Kawans,
Kasus yang terjadi di Malaysia ini mungkin bisa jadi pelajaran buat kita semua. 
Hati-hati berseluncur di internet, khususnya saat buka-buka situs porno..juga 
jangan sekali-sekali terjerat money game macam Anne Ahira dan kawan-kawan. 
KOMPAS dan media ternama lainnya sudah memuat profilnya, yah nasi sudah menjadi 
bubur.....jangan terbuai apa yang mereka tulis.
 
Artikel tsb dimuat di Harian Metro Malaysia dengan judul "Laman Lucah Sedut 
Wang", kira-kira artinya "Halaman Porno Sedot Duit".
 
Selamat menikmati
 
___________________________________________
I read following article from Harian Metro... 

But this group is free oh, I charge you nothing.

iceh.......

Laman lucah sedut wang

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
[EMAIL PROTECTED]

KUALA LUMPUR: Keghairahan melayari laman web lucah di internet yang disangka 
percuma boleh menyebabkan seseorang dibebani hutang besar akibat penipuan 
secara halus yang dijalankan pengendali laman web itu. 

Amaran itu diberikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang 
mengesan pelbagai taktik digunakan pengendali laman web, terutama antarabangsa, 
yang mampu memerangkap mereka yang 'gila seks'.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Adelina Iskandar, berkata beribu-ribu 
laman web, termasuk lucah, diwujudkan setiap hari yang kononnya boleh dilayari 
secara percuma.

Bagaimanapun, katanya, istilah 'percuma' digunakan kadangkala adalah perangkap 
yang boleh menyebabkan mereka yang mengakses laman web itu menanggung bayaran 
tinggi, terutama bil telefon.

"Ada pengguna internet yang memuat turun laman web lucah dikenakan bayaran 
sehingga kira-kira RM100 dalam tempoh 20 minit sejurus talian penyedia 
perkhidmatan internet (ISP) diputus dan disambungkan kepada laman web lain," 
katanya.

Adelina berkata, ketika membuka sesuatu laman web, pengendali sebenarnya sudah 
menerangkan mengenai bayaran yang dikenakan, tetapi ditulis dengan huruf kecil 
di dalam kotak kecil bersama maklumat lain tanpa disedari pengguna.

"Jika tidak diperhatikan betul-betul atau membacanya dengan teliti, pengguna 
akan menekan paparan terima (accept) tanpa mengetahui mereka dikenakan bayaran 
oleh pengendali laman web pada kadar premium atau antarabangsa," katanya.

Pada Februari lalu, akhbar melaporkan seorang akauntan sambilan terkejut 
apabila mendapati bil panggilan telefon antarabangsanya berjumlah RM801.60 dan 
dia mendakwa tidak pernah membuat panggilan sedemikian.

Bagaimanapun, Wong Yoon Siong, 39, dari Batu Berendam, Melaka kemudian kesal 
apabila diberitahu kakitangan Telekom Malaysia, caj panggilan telefon itu 
disebabkan ahli keluarganya melayari laman web lucah.

Adelina berkata, kewujudan semakin banyak laman web lucah berkait rapat dengan 
permintaan tinggi di kalangan pelayar internet.

"Laman web ini boleh diibaratkan seperti kedai, selagi ada pelanggan, selagi 
itu operasi akan berterusan dan sebaliknya. 

"Setiap hari, beribu-ribu laman web baru muncul dan ada yang mengenakan bayaran 
kepada pengguna melalui kad kredit dan ada melalui bil telefon, sama ada secara 
jelas atau tersembunyi," katanya ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir 
Mohamed bahawa aktiviti melayari laman web lucah di kalangan remaja menyumbang 
kepada jenayah rogol dan bunuh.

Katanya, aktiviti dikenali sebagai 'lambakan internet' atau 'pengumpil modem' 
itu hanya diketahui selepas pengguna menerima bil telefon tinggi dan sepanjang 
pengetahuannya ada bil mencecah ribuan ringgit.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengguna internet supaya berhati-hati 
dengan tetingkap 'pop-up', membaca terma atau syarat dengan teliti serta 
menggunakan teknologi penghalang dan penapisan ke dalam sistem komputer.

Adelina berkata, dalam menangani masalah itu, SKMM tiada bidang kuasa untuk 
menyekat penyebaran lama web luar negara daripada dilayari rakyat negara ini 
kerana dibina di negara asal.

"Kita sukar memantau kerana terlalu banyak laman web wujud setiap masa, di 
samping penggunaan internet yang tidak terhad atau tiada tapisan.

"Mengenai laman web luar, kita tiada kerjasama dengan negara luar, menyebabkan 
sukar mengambil tindakan jika kandungannya mengganggu sensitiviti masyarakat 
negara ini.

"Bagaimanapun, SKMM boleh mengambil tindakan menutup laman web tempatan yang 
didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 211 dan 311 Akta Suruhanjaya 
Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Dalam satu laporan sebelum ini, SKMM menggantung enam lesen individu penyedia 
perkhidmatan aplikasi (ASP (I)) kerana syarikat mereka gagal mematuhi syarat 
yang ditetapkan. Namun, tidak dinyatakan bentuk kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun, Adelina berkata, bagi menangani sikap sesetengah pengguna yang 
gemar melayari laman web lucah atau pornografi, pemilik komputer peribadi atau 
komputer riba boleh memuat turun pelbagai perisian (firewall) seperti 'nanny 
software' atau 'gate' ke dalam komputer mereka.

Penggunaan perisian itu dapat menghalang (blocking) pembukaan sesuatu laman web 
yang tidak dikehendaki atau diperlukan seperti laman web lucah secara automatik 
selepas dimuat turun.

Aplikasinya mudah kerana pengguna hanya perlu membelinya di pasaran atau kedai 
komputer, seterusnya memuat turunnya ke dalam komputer.

Adelina berkata, penggunaan perisian seperti itu adalah cara terbaik bagi 
mengelak pengguna internet melayari laman web lucah, selain memasukkan kata 
kunci (password) rahsia ke dalam komputer.

Selain itu, katanya, ibu bapa perlu mengawasi anak mereka yang suka bermain 
internet, terutama tanpa pengetahuan mereka, kerana tidak mustahil laman web 
lucah menjadi tontonan anak.

Sementara itu, Pengarah Pusat Tindak Balas Kecemasan ICT Kebangsaan (Niser), 
Leftenan Kolonel Husin Jazri, berkata pengguna internet boleh membeli perisian 
seperti 'Net Nanny 5', 'Cyber Sentinel', 'CYBERsitter', 'Optenet', 'Cyber 
Snoop' dan 'WepBlocker' untuk menghalang mengakses ke laman web lucah.

Katanya, penggunaan perisian itu sama seperti mengaplikasikan anti-virus dalam 
komputer yang memerlukan 'update' dari semasa ke semasa.

"Perisian ini mudah digunakan dan sesuai untuk semua pengguna internet. 
Harganya pun berpatutan, selain mudah dibeli. Bagaimanapun, ia tidak menjamin 
penyelesaian secara menyeluruh kepada masalah ini," katanya.

Husin berkata, mengenai undang-undang, Niser tiada kuasa untuk membendung akses 
kepada laman web lucah, sebaliknya kuasa itu ada pada agensi kerajaan seperti 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM.

Katanya, Niser adalah satu agensi teknikal yang ditubuhkan Majlis IT Negara 
(NITC) untuk membantu dalam menjalankan perkhidmatan tindak balas kecemasan 
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), forensik komputer dan perundingan 
keselamatan maklumat kepada semua pihak.

Dalam pada itu, Telekom Malaysia Berhad (Telekom Malaysia) melalui anak 
syarikatnya, TM Net Sdn Bhd, mengambil pelbagai langkah untuk mengelakkan orang 
ramai terus menjadi mangsa penggunaan laman web lucah.

Langkah itu termasuk menerusi sisipan maklumat dalam bil kepada 4.5 juta 
pelanggan, mengiklan dalam semua akhbar tempatan, emel serta taklimat kepada 
media.





Ungkapkan opini Anda di: http://mediacare.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/MCfFmA/SOnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke