Komentar: Orang luar negeri menghargai produk (pesawat CN-235) buatan 
Indonesia. Anehnya, orang Indonesia sendiri tak punya rasa percaya diri pada 
karya anak negeri..... Memprihatinkan... (kenapa kita tak percaya diri di 
bidang Migas, misalnya)
====================
 Dari milist tetangga,
CN235 kemegahan 21 Skuadron TUDM

Oleh: HAMDEN RAMLI

SEBAHAGIAN warga No. 21 Skuadron di hadapan pesawat CN235 kebanggaan mereka. 
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


SEJAK memulakan perkhidmatan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tujuh 
tahun lalu, pesawat pengangkut sederhana CN235 buatan Indonesia telah 
membuktikan keupayaan dalam melaksanakan pelbagai tugas.

Lebih dikenali sebagai pesawat taktikal jarak sederhana (PTJS), CN235 yang 
dioperasikan oleh No. 21 Skuadron, yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang 
jelas mempunyai keunikan tersendiri sebagai sebuah pesawat pengangkut ringan.

Malah, keupayaan pesawat tersebut telah mendapat pujian Panglima TUDM, Jeneral 
Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed yang ternyata puas hati dengan kemampuannya.

“Ia tidak menimbulkan masalah selepas digunakan sejak 1999 walaupun setelah 
melalui penerbangan 4,000 jam atau 50 hingga 60 jam sebulan,” kata Nik Ismail 
selepas menyaksikan penyerahan pesawat terakhir CN235 daripada versi kegunaan 
orang kenamaan (VIP) di pusat pemasangan pesawat pengangkut berkenaan di 
Bandung, Indonesia, Februari lalu.

Keyakinan itu dikongsi bersama oleh Pegawai Memerintah No. 21 Skuadron, 
Leftenan Kolonel Chua Boon Seong yang berkata, walaupun kecil dari segi 
saiznya, tetapi CN235 berkemampuan melaksanakan pelbagai tugas taktikal.

Beliau berkata, antara operasi utama yang dikendalikan oleh No. 21 Skuadron 
menggunakan pesawat berkenaan adalah terjunan Para melibatkan pasukan khusus 
seperti gerup gerak Khas (GGK) dan 10 Briged Para.

Ini termasuk terjunan statik dan bebas pada ketinggian tinggi.

Pada masa ini pesawat tersebut turut menyertai operasi pemantauan terkoordinasi 
Selat Melaka dari udara dikenali Eyes In The Sky (EiS) yang dilakukan secara 
bergilir-gilir dengan skuadron C130.

“CN235 juga digunakan untuk penghantaran askar seperti Ops Pasir selain 
penerbangan ehsan melibatkan situasi hidup dan mati pesakit. 

“Hal ini berlaku jika hospital di negeri-negeri tidak ada kepakaran dan pesakit 
perlu dihantar segera ke hospital di bandar menggunakan pengangkutan udara,” 
katanya.

Beliau menambah, pesawat yang boleh memuatkan 18 pengusung secara bertingkat 
itu boleh ditukarkan menjadi ‘ambulans terbang’ dan peranan tersebut telah 
dilakukan ketika Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Ketibaan dua pesawat baru C235 versi VIP sejak akhir tahun lalu telah 
memperluaskan skop tugas No. 21 Skuadron.

“Kami turut terlibat dalam menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Aceh di mana 
peranan kami sebagai platform menghantar bantuan makanan dan ubat ke kawasan 
pedalaman yang tidak mempunyai landasan sempurna.

“Keistimewaan pesawat ini ialah ia boleh mendarat di landasan pendek,” katanya.

Bercerita mengenai skuadron itu, Boon Seong berkata, ia diwujudkan menggantikan 
skuadron Caribou yang ditamatkan perkhidmatannya.

Pada 1998, keputusan dibuat untuk membeli enam pesawat CN235 dan setahun 
selepas itu, kesemua enam pesawat berkenaan tiba ke tanah air lengkap dengan 
kumpulan sokongan daripada juruterbang sehingga kepada juruteknik pesawat.

Mengenai skuadron tersebut, Boon Seong berkata, selain operasi No. 21 Skuadron 
bertanggungjawab mengendalikan latihan peralihan juruterbang pesawat pengangkut 
dan tugas tersebut dilaksanakan di Pangkalan Udara Kuching.

“Detasemen di Kuching lebih banyak menjalankan tugas latihan, bukan sahaja 
peralihan juruterbang tetapi termasuk latihan krew, pramugari dan kuatermaster 
udara,” katanya.

Beliau menambah, pusat latihan tersebut kini dilengkapi simulator CN 235 yang 
boleh meniru aksi, suasana serta persekitaran yang sama seperti di dalam 
pesawat sebenar.

Kehadiran simulator berkenaan mampu meningkatkan proses pembelajaran kerana 
banyak latihan yang sebelum ini tidak boleh dilakukan dengan pesawat sedia ada 
seperti menangani situasi kecemasan pesawat dapat dilakukan menggunakan 
simulator berkenaan.

Kelebihan lain ialah ia dapat mengurangkan penggunaan pesawat sebenar, sekali 
gus menjadikan jangka hayat pesawat tersebut dapat dipanjangkan.

Kecanggihan sistem avionik serta navigasi pula menjadikan ia satu platform 
sempurna dalam menyediakan asas yang diperlukan oleh juruterbang pesawat 
pengangkut.

Menurut Boon Seong, dari sudut penyenggaraan pesawat, skuadron itu tidak 
bergantung kepada kontraktor atau agensi luar kerana ia memiliki keupayaan 
untuk melakukannya.

“Juruteknik TUDM dihantar menghadiri kursus khas di Bandung, Indonesia. Kursus 
berasaskan komputer turut diadakan dari masa ke masa bagi menguji kompetensi 
setiap juruteknik kami,” katanya.

Mengenai masa depan, skuadron berkenaan merancang untuk menganjurkan kursus 
jurumalim dan kerja pemasangan konsol untuk latihan jurumalim pesawat CN235.

Selain itu, No. 21 skuadron, kata Boon Seong, akan memperluaskan kepakaran 
dalam bidang hantaran udara berasaskan kepada sistem penghantaran kontena.

“Ini bidang baru dan kita berhasrat untuk menguasainya,” katanya. 

Fakta CN235

*Pesawat taktikal jarak sederhana.

*Berupaya terbang sehingga sembilan jam atau 1,800 batu nautika.

*Berupaya terbang sehingga pada 25,000 kaki atau pada ketinggian biasa 18,000 
kaki.

*Berupaya berlepas dan mendarat di landasan pendek 1,000 meter. 

*Boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca dan malam. 

*Berperanan sebagai saling menyokong dengan C130.

*Kos operasi empat kali lebih rendah berbanding C130.


Satrio Arismunandar 
Executive Producer
News Division, Trans TV, Lantai 3
Jl. Kapten P. Tendean Kav. 12 - 14 A, Jakarta 12790 
Phone: 7917-7000, 7918-4544 ext. 4023,  Fax: 79184558, 79184627
 
http://satrioarismunandar6.blogspot.com
http://satrioarismunandar.multiply.com  
 
"Perjuangan seorang mukmin sejati tidak akan berhenti, kecuali kedua telapak 
kakinya telah menginjak pintu surga." (Imam Ahmad bin Hanbal)


 
 


      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. 
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://ppi-india.blogspot.com 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke