Jakarta dituntut jelaskan tugas wartawan
DUBAI 19 Feb. - Gerila-gerila Iraq yang menahan dua wartawan Indonesia sebagai 
tebusan mengedarkan satu rakaman video semalam yang menuntut Indonesia 
menjelaskan apa yang dilakukan oleh kedua-dua wartawan itu di Iraq.

Rakaman video tersebut, yang diedarkan kepada pertubuhan-pertubuhan media, 
menunjukkan kedua-dua wartawan itu berdiri dalam cuaca panas sambil memegang 
dokumen-dokumen pengenalan dengan dua lelaki bertopeng mengacu raifal ke arah 
mereka.

Melalui pasport Indonesia dan kad kakitangan TV Metro Indonesia yang dirakamkan 
dari jarak dekat itu, kedua-dua wartawan itu dikenal pasti sebagai pemberita 
Meutya Hafid dan jurukamera Budiyanto.

Seorang lelaki, yang mendakwa bercakap bagi pihak kumpulan Tentera Mujahidin 
didengar sebagai berkata dalam rakaman itu bahawa, ``pihak kami sedang 
menyiasat sebab-sebab kenapa mereka berada di negara ini dan kami meminta 
Kerajaan Indonesia supaya mengesahkan kedudukan mereka. Jika tidak, nyawa 
mereka berada dalam bahaya.''

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merayu kepada penculik-penculik 
itu supaya membebaskan kedua-dua wartawan berkenaan, yang menurut para para 
Indonesia diculik di bandar Ramadi, sebuah pangkalan gerila di barat Iraq.

Susilo memberi jaminan semasa muncul melalui televisyen satelit Arab, 
Al-Jazeera bahawa kedua-dua rakyatnya itu bertugas sebagai wartawan dan tidak 
campur tangan dalam hal ehwal Iraq.

``Saya, Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Republik Indonesia, mengesahkan 
bahawa kedua-dua rakyat Indonesia itu hanya menjalankan tugas mereka sebagai 
wartawan. Tiada sebarang penglibatan politik. Mereka tidak terlibat langsung 
dalam konflik di Iraq,'' kata Susilo dalam ulasannya yang diterjemahkan dalam 
bahasa Arab.

Indonesia, yang merupakan negara Islam terbesar di dunia, menentang keras 
serangan yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada Mac 2003.

Pada bulan September lalu, dua wanita Indonesia diculik oleh kumpulan militan 
Tentera Islam semasa dalam perjalanan ke Iraq dari Jordan.

Mereka dibebaskan selepas bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri 
muncul melalui televisyen Al-Jazeera untuk merayu kepada penculik berkenaan 
supaya membebaskan kedua-dua tebusan itu.

Pada Ogos lalu, seorang jurutera Indonesia berusia 27 tahun yang bekerja untuk 
sebuah syarikat kontraktor Britain, Fahmi Ahmad menjadi rakyat Indonesia yang 
pertama dibunuh di Iraq sejak bermulanya perang Iraq. - Reuters

, menunjukkan kedua-dua wartawan itu berdiri dalam cuaca panas sambil memegang 

---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Meet the all-new My Yahoo! � Try it today! 

[Non-text portions of this message have been removed]

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give underprivileged students the materials they need to learn. 
Bring education to life by funding a specific classroom project.
http://us.click.yahoo.com/4F6XtA/_WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
Kirim email ke