Assalamu'alaikum wr wb,

Saat ini ada sekelompok orang yang tidak beriman
kepada ayat-ayat Al Qur'an. Ada juga yang sengaja
memelintir arti ayat Al Qur'an sesuai keinginan nafsu
mereka.

Semoga tulisan di bawah yang ditulis dalam bahasa
Melayu dengan berlandaskan ayat Al Qur'an, membuat
kita dapat mengenali orang-orang yang dikutuk oleh
Allah SWT.

wassalam

Laknat Allah

Gejala melaknatullah orang Islam lain didapati luas
diamalkan oleh orang-orang Islam yang kurang celik
dalam isi kandungan kitab al-Qur'an. Frasa itu diguna
dengan sewenang-wenang bila sahaja kepercayaan orang
lain didapati tidak sama dengan mereka. Itu adalah
kerana mereka menyangka sudah mendapat petunjuk yang
benar walaupun petunjuk al-Qur'an enggan disimpan
dalam karung pengetahuan mereka.

Perkataan laknat diterjemah daripada kalimat Allah,
la'ana dan la'nah di dalam al-Qur'an. Kamus Dewan
mengertikan laknat kepada "1. kemurkaan Allah dan jauh
drpd petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan: .... 2.
terkutuk, keji, hina, celaka." Dan frasa laknatullah
pula diertikannya kepada "dikutuk Allah". Sambil
pengertian daripada al-Qur'an didapati agak berbeza
sedikit dengan ditambah azab daripada-Nya, atau
manusia, ke dalam maksud perkataan tersebut.

Allah melaknat

Al-Qur'an, selaku sebuah kitab petunjuk yang lengkap,
telah menjelaskan perkara laknat dengan cukup.
Ayat-ayat yang mengandungi kalimat itu memberi jawapan
kepada soalan-soalan yang berbangkit. Misalan,
sebab-sebab manusia dilaknati Allah. Sebabnya banyak,
dan disenaraikan di sini menurut kronologi ayat-ayat
tersebut. Enam belas sebab utama telah dikesan,
seperti berikut:

1.  Tidak percaya kepada ayat-ayat Allah.

Firman-Nya,

"Tidak, tetapi Allah melaknatkan mereka kerana
ketidakpercayaan mereka;" (2:88).

Ayat yang pertama itu kemudian disokong oleh ayat yang
berikut:

"Allah melaknatkan orang-orang yang tidak percaya, dan
menyediakan untuk mereka yang Menyala," (33:64).

2.  Ingkar kepada ayat-ayat Allah.

Ayat di bawah mengisahkan orang zaman dahulu yang
didatangi Kitab Allah tetapi mengingkarinya. Mereka
juga dikatakan tidak mempercayainya. Firman-Nya,

"Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada
Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, ....
maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka
mengenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke
atas orang-orang yang tidak percaya." (2:89)

Tentu dilaknati-Nya juga orang-orang zaman ini yang
mengingkari ayat-ayat-Nya.

3.  Menyembunyikan ayat-ayat Allah.

Firman-Nya,

"Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang
jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami
memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab,
mereka dilaknati Allah ...." (2:159)

4.  Tidak percaya sesudah beriman.

Firman-Nya,

"Mereka itu (yang tidak percaya sesudah beriman lalu
menjadi zalim), balasan mereka ialah bahawa ke atas
mereka laknat Allah ...." (3:87)

5.  Mengelirukan makna-makna perkataan dalam agama.

Orang-orang (agama) Yahudi zaman dahulu telah
mengelirukan makna perkataan, memutarbalikkan lidah
mereka, dan memfitnah agama Allah. Sebenarnya, mereka
tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Firman-Nya,

"Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan
perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan
mereka berkata, 'Kami dengar dan kami menentang', dan
'Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar', dan
'Peliharalah kami', memutarbalikkan lidah mereka dan
memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, 'Kami
dengar dan kami taat', dan 'Dengarlah', dan 'Awasilah
kami', tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan
lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana
ketidakpercayaan mereka," (4:46).

Jangan pula menyangka apa yang dilakukan oleh orang
agama di kalangan Yahudi dahulu tidak dilakukan oleh
orang agama dalam Islam. Penyakit manusia sama antara
kaum.

Selain mengelirukan makna-makna perkataan, mereka juga
melanggar perjanjian mereka, dan melupakan apa yang
diperingatkan kepada mereka. Firman-Nya,

"Maka kerana pelanggaran perjanjian mereka, Kami
melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras.
Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada
makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian
daripada apa yang mereka telah diperingatkan;" (5:13).

6.  Melanggar larangan Allah.

Seperti larangan pada hari Sabat bagi kaum Bani
Israil. Firman-Nya,

"Wahai orang-orang yang diberi al-Kitab, percayalah
kepada apa yang Kami menurunkan, yang mengesahkan apa
yang bersama kamu sebelum Kami menghapuskan muka-muka,
dan memusingkannya di atas belakangnya, atau
melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknati
orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat."
(4:47)

7.  Mengambil sebahagian sahaja daripada al-Kitab.

Orang-orang yang diberi Allah hanya sebahagian
daripada Kitab, atau yang mengambil sebahagian
daripadanya sahaja (atau yang tidak berpegang pada
seluruh Kitab), didapati berpegang pada, seperti Jibti
dan Thagut, yang telah dipegang oleh sesetengah orang
zaman dahulu. Mungkin pada hari ini di kalangan orang
Islam namanya lain pula.

Selanjutnya mereka mengatakan mereka lebih mendapat
petunjuk daripada orang-orang yang percaya kepada
ayat-ayat Allah seluruhnya. Ini sedang berlaku. Firman
Allah,

"Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi
sebahagian al-Kitab mempercayai Jibti dan Thagut, dan
mengatakan kepada orang-orang yang tidak percaya
bahawa mereka lebih mendapat petunjuk pada jalan
daripada orang-orang yang percaya. Mereka itulah
orang-orang yang Allah melaknatkan, dan sesiapa yang
Allah melaknati, kamu tidak akan mendapati baginya
sebarang penolong." (4:51-52)

8.  Membunuh orang mukmin.

Firman-Nya,

"Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan
melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang
besar." (4:93)

9.  Menyangka Allah lokek.

Orang-orang yang disebut dalam ayat di bawah telah
direzekikan Allah, namun, mereka merasa tidak cukup
lalu Allah dikatakannya lokek. Firman-Nya,

"Orang-orang Yahudi berkata, 'Tangan Allah
terbelenggu.' Yang terbelenggu ialah tangan-tangan
mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka
mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia
menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki."
(5:64)

10.  Munafik.

Orang-orang munafik adalah mereka yang mengatakan
percaya kepada ayat-ayat Allah tetapi sebenarnya tidak
percaya. Mereka dikategorikan sama dengan orang-orang
yang tidak percaya (kafir). Firman-Nya,

"Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan
orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang
tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah
melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal."
(9:68)

Dalam ayat berikut pula, orang-orang munafik disebut
bersama orang-orang yang menyekutukan, dan yang
bersangkaan buruk terhadap Allah, sebagai golongan
yang dilaknati Allah seterusnya. Firman-Nya,

"Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki
dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang
lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan
yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan
dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap
merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka,
dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka
Jahanam - satu kepulangan yang buruk!" (48:6)

11.  Berdusta terhadap Allah.

Mereka juga dianggap zalim. Firman-Nya,

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang
mengada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan
dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi
berkata, 'Mereka itulah orang-orang yang berdusta
terhadap Pemelihara mereka.' Ingatlah, laknat Allah
adalah ke atas orang-orang yang zalim," (11:18).

Sekiranya kandungan kitab al-Qur'an tidak difahami
bagaimana pula hendak mengenali orang-orang yang
berdusta terhadap Allah!

12.  Memecahkan perjanjian, memutuskan apa yang harus
dihubungkan, dan membuat kerosakan di bumi.

Firman-Nya,

"Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah
diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang
Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang
membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat,
dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk." (13:25).

13.  Menuduh wanita-wanita mukmin yang berkahwin
melaku kesumbangan.

Firman-Nya,

"Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada
wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi
mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan
bagi mereka, azab yang besar." (24:23)

14.  Menyakiti Allah dan Rasul-Nya.

Tentu sekali orang-orang yang dimaksudkan itu adalah
yang tidak mengikuti ayat-ayat-Nya. Atau ingkar, dan
sebagainya. Firman Allah,

"Orang-orang yang menyakiti Allah dan rasul-Nya,
merekalah yang Allah melaknatkan di dunia dan akhirat,
dan menyediakan bagi mereka azab yang hina." (33:57)

Tidak mungkin orang-orang yang mengikuti ayat-ayat-Nya
baik dianggap sebagai "menyakiti Allah dan Rasul-Nya."

15.  Zalim (sila rujuk Siapa sebenarnya orang zalim.)

Firman Allah,

"Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak
bermanfaat kepada orang-orang yang zalim, dan bagi
mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang
jahat." (40:52)

16.  Tidak merenungkan al-Qur'an.

Ayat terakhir, tetapi mungkin menjadi ayat atau
perkara utama bagi tajuk (seperti difahamkan dalam
penulisan Arab), menyebut mengenai al-Qur'an, yang
tidak direnungkan manusia lalu dilaknati-Nya manusia
itu. Firman-Nya,

"Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan,
lalu menjadikan mereka pekak, dan membutakan mata
mereka. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an?
Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?"
(47:23-24)

Mereka yang dimaksudkan di situ adalah yang berpaling,
dan membuat kerosakan di bumi serta memutuskan
pertalian darah. Mereka ditanya sama ada mereka telah
merenungkan al-Qur'an. Benar, al-Qur'an menjadi punca
manusia dilaknat pada hari ini.

Allah, malaikat dan manusia melaknat

Bukan sahaja didapati Allah melaknatkan orang-orang
yang wajar dilaknati tetapi para malaikat dan manusia
turut berbuat demikian. Orang-orang yang dilaknati
mereka, dan Allah, adalah yang menyembunyikan
ayat-ayat Allah, yang mati dalam ketidakpercayaan
kepada ayat-ayat Allah, dan yang menjadi tidak percaya
sesudah beriman. Ayat-ayat berikut menjelaskannya
dengan lebih lanjut:

"Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang
jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami
memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab,
mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para
pelaknat," (2:159).

"Tetapi orang-orang yang tidak percaya dan mati dengan
tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan
para malaikat, dan manusia kesemuanya," (2:161).

"Mereka (tidak percaya sesudah beriman lalu menjadi
zalim) itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka
laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia,
kesemuanya." (3:87)

Nabi Daud dan Nabi Isa telah melaknati kaum mereka,
Bani Israil, yang tidak percaya, ingkar, dan mencabul.
Firman-Nya,

"Telah dilaknati orang-orang yang tidak percaya
daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera
Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan
pencabulan mereka." (5:78)

Dipohon

Laknat Allah ke atas seseorang boleh dipohon, misalan
dalam tuduhan melakukan kesumbangan. Ayat-ayat berikut
menjelaskan bagaimana tuduhan itu dilaksana, dalam kes
suami menuduh isteri:

"Dan orang-orang yang membalingkan kepada
isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali
diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang
daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat
kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.

Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke
atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.

Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika
dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia
(suami) adalah  antara pendusta-pendusta.

Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke
atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang
benar." (24:6-9)

Bagi yang dituduh, mereka memohon kemurkaan Allah
bukan laknat Allah. Adakah dengan itu Allah
memberitahu kita bahawa laknat-Nya itu adalah juga
kemurkaan-Nya?

Iblis dan Syaitan

Seperti dalam pengetahuan umum, Iblis dan Syaitan
telah dilaknati Allah. Mereka dilaknati hingga ke Hari
Pengadilan. Firman-Nya,

"Yang dilaknati Allah. Ia (Syaitan) berkata, 'Sungguh,
aku akan mengambil untukku sebahagian yang ditetapkan
daripada hamba-hamba-Mu,'" (4:118).

"Ke atas kamu (Iblis) laknat hingga Hari Pengadilan."
(15:35)

Laknat di dunia dan Hari Kiamat

Beberapa ayat al-Qur'an menyebut mengenai laknat di
dunia dan Hari Kiamat, atau akhirat. Pertama disebut
mendapat laknat di dunia dan Hari Kiamat adalah Ad,
iaitu kaum Hud (11:60), dan kemudian, Firaun dan
pembesar-pembesarnya (11:99).

Ayat seterusnya ialah ayat 24:23, yang telah
diturunkan. Ayat itu menyentuh mengenai orang-orang
yang membuat tuduhan ke atas wanita-wanita mukmin yang
berkahwin. Mereka menerima laknat dunia dan akhirat.

Akhir sekali, ialah orang-orang yang menyakiti Allah
dan rasul-Nya (33:57), yang juga telah terlebih dahulu
disebut, turut menerima laknat-laknat tersebut.

Laknat di dunia

Contoh laknat di dunia, selain daripada kemusnahan
kaum (seperti ke atas kaum Ad) dan ditenggelamkan di
laut (bagi Firaun dan pembesar-pembesarnya), ada juga
laknat berbentuk lain, misalan, manusia dijadikan-Nya
beruk dan babi, atau yang bersifat seperti dua haiwan
tersebut. Firman-Nya,

"Katakanlah, 'Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai
ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu?
Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka,
dan menjadikan antara mereka beruk dan babi,'" (5:60).

Dan, ada pula laknat itu di tangan manusia, seperti
terhadap orang-orang yang membuat tuduhan ke atas
wanita-wanita mukmin yang berkahwin, tetapi lalai
(24:23), yang baru disebut lagi. Oleh kerana ayat itu
tidak menjelaskan dengan tepat rupa laknat di dunia
daripada-Nya, maka hukuman sebat maksima lapan puluh
sebatan seperti yang tercatat pada ayat 24:4 adalah
difikirkan wajar dikenakan sebagai laknat di dunia,
tetapi dilaksanakan oleh manusia pula. Namun, ia hanya
pendapat penulis sahaja.

Ke atas orang-orang munafik pula, laknatnya jelas,
iaitu mereka dibunuh apabila mereka tidak berhenti
daripada membuat kegemparan di kota, sebagai laknat di
tangan manusia. Firman-Nya,

"Mereka (munafik dan hati berpenyakit) dilaknat, dan
di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan
dibunuh, dibunuh." (33:61)

Bersama orang-orang munafik di situ adalah orang-orang
yang hatinya berpenyakit, macam yang ragu-ragu
terhadap ayat-ayat Allah. Mereka juga diambil dan
dibunuh di mana sahaja mereka dijumpai apabila mereka
tidak berhenti daripada membuat kekecohan.

Memohon di akhirat

Di akhirat pun sesetengah manusia akan memohon laknat
Allah ke atas orang lain. Mereka adalah orang-orang
yang sesat, yang memohon dilaknatkan dengan laknat
yang besar atau dua kali ganda, ke atas ketua-ketua
dan pembesar-pembesar mereka, dalam agama, yang
dituduhnya sebagai orang-orang yang telah menyesatkan
mereka. Firman Allah,

"Mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah
mentaati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan
mereka menyesatkan kami daripada jalan. Wahai
Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda,
dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!'"
(33:67-68)

Lantaran itu, masyarakat kini mengharapkan semoga
orang-orang yang melaknatullah orang Islam lain dengan
sewenang-wenangnya akan memberhentikannya, dan tidak
akan mengulangi tabiat itu, di akhirat kelak, di mana
mereka akan memohon laknat Allah ke atas orang lain
pula, iaitu ke ketua-ketua agama mereka.

 

Sila rujuk: 
Kalimat laknat di dalam al-Qur'an

Penulis Bacaan 
Ramadan 1424 
Oktober 2003

http://www.e-bacaan.com/artikel_laknat.htm

Bacalah artikel tentang Islam di:
http://www.nizami.org

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give the gift of life to a sick child. 
Support St. Jude Children's Research Hospital's 'Thanks & Giving.'
http://us.click.yahoo.com/lGEjbB/6WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke