http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Serangan berani mati di Quetta, 42 maut Serangan berani mati di Quetta, 42 maut


QUETTA, Pakistan 3 Sept. - Sekurang-kurangnya 42 terbunuh dalam satu serangan 
bom nekad yang disasarkan ke atas perhimpunan puak Syiah di Quetta, di barat 
daya negara ini.

Ia merupakan siri serangan terbaru dalam sengketa berhubung perbezaan fahaman.

Polis berkata, pengebom adalah di kalangan 450 orang yang menyertai perhimpunan 
itu dan bertindak meletupkan dirinya apabila tiba di medan utama bandar raya 
ini.

Keadaan itu mencetuskan suasana kelam kabut apabila ada yang terbakar dan yang 
lain bertempiaran menyelamatkan diri, sementara yang lain meniarap di atas 
tanah bagi mengelak terkena ledakan bom.

"Sekurang-kurangnya 42 terbunuh," kata Ketua Polis Quetta, Ghulam Shabir kepada 
AFP, dan menambah kata bahawa sekurang-kurangnya 70 yang lain cedera.

Seorang doktor di sebuah hospital utama di Quetta berkata, jumlah mereka yang 
cedera meningkat kepada 80 orang.

Perhimpunan itu diadakan sempena memperingati hari Al-Quds, acara antarabangsa 
yang diadakan setiap tahun oleh masyarakat Syiah yang menentang kekuasaan 
Israel di Baitulmaqdis dan bagi menunjukkan sokongan kepada penduduk Palestin. 
- AFP






[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke