindasan yang membelengggui Aceh hingga ke dewasa ini. Keperitan yang dialami oleh negeri Iskandar Muda ini sebenarnya telah lama ditanggunginya, jauh sebelum dipukul oleh ombak besar tsunami lagi. Selama beberapa dasawarsa, Aceh secara sendirian terpaksa mengharungi kesukaran demi kesukaran untuk hidup tenteram. Dan kini, tsunami hadir menambah lagi perit kesengsaraan yang terdahulu. Namun di tengah simpati kemanusiaan kita terhadap bencana tsunami di Aceh, kita hampir-hampir terlupa bahawa hati rakyat Aceh telah lama terluka. Dan, keterlukaan ini tidak boleh disembuhkan hanya melalui bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh Jakarta dan masyarakat antarabangsa. Konflik politik yang hangat berlangsung sebenarnya lebih parah dan pedih jika ingin hendak dibandingkan dengan pukulan tsunami. Tatanan ekonomi, sosial dan budaya Aceh yang begitu ampuh dan indah telah sekian lama dihancurkan. Ia dihancurkan atas nama agenda untuk kembalikan Aceh ke pangkuan Ibu Pertiwi. Memang benar, tiada sejarah sahih yang mencatatkan susur-galur konflik politik Jakarta-Aceh ini. Apatah lagi kekaburan ini dirumitkan dengan kemunculan pelbagai versi dalam menceritakan rentetan konflik ini. Waima, apa yang diungkapkan oleh Hasanuddin Yusof Adan dalam karya terbarunya, Teungku Dawud Beureuh: Ulama, Pemimpin dan Tokoh Pembaharuan (terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia/UKM) amat menarik sekali untuk diperhalusi. Beliau yang kini sedang menyiapkan disertasi kedoktoran di UMS berusaha untuk menjejaki pelbagai peristiwa yang melatari konflik politik ini. Menurut Hasanudin, akar yang mendorong tercetuskan konflik Aceh- Jakarta ialah bilamana Dawud Beureuh, pemimpin rakyat Aceh merasa tertipu dengan permainan licik politik Soekarno. Lantaran itu, Dawud Beureuh bertindak memproklamasikan Negara Islam Indonesia/Bahagian Aceh pada tahun 1953. Detik proklamasi ini merupakan klimaks kepada kekecewaan rakyat Aceh terhadap sikap tidak adil Jakarta. Ia juga merupakan lambang kepada noktah perjuangan Aceh. Bagi Dawud Beureuh, Soekarno lupa bahawa semasa penjajahan Belanda (1873-1942), Acehlah satu-satunya daerah di Indonesia yang bebas merdeka. Dan, sebagai bangsa yang terkenal dengan semangat kepahlawanan, kesabaran dan pergorbanan ini, maka dengan pertolongan rakyat Acehlah, Indonesia berjaya meraih kemerdekaan mutlak pada tahun 1945. Di samping itu, Aceh turut menyumbang hasil-mahsul negeri untuk asas pembangunan seluruh Indonesia. Namun kini pasca-kemerdekaan, apa yang berlaku menjadi berseberangan upama pepatah Melayu lama "habis madu sepah dibuang". Aceh dimusuhi dan cuba ditelunjuki. Impian rakyat Aceh untuk melihat terdirinya Negara Islam Indonesia terkubur dengan strategi politik Soekarno. Lebih mendukacitakan lagi bilamana Perdana Menteri Indonesia ketika itu, Muhammad Natsir dari Parti Masyumi bertindak menghapuskan kedaulatan wilayah Aceh lalu mengolongkannya ke dalam wilayah Sumatera Utara. Di samping itu, pegawai-pegawai kerajaan dari luar Aceh yang bukan beragama Islam mula dihantar bertugas di Aceh. Aceh merasa tertipu. Rentetan dari keadaan inilah yang memaksa rakyat Aceh di bawah pimpinan Dawud Beureuh bangun menentang hagemoni Jakarta. Reaksi agresif pejuang pemisah Aceh ini akhirnya mengundang amarah Jakarta. Justeru, Jakarta mula menggerakkan operasi bagi menumpaskan gerakan ini sehingga memaksa Dawud Beurueh dan pergerakannya berkubu di pendalaman Aceh. Dalam kehangatan pertempuran inilah, Jakarta telah menampakkan sikap yang bercanggah dengan norma-norma kemanusiaan sejagat. Hal ini telah ditegaskan oleh mantan Gabenor Aceh, AH Gelanggang dalam bukunya yang ditulis pada tahun 1956 yang bertajuk Rahasia Pemberontakan Aceh dan Kegagalan Politik. Dalam buku ini, beliau secara berfakta telah mengungkapkan pelbagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan Jakarta ke atas rakyat Aceh. Bagi yang membaca buku ini, ia tentunya akan membawa kita menyelami kepedihan dan penderitaan yang teramat sangat oleh rakyat Aceh ketika detik-detik awal perjuangan mereka. Gerakan Dawud Beurueh ini akhirnya berjaya dipatahkan pada tahun 1963. Sebagai gantinya, Soekarno memberikan status Daerah Istimewa buat Aceh. Kemudiannya berlaku transisi kepimpinan Order Lama yang menyingkirkan musuh tradisi rakyat Aceh, Soekarno. Namun, kehadiran Orba (Order Baru) di bawah Soeharto tampaknya lebih memeritkan lagi buat Aceh. Keamanan sementara yang telah dinikmati oleh Aceh mula bergolak. Ini tercetus bilamana Prof. Dr. Hasan di Tiro begitu tidak senang dengan amalan diskriminasi dalam pembangunan di wilayah Aceh. Sumber alam Aceh yang kaya telah dieksplotasi demi kepentingan Jakarta semata- mata, lalu membiarkan Aceh terus dalam kemiskinan. Kekayaan dan khazanah Aceh ini dipunggah demi kemakmuran Jawa. Maka, jurang kemajuan antara wilayah modal ini (gelaran Soekarno terhadap Aceh) dengan Jawa semakin melebar. Hasan di Tiro mula berserta beberapa temannya memprakasai Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bagi menuntut referendum ke arah kemerdekaan penuh. Tuntutan ini amatlah tidak disenangi oleh Jakarta, justeru sebagai balasannya Aceh buat kali kedua diperangi. Dengan itu, sekali lagi rakyat Aceh menjadi mangsa di tengah-tengah percaturan politik! Sengketa Jakarta-Aceh ini berterusan sehinggalah Jakarta mempertegaskan lagi tindakan ketenteraan mereka dengan pengistiyaran Daerah Operasi Militer (DOM) khusus bagi Aceh pada tahun 1989. Selama hampir satu dekade operasi ini dilancarkan, kekuatan GAM masih tetap utuh sebaliknya kezaliman ABRI (kini TNI/Polri) semakin terserlah. Semasa DOM, bukan sahaja anggota GAM, malahan rakyat Aceh turut diperangi habis-habisan. Meskipun DOM dihentikan pada era reformasi 1998 oleh Presiden B.J Habibie, namun ketika naiknya kepimpinan Presiden Megawati Soekarnoputri, tindakan ketenteraan kembali diteruskan melalui status darurat awam ke atas wilayah Aceh pada tahun 2003. Perintah darurat ini dilakukan oleh Jakarta selepas kebuntuan diplomasi Jakarta-GAM yang diusahakan pada kali terakhir di Tokyo. Namun skrip ketidakadilan masih lagi berterusan, sama seperti tempoh DOM dahulu. Menurut laporan Human Rights Watch (HRW) yang dikeluarkan pada September 2004 yang bertajuk Aceh at War: Torture, III-Treatment and Unfair Trials telah mengesahkan bahawa wujudnya penyeksaan serta penindasan terhadap rakyat Aceh yang telah ditahan oleh TNI/Polri. Semasa status darurat awam inilah, pencabulan seksual, penculikan, penyeksaan dan penangkapan tanpa bicara begitu kerap berlaku hingga ia menjadi mimpi ngeri buat rakyat Aceh. Itu belum dihitung lagi jumlah pembunuhan beramai-ramai yang memang sengaja dipendamkan dalam lipatan sejarah. Dalam tempoh perit inilah, kemuliaan hak asasi rakyat Aceh tidak lagi dipedulikan oleh dunia luar. Masyarakat antarabangsa seperti memejamkan mata sambil menutup telinga. Kesudahannya, perjuangan hak asasi manusia di Aceh menuju senjakala. Dari situasi inilah, maka ada pemerhati hak asasi manusia yang menganggap bahawa tindakan TNI/Polri hanyalah mengulangi kembali kekejaman Pol Pot di Kemboja, kerakusan Hitler di Eropah dan kejahatan Milosevic di Bosnia. Bagi pemerhati bebas ini, tindakan Jakarta semata-mata bermuara dari fahaman nasionalis sempit yang cuba dipraktikkan secara paksa ke atas Aceh. Namun selepas tindakan ketenteraan ini diambil, hakikatnya bukan keamanan yang dikecapi, sebaliknya penindasan lebih kerap berlaku. Maka tidak menghairankan jika majoriti rakyat Aceh beranggapan bahawa kehadiran TNI/Polri bukannya sebagai penyelamat, tetapi sebagai penindas. Dan bagi mereka lagi, TNI/Polri kini seolah-olah menjadikan seluruh rakyat Aceh sebagai musuh mereka. Di antara anggota GAM dengan rakyat awam, TNI/Polri masih gagal membezakannya sama sekali. Masing-masing kesemuanya dianggap GAM. Tindakan semberono inilah yang menyebabkan timbulnya krisis keyakinan operasi Jakarta. Bukan sahaja rakyat Aceh yang mempersoalkan, malahan rakyat Indonesia yang prihatin turut membantah pilihan ketenteraan sebagai jalan penyelesaian. Nyata sekali, tiada siapa yang untung akibat petempuran bersaudara ini. Sebaliknya rakyat Aceh makin terseksa. Kini, penderitaan Aceh dipanjangkan lagi dengan pukulan tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu jiwa. Kendatipun begitu, di tabir kepedihan ini timbul persoalan, mengapakah kepedulian kita hanya terlahir bila berlakunya tsunami sahaja, sebaliknya bila ribuan jiwa yang terkorban dalam operasi ketenteraan sebelum ini kita diamkan? Malahan lebih memalukan lagi bilamana pencabulan hak asasi manusia di Aceh cuba ditutup serapat-rapatnya dari pengetahuan masyarakat antarabangsa. Justeru, di mana letaknya nilai-nilai kemanusiaan kita? Adakah kita hanya menzahirkan reaksi apabila ada bencana semulajadi, tetapi tidak apabila bencana itu datangnya dari kezaliman tangan manusia sendiri? Lupakah kita bahawa kepedihan akibat tangan manusia ini lebih memilukan mengatasi kepedihan akibat hukum Ilahi? Selain itu, sedarkah kita bahawa luka kerana takdir hakikatnya lebih mudah untuk diubati berbanding dengan luka angkara kezaliman manusia? Persoalan-persoalan ini memang sengaja diungkitkan. Ia ditimbulkan bukan bererti untuk meremehkan segala usaha bantuan kemanusiaan yang tiba di Aceh mutakhir ini. Bantuan memang mendesak dan amat diperlukan bagi meringankan beban rakyat Aceh. Sebaliknya persoalan ini adalah untuk mengingatkan kita bahawa penderitaan rakyat Aceh bukannya baru bermula pada 26 Disember 2004, tetapi puluhan tahun sebelum itu lagi. Apa yang rakyat Aceh mahukan kini bukannya bantuan kemanusiaan semata-mata, tetapi kedaulatan dan keamanan yang berkekalan. Mereka berhasrat kepada kehidupan tenteram sepertimana belahan dunia yang lain. Lantaran itu, adalah sangat tidak wajar untuk kita menanggap bahawa gerakan pemisahan sebagai masalah utama kepada tercapainya keamanan hakiki, sebaliknya aspek pencabulan hak-hak asasi manusia yang wujud ekoran perseteruan tersebut lebih patut diberikan perhatian serius oleh pihak yang terlibat. Mungkin kita lupa bahawa Aceh telahpun lama menangis sebelum lagu tema Indonesia Menangis dikumandangkan lagi dalam media-media massa di Republik. Buat Aceh! Maafkan jika rakyat negeri seberang ini melupakanmu. Meskipun kita serumpun, namun kesengsaraanmu hanya baru kini didengari. Itupun dikhabari oleh tsunami. Tsunami hadir memukul sambil memberitahu; memeberitahu kita bahawa Aceh telah lama menangis. Dan, tangisan Aceh kini mula membasahi hati-hati kami ini. Namun di kala kesedihan itupun, masih tiada apa yang dapat dihulurkan melainkan sebuah kiriman doa buat negeri Tanah Rencong ini - tanah yang pernah berbakti untuk seluruh nusantara. Juga tanah yang telah menghadiahkan kebanggaan buat para penganut idealogi kebenaran. Ya, moga-moga Aceh bisa ketawa semula selepas ini! *Warga negara Malaysia, Mahasiswa Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. http://www.acehkita.com/content.php? op=modload&name=berita&file=view&coid=2524&lang= ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Take a look at donorschoose.org, an excellent charitable web site for anyone who cares about public education! http://us.click.yahoo.com/O.5XsA/8WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM --------------------------------------------------------------------~-> *************************************************************************** Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc *************************************************************************** __________________________________________________________________________ Mohon Perhatian: 1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik) 2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari. 3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED] 5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED] 6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

