http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm
Babitkan penyanyi Peterpan, Ariel dan teman wanitanya Skandal video seks
PENYANYI utama Peterpan, Nazril Irham, lebih dikenali sebagai Ariel
bersama teman wanitanya, Luna Maya semasa dikerumuni pemberita di Jakarta,
Indonesia. - AP
--------------------------------------------------------------------------
JAKARTA 14 Jun - Indonesia sedang bergelut dengan skandal seks pertama
melibatkan selebriti terkenal yang menyebabkan rakyatnya tidak mengendahkan
peraturan menghalang segala bentuk aktiviti video lucah.
Warga Indonesia dikatakan menggunakan komputer pejabat dan juga telefon bimbit
untuk menonton aksi seks seorang artis pujaan ramai bersama dua teman wanitanya.
Cerita tentang skandal itu juga dijadikan tajuk utama berita selain menguasai
ruangan sembang di internet serta laman web sosial, facebook dan Twitter.
Baru-baru ini, polis mahu mendakwa selebriti terbabit di bawah undang-undang
anti-pornografi yang boleh menyebabkan mereka dipenjara selama 10 tahun.
Sejak itu, ramai pihak menggesa agar pendidikan seks diterapkan dalam kurikulum
sekolah walaupun ia mendapat tentangan daripada Menteri Pelajarannya, Muhammad
Nuh.
"Saya mungkin dianggap ketinggalan zaman, namun saya tidak melihat sebarang
kepentingan untuk mengajar pendidikan seks di sekolah.
"Saya yakin manusia akan mengetahui tentang seks secara semula jadi," katanya.
Beliau bagaimanapun, mencadangkan agar pihak berkuasa melakukan pemeriksaan
terhadap telefon bimbit para pelajar yang mungkin mengandungi rakaman video
seks.
"Ia ternyata melanggar budaya dan kepercayaan agama warga tempatan.
"Sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan rakam video seks perlu dikenakan
hukuman yang amat berat," jelasnya.
Dua klip video seks selama enam dan lapan minit itu menunjukkan aksi seks
dipercayai penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali sebagai
Ariel bersama teman wanitanya yang juga seorang model dan pelakon, Luna Maya
dan bekas teman wanitanya yang juga merupakan seorang model serta hos rancangan
televisyen, Cut Tari.
Bagaimanapun, Ariel dan Luna menafikan mereka adalah orang yang dilihat beraksi
dalam video berkenaan dan polis telah menyoal siasat mereka tentang skandal
itu. - AP
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
[Non-text portions of this message have been removed]