NABI BESAR MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM
SABTU, 13 MAY 2006, JAM 18.30 21.30
MASJID AGUNG SUNDA KELAPA
JL. TAMAN SUNDA KELAPA NO. 16
MENTENG, JAKARTA PUSAT
BERSAMA
KH. AHMAD SYAHID, PESANTREN AL-FALAH, BANDUNG
KH. MUSTAFA MASUD, PESANTREN DARUL ULUM, JOMBANG
KH. PROF. DR. MUBAROK, JAKARTA
DZIKIR ASMAUL HUSNA
KH. ECE SUPRIATNA
PESANTREN DARUS SYIFA, SUKABUMI
DZIKIR KHATAM KAWAJAGAN
KH. ZAMHURI AL-HAFIDZ
IMAM MASJID RAYA BAITURRAHMAN ACEH
DIHADIRI PULA
USTAD. SALAHUDDIN AL-HAFIDZ
USTAD SOLIHIN AL-HAFIDZ
THE BIG OPENING, DZIKIR AKBAR NAQSHBANDI HAQQANI
THE SECRET OF SUFISM DZIKIR TARIQAH NAQSHBANDI HAQQANI
INTRODUCE THE FASTEST WORLD SPREAD NAQSHBANDI HAQQANI
SUFI WAY OF SULTHANUL AWLIYA MAWLANA SYAIKH NAZIM
ADIL AL-HAQQANI AN-NAQSHBANDI & MAWLANA SYAIKH HISYAM
KABBANI AR-RABBANI
Turut Mengundang :
Yayasan Haqqani Indonesia, Singapore Haqqani
Foundation, Malaysia Haqqani Foundation, Japan
Haqqani Foundation, Holland Haqqani Foundation, USA
Haqqani Foundation
Penyelenggara :
Yayasan Haqqani Indonesia
Jl. Teuku Umar 41, Menteng, Jakarta Pusat
Tel. 315 3014
Contact : Melly 0816 1153 215,
Arief Hamdani 0816 830 748
Rizal Tarigan 0816 965 917
KEUTAMAAN MENGHADIRI MAULID NABI MUHAMMAD
Sallallahu Aalaihi wassalam
Apakah kata-kata para sahabat-sahabat dan
tabi'in-tabi'in tentang amalan-amalan Maulid ini.
Untuk itu kita lihat di dalam kitab An Nikmatul Kubro
'Alal'Alami yang ditulis oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah
Shabuddin Ahmad ibnu Hajar Al Haitami Asy Syafie pada
muka surat 7, Telah berkata Sayidina Abu Bakar As
Siddiq, Barangsiapa membelanjakan satu dirham atas
membaca Maulidin Nabi SAW, adalah dia sahabatku di
dalam Syurga."
Saiyidina Umar r.a. pula berkata, "Barangsiapa
membesar-besarkan Maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya
dia menghidupkan Islam."
Saiyidina Usman r.a. menyebut, "Barangsiapa
membelanjakan satu dirham ke atas Maulidin Nabi
SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM maka seolah-olahnya dia
telah syahid di dalam peperangan Badar dan Hunain."
Dan Saiyidina Ali k.w. berkata pula, "Barangsiapa
membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, maka sebagai sebab
bagi bacaannya itu, dia tidak akan keluar daripada
dunia ini melainkan dengan iman dan masuk ke syurga
tanpa hisab (perhitungan).
Hassan Al Basri r.a. berkata, "Jikalau adalah bagiku
seumpama gunung Uhud emas, nescaya aku akan
membelanjakannya ke atas bacaan Maulid Nabi SAW."
Junaid Al Baghdadi menyebut pula, "Barangsiapa hadir
di dalam majlis Maulidin Nabi SAW dan
membesar-besarkan nilainya, maka sesungguhnya
ia telah berjaya dengan iman."
Seterusnya berkata pula Ma'aruf Al Khurkhi,
Barangsiapa mendatangkan makanan bagi tujuan bacaan
maulidin Nabi SAW dan mengumpulkan saudara-saudara dan
menghidupkan pelita dan memakai pakaian baru dan
berwangi-wangian sebagai membesarkan bagi Maulidin
Nabi SAW itu, Allah SWT membangkitkannya di hari
kiamat, di firqah yang pertama bersama Nabi-Nabi.
Dan tempatnya adalah di tempat yang tertinggi."
Dan telah berkata Fakhruddin Ar Razi, "Barangsiapa
yang membaca Maulid Nabi SAW atas garam, biji-bijian
atau sesuatu yang lain melainkan akan zahir padanya
berkat daripada benda itu." Selanjutnya, sesiapa yang
memakan makanan tadi, maka Allah SWT menyempurnakan
dan menghilangkan kegelisahan darinya. Dan jika
dibacakan Maulidin Nabi SAW ke atas air, maka sesiapa
yang minum air tersebut telah masuk ke dalam hatinya
seribu cahaya dan rahmat, dan telah keluar
daripadanya seribu kesusahan dan penyakit. Dan tidak
mati hati itu ketika hari matinya hati-hati." -
.
Al Imam Asy Syafie Rahimahullahu Taala menyatakan,
Barangsiapa berkumpul kerana majlis Maulidin Nabi SAW
dengan mendatangkan makanan dan tempat serta membuat
baik dan jadilah sebagai sebab bacaan itu, Allah SWT
membangkitkannya pada hari kiamat kelak berserta para
siddiqin dan syuhada, para solehin dan adalah dia di
dalam syurga An Na'im."
As Sariyus Saqatti pula berkata, "Barangsiapa yang
berkehendakkan tempat dibacakan padanya maulidin Nabi
SAW maka sesungguhnya dia berkehendak "raudhah" (taman
daripada taman-taman syurga), kerana sesungguhnya,
tidaklah dia berkehendakkan tempat itu melainkan
cintanya kepada Nabi SAW."Rasulullah SAW ada bersabda
yang berbunyi ; "Barangsiapa mencintaiku, adalah dia
bersama-samaku di dalam syurga."
Al Fadhil Jalaluddin Abdur Rahman Abu Bakar As Sayuti
berkata juga, "Dan telah bercahaya-cahaya kubur
siapa-siapa yang membaca Maulid Nabi SAW." Kitab Al
Wasail Fis Syarhi Syamail juga ada menyebut, Tidaklah
satu tempat dibacakan Maulid Nabi SAW melainkan
dipenuhi oleh para malaikat di tempat itu dan
malaikat-malaikat telah berselawat atas orang-orang
yang ada di tempat tersebut. Dan Allah SWT juga telah
memberikan rahmat dan keredhaan-Nya. Dan yang
memberikan cahaya itu ialah malaikat Jibrail,Mikail,
Israfil dan Izrael. Maka sesungguhnya mereka itulah
yang menselawatkan ke atas orang-orang yang membacakan
Maulid Nabi SAW itu."
Kata Imam As Sayuti lagi, "Tidak adalah daripada
muslim itu membaca Maulidin Nabi SAW itu di dalam
rumahnya melainkan Allah SWT angkat kemarau wabak,
kebakaran, karam, kebinasaan, kecelakaan, kebencian,
hasad dan pendengaran yang jahat dan pencuri daripada
ahli-ahli rumah itu. Maka apabila mati, Allah SWT
memudahkan ke atasnya menjawab soalan-soalan dari
Munkar dan Nakir.
Dan adalah dia ditempatkan di dalam tempat para
siddiqin dan di sisi raja-raja yang berkuasa. Maka
barangsiapa hendak membesarkan Maulidin Nabi SAW
memadai akannya dengan kadar ini. Dan barangsiapa
tidak membesarkan Maulid Nabi SAW, jikalau engkau
telah memenuhi baginya dunia ini bagi memujinya, maka
hatinya tidak digerakkan untuk mencintai Nabi SAW."
Tidak syak lagi bahawasanya Maulid Nabi saw ini adalah
merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Amalan yang
bernilai di dunia dan akhirat. Sebab itulah ia menjadi
amalan pewaris-pewaris agama (yakni ulama-ulama) yang
benar-benar cintakan Allah SWT dan Rasulullah
Sallallahu 'alaihi wassalam.
wassalam, arief hamdani
HP 0816 830 748
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. http://groups.yahoo.com/group/ppiindia
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:
1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://dear.to/ppi
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
SPONSORED LINKS
| Cultural diversity | Indonesian languages | Indonesian language learn |
| Indonesian language course |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "ppiindia" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

