MARAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN MELAYU

 

http://garapmaju.tripod.com/marah.wmv

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/23

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/24

 

-------------------------------------------------------------------------------------------

 

Sejak akhir-akhir ini kemarahan orang Melayu itu membuak-buak, bergelombang 
wataknya, bergelembung rupanya, berbusa-busa dan membuih-buih menantikan pecah. 
Di televisyen, memang jelas ketara dipaparkan. Paling penting, kemarahan itu 
berpunca dan bersebab. Betul juga, siapa yang tidak marah kalau hak rumah yang 
ingin duduki itu tidak siap hampir lapan tahun. Mereka bayar kepada bank, tapi 
pemaju tidak bergerak-gerak.

 

            “Ada juga pemilik rumah ini sampai dah meninggal pun,” kata salah 
seorang dari mereka kepada TV3 baru-baru ini. Dalam kejadian lain, ada kes di 
mana suara mereka itu dilontarkan kepada pemimpin Umno di bahagian atau 
cawangan tertentu, tapi seperti yang dinyatakan kepada Buletin Utama, segala 
surat itu didiamkan kerana golongan pimpinan tersebut hanya ingin menjaga 
kepentingan mereka sahaja.

 

            Dalam pada itu, di dalam ‘muktamar’ sebuah partai Melayu, 
setiausaha agungnya berkata, “Kurangkan jenaka dan gurauan, lebihkan serius”. 
Boleh jadi juga maksudnya, budaya lawak jenaka kosong perlu diganti dengan 
keseriusan dalam usaha memperbaiki taraf sosio-ekonomi bangsa Melayu. Itu 
tanggapan awal kita.

 

            “Kita perlukan sedikit jenaka dan gurau senda,” kata seorang ahli 
Dewan Rakyat dari Kedah. “Jika tidak, ini akan menyinggung perasaan pimpinan 
tertinggi”. Jika begitu maksud melawak, maka boleh diterima juga. Kerana, 
tidak ramai orang yang cukup kuat untuk ‘mendengar’. Banyaklah orang boleh 
‘bercakap’. Tapi, untuk mempunyai kekuatan ‘mendengar’, kita mesti memiliki 
stamina rohani yang tinggi.

 

            Mendengar rintihan dan kritikan pedas, marah-marah dan amukan orang 
bawahan memerlukan kekuatan jiwa, mental dan spiritual yang betul-betul 
bertenaga. Jika gurauan dan sindiran boleh memadamkan api kemarahan pihak 
atasan, maka gunakanlah ia dengan sewajarnya. Format mengawal api 
perselingkuhan ala Usman Awang, ‘berkelahi secara Melayu, menikam dengan 
pantun” mungkin sesuai juga dalam konteks ini.

 

            Namun, fakta sejarah tidak pernah menipu. Ada juga ‘perang 
dingin’ antara pihak atasan yang beralaskan lawak jenaka, sindiran dan 
pantun-pantun.“Akar nibong meresap, akar mati dalam perahu, terbakar kampung 
kelihatan asap, terbakar di hati siapa yang tahu”. Selang beberapa lama 
selepas muktamar, natijahnya si pemantun pun berkelanalah dalam kurungan di 
hujung sungai bambu selama enam tahun dalam buangan.

 

            Menyentuh kemarahan penguasa politik, dari segi amalan teori 
politik, ideal-realiti jauh berbeza. Idealnya, berjuang untuk rakyat, 
realitinya pula memikirkan keuntungan. Di dalam filem Tiga Abdul, Abdul Wahib 
dan kekandanya Abdul Wahab juga menggunakan idea diktator, demokrasi dan 
demokrasi terpimpin untuk membahagi harta secara zalim.

 

            Akan tapi, P. Ramlee juga menegur penguasa yang merampas hak orang 
bawahan iaitu mereka jangan marah. Akibatnya, nanti mereka akan dijual sebagai 
hamba dan harta akan dirampas. Tapi, kenapa pemimpin tidak boleh marah dan 
mustadhafin boleh marah? 

 

Sabda Nabi, “Orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan marah.” Orang 
yang marah, jiwanya ditakluk Iblis. Kehambaan kepada Allah beralih kepada 
Iblis. Sebab itu, lebih binasalah jika pemimpin marah berbanding rakyat 
bawahan. 

 

Pemimpin yang marah, rakyatnya binasa, negaranya tergadai seperti diperkatakan 
orang, “Menang sorak, kampung tergadai”. Adapun sekalian hamba rakyat, kalau 
mereka marah sekalipun maka marahnya itu kerana mereka mahu menuntutnya haknya. 
Tidaklah lebih dari itu. Ringkasnya, jika tidak mampu menahan marah, jangan 
memasang anganan untuk memimpin. Dunia sudah lama kiamat jika Tuhan tidak 
bersabar dengan dosa kita.

 

            Syahadan, di dalam Sulalatus Salatin, Tun Seri Lanang pernah 
merakamkan kisah seorang pembesar Melayu yang marah-marah kepada rajanya kerana 
tuannya itu berzina, atau bermukah dengan isterinya. Lalu, dimarahilah raja itu 
dengan ancaman tombak.

 

            “Jika tidak difikirkan anak Melayu itu pantang derhaka, nescaya 
kutinju raja ini dengan tombakku di dadanya,” marah pembesar itu di depan sang 
raja. Dan raja itu pun tidak berkata apa-apa lagi melainkan: “Janganlah 
diapa-apakan kepadanya kerana dia memang berhak marah. Jika dia tidak 
mengingatkan hamba Melayu pantang derhaka, nescaya bercerailah jiwa dari ragaku 
ini.”

 

            Itulah sebahagian rakaman dialog yang diubah suai bagi memudahkan 
kefahaman. Ternyata, format perselingkuhan konflik antara rakyat dan raja lebih 
membara sifatnya. Maknanya, haruslah orang-orang Melayu melontarkan 
kemarahannya kerana memang hal itu dibenarkan. Hak mereka telah dirampas secara 
tersirat dan boleh jadi juga secara tidak bertanggungjawab. Kiaskanlah juga 
dengan mustakbirin kini yang mengambil zaujah-zaujah rakyat bawahan Melayu 
sebagai ‘ladang’ mereka sendiri. Yang demikian itulah sebesar-besar jenayah 
mustakbirin ke atas mustadhafin.

 

            Bukan saja tanah menjadi hak kepada khalayaknya, bahkan sastera 
al-Qur’an juga mendefinisikan para isteri itu sebagai tanah untuk berladang 
secara tersirat. Sebab itulah, maruah wanita-wanita bergelar isteri itu 
wajarlah dipertahankan. Dan sebab itu juga, Tun Perak meletakkan para isteri 
pejuang Melayu di Melaka demi menaikkan semangat juang mereka untuk mematahkan 
ancaman Siam.

 

            Mengapa ‘merampas’ zaujah ini dilaknat Tuhan? Nabi Daud a.s telah 
meletakkan posisi seorang lelaki yang mempunyai isteri cantik di barisan depan 
dalam perang dengan sengaja. Apabila si suami mati, baginda menikahi wanita itu 
dan Allah menghantar dua malaikat untuk menegur tindakannya yang tercela itu. 
Dalam peradaban Eropah dahulu, setiap pengantin wanita akan dipaksa menempuh 
pengalaman malam pertamanya dengan raja-raja terlebih dahulu. Sedangkan, isteri 
adalah hak suaminya.

 

            Semua ini; zaujah, rumah, kediaman dan tanah adalah antara hak 
pemilikan orang ramai. Di mana, jika ada mustakbirin yang melalaikan urusan ini 
dan dengan sengaja pula melengah-lengahkannya, atau mengambil hak mereka, maka 
berhaklah mustadh’afin itu pun bangkit dan marah menuntut segala hak yang 
tercerai dari tangan mereka. 

 

Saidina Abu Bakar r.a tatkala diangkat menjadi Khalifah, pernah berkata di 
dalam ucapan sulungnya, “Yang terkuat dalam kalangan kamu akan menjadi yang 
paling lemah dan yang lemah akan menjadi kuat dan aku akan memberikan hak 
kepada mereka yang benar-benar berhak”. Adakah kita boleh berdebat mengenai 
hak tanpa kemarahan? 

 

Tapi, apakah debat dapat dilangsungkan secara harmoni jika debat intelektual 
pun dirasai bahang azabnya? Apa tidaknya, jika mahaguru di universiti berpantun 
sudah mahu diputarkan akta sebagai ancaman dan mahasiswa menulis pun diraikan 
dengan ugutan.

 

 

Ibnuamir al-Pendangi,

Tunjungan School of Thought.






GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia 
yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi 
usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & 
modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5 

 






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke