Refleksi : Ibu negara (malaysia) = ibukota (indonesia), ibu negara (indonesia) 
= bini presiden 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

6 lagi maut pertempuran di Bangkok

     
      KEADAAN sebatang jalan raya di tengah kota Bangkok seperti zon perang 
apabila berlaku pertempuran antara penyokong Baju Merah dengan tentera 
Thailand, semalam. - REUTERS

--------------------------------------------------------------------------
     


BANGKOK 15 Mei - Keganasan di ibu negara Thailand ini meragut enam lagi nyawa 
hari ini, sementara bunyi tembakan dan letupan terus bergema di jalan-jalan 
raya yang menjadi medan pertempuran sengit antara askar dengan penunjuk 
perasaan Baju Merah.

Kematian terbaru itu menjadikan angka korban meningkat kepada 23 orang dalam 
tempoh dua hari, selepas tentera cuba mengepung markas penunjuk perasaan 
antikerajaan kelmarin, manakala hampir 150 lagi cedera.

Sejumlah 141 orang cedera, tiga daripada mereka rakyat Kanada, Myanmar dan 
Poland, tetapi keadaan mereka tidak diketahui.

"Situasi sekarang hampir seperti perang saudara. Saya tidak pasti bagaimana 
konflik ini akan berakhir," kata seorang pemimpin Baju Merah, Jatuporn Prompan.

Setakat ini, hampir 50 orang telah terbunuh dalam keganasan yang meletus sejak 
Baju Merah melancarkan protes dua bulan lalu.

Seorang saksi melihat mayat tiga orang bergelimpangan di sebatang jalan di 
sebelah utara kem Baju Merah di tengah ibu negara.

Tidak diketahui bagaimana mereka terbunuh tetapi tentera mendirikan papan tanda 
yang mengisytiharkan kawasan itu sebagai 'zon tembakan peluru hidup'.

Bunyi tembakan kedengaran di tempat lain dan tayar-tayar yang dibakar 
mengeluarkan kepulan asap tebal sementara sekumpulan penunjuk perasaan 
berhadapan dengan askar di kawasan berasingan di mana pertempuran sengit 
meletus, semalam.

Kawasan yang menempatkan kedutaan asing itu juga meliputi pusat kewangan dan 
pasar malam Suan Lum yang popular di kalangan pelancong asing.

Polis berkata, beratus-ratus penunjuk perasaan masih menduduki pusat kewangan 
itu, sekalipun kerajaan mengarahkan operasi tentera ke kawasan tersebut semalam 
untuk mengusir penunjuk perasaan dari kawasan itu.

"Situasi sekarang terkawal dan reda di banyak tempat tetapi operasi tentera 
akan diteruskan kerana banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memulihkan 
keadaan," kata jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn.

Pusat kecemasan Erawan melaporkan, 16 orang maut dalam pertempuran semalam, 
kesemuanya rakyat Thai dan kebanyakan mereka mangsa tembakan. Seorang lagi 
meninggal dunia lewat kelmarin. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke