Assalamualaikum wr wb
Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi berkata:
Apa Maksud Allah Memerintahkan Kita Berpuasa Selama Sebulan Pada Setiap Tahun?
Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman
dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya;
“ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana
yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu
bertaqwa”
Berpuasa rupanya dapat mengakibatkan seseorang hamba Allah bertaqwa kepada
Tuhannya yakni bilamana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan.
Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar,
dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia.
Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh
merosakkan ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila manusia tidak bertaqwa, mereka
akan hilang wibawa dan kemanusiaan. Manusia menzalim, menindas, menipu,
mementingkan diri, jatuh menjatuhkan, hasad dengki, pemarah, takabur, bakhil,
berdendam dan lain-lain. Masyarakat manusia tidak lagi berkasih sayang,
bekerjasama., bertolak ansur dan bertolong bantu. Sebaliknya akan
berebut-rebut, berkrisis, bertelagah dan berperang. Peperangan antara suami
isteri, anak dengan ibubapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat
dengan pemimpin dan lain-lain. Manusia hilang kemanusiaan. Masyarakat manusia
tidak berwatak manusia lagi! Bertukar kepada watak syaitan dan haiwan.
Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana, yang menjadikan manusia , tahu di mana
kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan
yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan
untuk jadi ubat kepada setahun penyakit. Berpuasa dan ibadah-ibadah tambahan
Ramadhan itu mampu menyelesaikan masalah-masalah selama setahun. Umpama kereta
yang letih dan lemah setelah setahun digunakan, overhaul sebulan cukup untuk
sihat semula. Ya, Ramadhan datang untuk overhaul manusia supaya dapatkan
kemanusiaan semula.
Rugilah orang-orang yang gagal menjadikan ibadah-ibadah Ramadhan untuk
membaik pulih kemanusiaan mereka. Macam ruginya orang yang diberi kereta tapi
tidak pandai mengguna atau tersalah guna.
B. Bagaimana Ramadhan Overhaul Hati Manusia?
Terdapat pakej ibadah yang cukup hebat dan berkesan, kuat menguat satu
sama lain, supaya manusia dibaik pulihkan sepanjang Ramadhan. Allahlah yang
punya pakej ini Maha pakar dalam merawat jiwa, fikiran dan fizikal manusia
supaya kembali suci sesuci fitrah semulajadinya. Pakej itu ialah ibadah puasa,
terawih, baca Quran, zikir, tasbih, paling asas adalah mujahadah untuk melawan
nafsu. Seseorang yang sanggup melakukan keseluruhan pakej ibadah ini dengan
serius dan penghayatan, sungguh akan memperolehi satu kekuatan roh, mental dan
fizikal untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka
bumi. Membawa bersamanya segala sifat-sifat baik seorang manusia seperti
merendah diri, pemurah, berkasih-sayang terutama dengan orang miskin dan susah,
tawakkal, sabar, tenang, adil, berbaik sangka, sanggup meminta maaf dan memberi
maaf, bertolak ansur, jujur, mementingkan orang lain dan lain-lain. Kalau ada
manusia begini, dimuka bumi ini dan tentunya ada, ketahuilah bahawa pada
merekalah Allah akan pusakakan bumi ini untuk ditadbir. Sebab Allah berjanji
untuk menutup bumi ini dengan keadilan oleh orang-orang yang mereka itu
cintakan Allah dan Allah juga cintakan mereka.
C. Bagaimana Ibadah Memproses Ketaqwaan Manusia
Allah jadikan manusia makhluk yang wajib berusaha dan berikhtiar untuk berjaya
dalam apa juga bidang. Kejayaan tidak jadi sendiri kepada manusia. Manusia
perlu bertarung, berjuang untuk kejayaan besar mereka. Nelayan mengharungi
gelombang laut, petani melawan panas terik, ibu bertarung dengan kesusahan
melahirkan anak, bapa tercabar dalam melakukan tanggung jawab pada keluarga,
guru berhadapan dengan ragam murid, pemimpin paling teruk berhadapan dengan
1001 jenis kesusahan dalam kepimpinan. Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan,
Allah mewajibkan peperangan yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat
dilihat oleh mata kerana ia bersifat rohani dan maknawi. Hanya orang yang mampu
melepasi halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa. Ketaqwaan
adalah sijil atau ukuran paling mulia untuk seseorang manusia menjadi
sesempurna manusia . Tanpa taqwa, PhD, harta, pangkat tidak menjamin manusia
dapat dikembalikan kepada kemuliaan yakni kemanusiaannya. Orang kaya,
berpangkat dan berijazah tapi yang bertuhankan hawa nafsu akan jadi
sejahat-jahat manusia sedangkan dengan taqwa, orang miskin pun jadi mulia apa
lagi kalau orang kaya yang bertaqwa!
Sebab itulah saya katakan ibadah paling asas dalam pakej Ramadhan ialah
mujahadah terhadap nafsu. Yakni usaha-usaha memaksa diri sendiri untuk
melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Mujahadah ialah sanggup
menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah
kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar
dalam diri. Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan,
seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan
marah dan sabar itu sungguh menyiksakan . Orang-orang yang tahu selok beloknya
sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah. Mujahadah memang
menjemukan, nafsu benci dan meletihkan . Siapa sanggup tersiksa atas
cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh
rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi
manja dan mengada-ngada. Perang yang tak rehat-rehat inilah dikatakan perang
paling berat dan dahsyat.
Terdapat tiga pemangkin yang Allah sediakan untuk mendorong mujahadah ini di
Bulan Ramadhan iaitu:
1. Puasa yang dihayati
2. Sembahyang yang khusyuk
3. Baca Quran yang dijiwai
Mujahadah adalah satu jalan Untuk seseorang menuju Allah
Tanpa mujahadah adalah mustahil seorang hamba sampai kepadaNya,
Kerana yang menjadi penghalang Seseorang itu menuju Allah, Ialah syaitan dan
nafsunya,
Tapi nafsu adalah lebih menghalang Dari syaitan laknatullah
Kehendak nafsu dengan kehendak Tuhan Biasanya selalu sahaja berlawan,
Disinilah perlunya bermujahadah Bersungguh dan bermati-matian,
Bermujahadah adalah sangat menjemukan,
Bermujahadah adalah terseksa dan menyakitkan,
Tapi disinilah pahalanya Yang besar dari Tuhan,
Bermujahadah ada kalanya Sangat susah dan payah,
Ada juga dengan rahmat Tuhan Bermujahadah dipermudahkan,
Tapi para rasul dan para nabi
Dengan anugerah Tuhan dipelihara Tuhan, Mereka diberi kelebihan
Tanpa mujahadah menuju Tuhan,
Mereka itu orang istimewa dan orang Tuhan,
Terlepas daripada syaitan dan bebas daripada nafsunya,
Mereka adalah orang pilihan Tuhan,
Kerana mereka hendak dijadikan Contoh dan ikutan,
Mereka itu benar-benar orang Tuhan dan wakil Tuhan,
Untuk diikut oleh manusia berbagai-bagai lapisan
Kita yang bukan rasul dan nabi ini, Kenalah bermujahadah,
Di dalam bermujahadah mintalah pertolongan dengan Tuhan,
Agar dibantu Tuhan di dalam bermujahadah Melawan nafsu dan syaitan,
Bertawasullah selalu dengan Rasul dan mursyid,
Meminta tolong di dalam bermujahadah Agar dimudahkan oleh Tuhan,
Bermujahadahlah secara istiqamah dan jangan jemu-jemu,
Nanti dengan rahmat Allah mujahadah kita dipermudahkan.
wassalam,
mohamat safiri
08197671913
_________________________________________________________________
Express yourself instantly with MSN Messenger! Download today it's FREE!
http://messenger.msn.click-url.com/go/onm00200471ave/direct/01/
***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny.
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:
1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://ppi-india.blogspot.com
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/