SUARA EDITOR: 

 

… Kita sebagai rakyat Malaysia, tidak boleh lagi hanya bersuara empat tahun 
sekali melalui kertas undi. Kita mesti bersuara setiap kali gejala-gejala tidak 
bertamadun itu kita temui. Jangan mudah mengalah apabila suara kita seperti 
tidak didengar. Percayalah, jika kita istiqamah menyuarakan yang benar, sampai 
ketikanya kita akan nampak ia begitu berkesan sehingga kita sendiri terkejut 
melihatnya.

 

http://garapmaju.tripod.com/sekolah_pemikiran_siasah.doc (senarai pengedar)

 

 

 
BERITA-BERITA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peluang Anwar dedah konspirasi Mahathir di mahkamah.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan segala penyelewengan 
dan rasuah melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang pentadbirannya dalam 
perbicaraan di mahkamah apabila kes saman beliau terhadap bekas Perdana Menteri 
itu dimulakan. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika pelajar radikal, kritikal, ia hasil didikan kerajaan
KUALA LUMPUR: Mahasiswa hari ini yang kritikal terhadap beberapa dasar 
kerajaan, sebenarnya berpunca daripada sukatan matapelajaran yang diperkenalkan 
oleh kerajaan, demikian kata Pensyarah Linguistik Universiti Putra Malaysia 
Profesor Dr Awang Sariyan kepada Siasah. 

            “Dalam pendidikan, kita mewajibkan kursus pemikiran kreatif dan 
kritis. Tapi, kita tidak benarkan mereka bersikap kritikal,” kata Dr. Awang. 

            Menurutnya, kerajaan telah melatih pelajar di sekolah agar 
berfikiran kritis dan kreatif. “Apabila tamat sekolah, belajar di universiti 
atau sudah bekerja sebagai pegawai, akhirnya mereka tidak boleh bersikap 
kritis. Ini menyebabkan konflik dan pertentangan dalam diri kita sendiri.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pegawai USM guna taktik kotor
PERAK: Seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (Hep) kampus kejuruteraan Universiti 
Sains Malaysia telah menelefon bapa seorang calon pilihan raya kampus (PRK) 
baru-baru ini supaya calon berkenaan menarik diri. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UIA dicabar!
KUALA LUMPUR:  Dalam suasana gerakan pelajar kian ditekan dan dikongkong, 
seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bertindak berani memohon 
perintah mahkamah untuk menghalang perjalanan pilihan raya kampus universiti 
itu. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

RENCANA-RENCANA:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selangkah: Anwar Masuk Umno baik untuk Pas? – Subky Latif (Selangkah)
“… kiranya Anwar takut hendak menyertai Pas dan mengambil alih kepimpinan Pas, 
maka lebih baik dia menyertai Umno secepat mungkin. Saya tidak teragak-agak 
menerimanya sebagai ketua Pas kerana saya tahu apa yang boleh dibuat. 

            Dengan dia di luar dan tak tahu ke mana dia nak pergi, maka selama 
itu Pas hidup segan mati tak mahu.

            Jika di a bertegas, kembali kepada Umno, maka Pas senang bergerak. 
Muafakat pembangkang banyak baiknya. Tetapi muafakat mesti meringankan kerja 
Pas. Muafakat pembangkang yang disertai Pas terbukti menjadikan Pas kaku, 
kerana banyak beban orang lain, ia terpaksa pikul. 

            Bagi saya lagi cepat Pas bersendirian, ia boleh kembali gagah. Ia 
sukar menang dalam waktu yang singkat. Tetapi sepuluh tahun lagi ia akan 
kembali gagah seperti sebelum tahun 1999.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selidiki Perkhidmatan Awam – Rustam A. Sani (Pandangan Rustam)
            “Isunya bukan sekadar kes persaraan seorang ketua jabatan, tetapi 
institusi perkhidmatan awam tidak memadai bersih daripada rasuah, bahkan mesti 
bebas daripada penindasan feudal pemimpin politik.”

            “Apa yang jelas terjadi selama beberapa minggu yang lalu ialah 
hakikat bahawa para pegawai kanan kita telah mencuba meniru para ahli politik 
kita yang bermewah-mewah tetapi sanggup pula mencium tangan mereka jika 
tindak-tanduknya kurang disenangi oleh para ahli politik yang amat feudal 
orientasinya itu. “

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib tebal berjiwa bangsawan – Mohd Sayuti Omar (Arus Bawah)

“… Zaman orang tunduk kepada orang lain tanpa usul periksa sudah lama berlalu. 
Kini, manusia menghormati kebijaksanaan dan ketinggian sahsiah seseorang. 
Betapa pun dia kaya raya kalau tidak mempunyai moral, bersikap ego dan 
sebagainya, mereka tidak akan dihormati.

“…Sepatutnya Najib lebih menunjukkan sifat merendah diri dan ‘tasamuh’. Elakkan 
dari dianggap ego dan sombong, apa lagi digelar generasi penerus kaum bangsawan 
yang bakal berkuasa di negara ini. 

“Paling afdal beliau perlu menyesuaikan diri dengan hidup berlatarbelakangkan 
prop marhaen dan bukannya bangsawan yang penuh dengan feudalistik!” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keliru tolak bahasa baku – ABA
            “…Ada juga yang mendakwa idea bahasa baku jelmaan komunis. Hal ini 
merujuk nama sebuah tempat, Baku di Azerbaijan, Rusia sebagai sebuah blok 
Komunis. “Walhal, kami pejuang bahasa, ketika mengungkapkan idea ini, bukannya 
diilhami oleh Baku di Rusia itu. Itu cuma kebetulan.” Sambil itu beliau 
menyindir, “Ini contoh betapa dangkalnya sesetengah bijak pandai kita. Padahal 
istilah baku itu hadir dalam istilah Jawa.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar masih lagi faktor utama (Wawancara) – Datuk Ruhanie Ahmad – MSO, HZ

SIASAH: AP menjadi perdebatan hangat ahli-ahli Parlimen, menteri berkenaan, 
Rafidah tidak nampak muka. Sebagai orang berpengalaman di Parlimen, bekas 
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), pula, apa pandangan Datuk mengenainya?

Ruhanie: “…tapi yang menjadi masalah, beliau (Rafidah) tidak jelaskan bahawa 
setiap MP boleh menerima satu AP sebagai satu kemudahan yang diberi kerajaan 
tanpa mengira parti. Tapi, kenapa Rafidah tidak jelaskan; ini yang ahli-ahli 
Parlimen marah.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fenomena negatif label pelajar : Bicara Belia (S.A)

Siasah: Tiba-tiba sahaja Mawi diterima sebagai ikon golongan remaja. Mungkin 
PKPIM ada pandangan lain. 

“Peluang ini patut diambil pihak berpatutan agar dimasukkan agenda pengisian 
yang lebih bereri. Pada masa sama, alternatif lain perlu bagi melahirkan ikon 
remaja bukannya melalui program realiti tv. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktor dalam panggung politik – HZ.

            “Apapun kesudahan  episod Pas dan Umno merebut Mawi untuk 
propaganda masing-masing, politik sebagai permainan tanda di negara kita kini 
memasuki satu era baru. Parti politik, terutama Pas, kini tidak segan lagi 
untuk menggunakan budaya popular untuk mencapai matlamat politik, dan sekali 
gus menjadi sebahagian budaya popular.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umno melekat di HEP – ABA
… “Menurut sumber, Karim dipanggil pada 26 Ogos lalu oleh Maha ke biliknya dan 
dipukul di bahagian kepala. “Kad matriknya dirampas. Telefon bimbitnya diambil 
kerana pegawai Hep itu mahu menyiasat kiriman SMS yang pernah dibuat oleh Karim 
sebelum ini,” katanya. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 
SISIPAN WANITAKINI – FIFI – JIWANYA LASAK
 

Ketika diberitahu mengacarakan rancangan Bersamamu bagaimana perasaan Fifi? 

            “… Saya amat merindui detik-detik sebagai wartawan kerana tugas 
sebagai wartawan lebih mencabar. … Menariknya, walaupun kadangkala  mendapat 
komen rakan saya menerima reaksi secara positif. Saya tidak pernah berasa putus 
harapan atau kecewa.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan cabar saya sebab Anwar (Wawancara) – Suhaimi Ibrahim, GPMS. – ABA.

Siasah: Mungkin cabaran itu disebabkan sdr rapat dengan bekas TPM, DSAI?

Suhaimi: “… Kalau faktor Anwarlah sebab saya dicabar, itu akan mengheret GPMS 
ke kancah politik dan ia merbahaya kepada GPMS… Kita senada dengan Perdana 
Menteri dari dulu lagi kerana GPMS mesti selari dan seiring dengan kerajaan.” 

Siasah: Nasihat kepada orang yang mahu bertanding.

Suhaimi: “ … Cuma saya nasihatkan sesiapa yang hendak bertanding kena ingat 
mengenai sumbangan mereka. Jangan hanya kerana GPMS kini sudah kuat, maka semua 
ingin menonjolkan diri. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Horizon baru gerakan Islam: Tok Guru dan masyarakat yang dilemasi gejala 
hiburan – Dinsman

            “… Ada satu perbandingan atau analogi yang boleh kita lihat 
mengenai perkara ini. Beberapa tahun yang lalu, sekitar 70-an, terdapat satu 
jalur pemikiran di kalangan tokoh dan pemimpin budaya yang sedang berikhtiar 
untuk memajukan sifat membaca di kalangan generasi muda waktu itu. Kebetulan 
waktu itu sedang lahir majalah dan komik. Maka difikirkan bahawa eloklah 
digalakkan generasi muda membaca komik terlebih dahulu, supaya apabila mereka 
mempunyai kegemaran itu, mereka juga akan beransur-ansur suka membaca buku-buku 
yang lebih serius. 

            Lalu, apa terjadi? Ternyata bahawa andaian itu salah. …”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menilai keterbukaan menara gading – (Lanh) Kembara Seorang Penulis
            “Khatib penuh bersemangat menyatakan kemerdekaan bukan saja 
bermakna melepaskan diri daripada cengkaman penjajah bangsa asing seperti orang 
putih (British, ke atas bangsa lain (seperti orang Melayu di Tanah Melayu) 
tetapi juga oleh sesuatu bangsa itu ke atas bangsanya sendiri.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Jalur Gemilang sama bendera Amerika? Subky Latif (Terkenang Semasa Dulu)

            “… Dalam tahun 1969 – 1970 ketika Tun Razak mengambil alih kerajaan 
dari Tunku Abdul Rahman dalam keadaan Tunku masih sebagai Perdana Menteri, atas 
kemahuan Umno kalimah Allah-Muhammad dalam bendera Pas dan lambang pilihanraya 
Bulan-Bintang diharamkan kerana ia berunsur agama Islam.” 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/34 

(Wakalah 1 – Derita Mahasiswa Dibawa ke Parlimen)

http://garapmaju.tripod.com/sekolah_pemikiran_siasah.doc (senarai pengedar)

http://www.pkpim.net

http://www.idealis-mahasiswa.net

http://www.kampusnegara.com 

http://harapan-online.blogdrive.com 

http://www.ummahonline.com 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

M E S E J   T A M A T


                
---------------------------------
Yahoo! for Good
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
DonorsChoose.org helps at-risk students succeed. Fund a student project today!
http://us.click.yahoo.com/O4u7KD/FpQLAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. http://www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://dear.to/ppi 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke