Salam


Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,


“Barangsiapa suka dihormati 
manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia 
bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, 
hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,


“Tidak seorang pun yang lebih 
dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa 
Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa 
Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana 
mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis 
Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih) 

Ini adalah kerana para sahabat 
Rasulullah Radhiallaahu ‘anhu yang sangat mencintai Rasulullah 
Shallallaahu ‘alaihi wa Salam pun apabila mereka melihat Rasulullah 
Shallallaahu ‘alaihi wa Salam masuk ke dalam sesuatu majlis, mereka TIDAK 
BERDIRI untuk beliau. Kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah 
Shallallaahu ‘alaihi wa Salam TIDAK menyukai perkara tersebut.

http://mahfuzamahmud.blogspot.com/2010/01/berdiri-menghormati-pemimpin.html


http://www.youtube.com/watch?v=Q4UrVBNzSOY ( Pemimpin Kita Sokong Yahudi )

http://www.youtube.com/watch?v=d61s4aIXFLI  ( Memilih Pemimpin Yang Jahil )


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )




________________________________
 

From: shreddervirtuoso <[email protected]>
Subject: [chainz_of_frenz] AZMIN KURANG AJAR SEMASA PERTABALAN YANG DI-PERTUAN 
AGONG...
 


  
AZMIN KURANG AJAR SEMASA PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG...


11 April 2012 mencatat satu sejarah di 
dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang 
Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Sejarah kerana bukan sahaja ia 
merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, 
tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua 
setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.


Upacara gilang gemilang dan penuh 
istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia 
melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka 
serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan 
Persekutuan.


Saya
 bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi 
semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat
 perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu 
baginda sepanjang istiadat berlangsung.


Kami melaksanakan persiapan yang rapi 
serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda 
berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.


Untuk makluman semua, setiap majlis 
yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran 
kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar
 serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden 
perubatan yang berlaku di istana.


Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set 
up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas 
perubatan 
yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi 
masing-masing.


Saya beruntung kerana di tempatkan di 
dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk 
menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, 
merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat 
istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.


Saya duduk bersama dengan para dif-dif 
kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah 
saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib 
Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang 
mahasiswa Universiti Malaya.


Saya menyapa beliau dan beliau cukup 
berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang 
duduk sebaris dengan beliau kini.


Malangnya, suasana istana yang murni 
dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan 
satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.


Di belakang saya, suasana cukup bising 
dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, 
rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di 
belakang saya.


Antara yang saya kenal adalah Azmin 
Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua 
Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain 
yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan 
Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli 
Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.


Saya amat terkejut dan kecewa apabila 
melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal
 dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada 
hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka 
perkatakan.


Apabila majlis mengumumkan kemasukan 
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka 
cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek,
 saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri
 Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut 
“Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.


Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah 
untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) 
memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang 
mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.



Alangkah terkejutnya saya ejekan dan 
gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya 
kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur
 ke dalam balairong Seri.


Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk 
ke dalam Balairong.


Seolah-olah seperti kanak-kanak di 
sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. 
Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti 
menghina baginda semua.


Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin 
yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian 
Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua 
mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus 
memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi 
isyarat, “i don’t care“.


Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya 
mencetuskan deraian tawa mereka.


Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja 
yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan 
tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan 
bangga.


Saya cukup hairan. Mereka semua ini 
adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan 
tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama 
mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin 
pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar 
memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja 
Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada 
Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.


Saya dapat melihat para hulubalang 
istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup 
terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika 
negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka 
pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan 
sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka 
Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis 
berlangsung dengan aman dan tenteram.


Tidak semua pemimpin pembangkang yang 
berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw 
misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai 
gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar 
kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong 
adalah terpuji.



Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian 
Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah 
sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan 
jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana
 apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai 
rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku 
tonggak negara.


Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan
 pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam
 Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.


Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus 
terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.

SOURCE http://www.anwaraidc.com

=====================================================================================


From: faridah ibrahim <[email protected]>


Pekeliling yang membuktikan Imam dibayar RM50 untuk ke Majlis Najib.. 

Kata survey popularity Najib meningkat dan Najib juga dikatakan lebih 
popular dari Anwar Ibrahim, tapi kenapa perlu dipaksa Masjid menghantar 
wakil dan membayar upah kepada wakil mereka itu?

Kerana mahu 
menunjukkan bahawa kehadiran Najib dalam ‘Majlis Pemimpin Bersama 
Rakyat’ di Batu Pahat baru-baru ini mendapat sambutan rakyat, pihak 
Masjid telah dikerah membayar RM50 kepada setiap orang yang 
dihantarnya..

Menurut pekeliling dari Pejabat Kadi Daerah Batu 
Pahat ini setiap Masjid perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang 
wakil ke Majlis itu.

5 orang wakil tersebut ialah Imam 1, Imam 2, Bilal dan Noja ataupun 5 orang 
wakil dari kariah Masjid diwajibkan hadir (dipaksa).

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu telah berlangsung pada 7 April 2012 di 
Stadium Pengaram Jalan Ampuan Batu Pahat,
 Johor.

Selain dari setiap Masjid dipaksa menghantar 5 orang 
wakil, pihak Masjid juga dikehendaki memberikan wang sebanyak RM50 
kepada setiap individu yang mewakili Masjid masing-masing.

Dan wakil Masjid-masjid tersebut dikehendaki melaporkan diri dihadapan Pejabat 
JKR Batu Pahat..

Ini
 dah jadi kes menipu diri sendiri ni.. takut tak ramai yang sudi hadir 
ke majlis Njib itu.. habis dikerah semua Imam untuk hadir ke majlis 
Najib..

Sudahlah begitu dibelasah pula duit Masjid yang 
disumbangkan oleh orang ramai kepada Masjid untuk kegunaan Masjid 
sebagai upah kepada wakil yang dipaksa itu..

Terdesaknya UMNO Johor ya... 
 


Thanks & Best regards

Hafidz Bin Muhamad Hisham
Finance Department
Sime Kansai Paints Sdn Bhd
Tel  : 03-33434833 ext 110
Fax : 03-33487806 
e-mail: [email protected] 

=================================================================================

-----Original Message-----
From: Mus

Rakyat Dipancing Menjelang Pilihanraya
      
Sepertimana
 pilihanraya yang lepas, pelbagai janji dan bantuan mula dicurahkan 
kepada rakyat oleh kerajaan yang memerintah.  Ia bagaikan pesta yang 
baru bermula menjelang Pilihan Raya.  Sudah semestinya yang paling 
menonjol di dalam hal ini adalah pihak pemerintah. Ini adalah kerana 
kuasa serta kewangan ada di dalam genggaman mereka. Mungkin tidak 
keterlaluan jika kita istilahkan segala bantuan ini umpama "umpan 
pancing" yang bertujuan untuk memikat hati para penerima bantuan dengan 
harapan agar mereka memilih parti yang memerintah pada pilihanraya 
nanti.

Pelbagai janji manis  telah ditaburkan dengan harapan agar
 ia dapat membius rakyat dan memilih pemerintah yang ada supaya mereka 
tetap kekal di tampuk pemerintahan. Janji-janji ini sebenarnya hanyalah 
bersifat untuk 'memancing hati' rakyat semata-mata dan bukannya dibuat 
atas dasar tanggungjawab. Ini adalah kerana, jika ia dibuat berdasarkan 
tanggungjawab maka sudah tentu bantuan seperti ini diberi sejak dari 
dahulu lagi beserta dengan jaminan kehidupan yang lain. Mengapa 
sekarang?

Hakikatnya, segala bantuan daripada pemerintah itu 
merupakan suatu keperluan bagi rakyat. Malah, ia merupakan suatu 
kewajiban bagi pemerintah untuk menyalurkan segala bantuan yang 
diperlukan  sesuai dengan tanggungjawab mereka sebagai pengatur urusan 
umat. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan keperluan asas bagi 
rakyat seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, kemudahan kesihatan, 
pendidikan serta keselamatan. Rasulullah SAW bersabda:

Tiap-tiap 
kalian adalah penggembala, dan setiap penggembala harus bertanggungjawab
 terhadap gembalaannya (rakyatnya)." (HR Bukhari dan Muslim. Lihat 
al-Bukhari, Sahih al-Bukhari (2426); Muslim, Sahih Muslim (1829).

Inilah
 makna sebenar tanggungjawab seorang pemimpin ke atas rakyat di 
bawahnya. Segala bantuan yang sepatutnya diterima oleh rakyat, 
seharusnya di salurkan dengan secepat mungkin, layanan yang diberikan 
adalah layanan kelas pertama dan bukannya dijadikan modal berkempen 
sambil bermain-main dengan janji kepada  rakyat dengan cara yang licik 
sepertimana kenyataan Najib:

"Kita buat yang terbaik untuk setiap
 kelompok dan kumpulan, mesti ada sentuhan dan ada lagi idea-idea baru, 
tapi saya tidak akan keluarkan (umumkan) hari ini. Kita akan bagi banyak
 lagi bantuan,"

Sedarlah wahai kaum muslimin! Sampai bilakah kita
 akan terus dipancing serta terpancing dengan lakonan orang yang tidak 
melaksanakan amanah Allah ini? Ingatlah wahai pemimpin kaum muslimin! 
Dalam keghairahan berkempen untuk kekal berkuasa, ingatlah, apa yang di 
dambakan itu pastinya sama ada bakal mendekatkan diri kamu menuju syurga
 ataupun mencampakkan diri kamu ke lubang neraka. Semoga perlindungan 
Allah akan sentiasa bersama orang yang bertakwa. 
Wallahu a'lam.



=====================================================================================

-----Original Message-----
From: Mus

Bersih 3.0 - Antara Pilihanraya Bersih Dan UMNO Yang Tidak Bersih
WRITTEN BY SHAHBUDIN

Perhimpunan
 aman Bersih kali ketiga akan kembali lagi pada 28 April ini di Dataran 
Merdeka. Ia adalah lanjutan daripada dua perhimpunan sebelum ini yang 
bertujuan menuntut kerajaan dan SPR agar mengendalikan pilihanraya 
secara adil dan bersih serta memuaskan hati semua pihak.

Perhimpunan
 kali ini bukan saja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga akan diadakan 
di semua bandar besar di seluruh dunia di mana terdapat rakyat Malaysia 
tinggal dan bermastautin.

Dalam perhimpunan Bersih 2.0 sebelum 
ini, lapan tuntutan telah dikemukakan kepada kerajaan iaitu penggunaan 
dakwat kekal, membersihkan daftar pengundi, reformasi undi pos, akses 
media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh 
institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan amalan politik 
kotor.

Untuk menunjukkan sikap terbuka serta bertanggungjawab dan
 akur kepada tuntutan itu, Najib kemudiannya bersetuju menubuhkan 
Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau PSC yang diketuai oleh Dr James 
Ongkili serta turut dianggotai oleh tiga wakil pembangkang untuk tujuan 
mengkaji syor-syor yang terkandung dalam tuntutan Bersih 2.0 dan 
memastikan pilihanraya dapat diadakan dengan adil dan bebas.

Malangnya
 setelah enam bulan bersidang, cadangan yang dikemukakan oleh PSC telah 
dibawa ke Parlimen dan diluluskan tanpa bahas. Sebanyak 22 cadangan 
dikemukakan oleh PSC tetapi daripada lapan tuntutan yang dikemukakan 
oleh Bersih 2.0 hanya satu sahaja cadangan yang diterima iaitu 
penggunaan dakwat kekal. Semua tujuh tuntutan lain tidak dimasukkan 
sama-sekali.

Najib seperti cuba menunjuk baik dengan menubuhkan 
PSC tetapi dalam masa yang sama bermain wayang dengan menolak tuntutan 
dan cadangan Bersih 2.0. Maka, logiknya wajarlah perhimpunan "Duduk dan 
Bantah" Bersih 3.0 ini diadakan.

Ia bertujuan untuk memberi 
tekanan kepada kerajaan dan SPR supaya benar-benar ikhlas dalam usaha 
memastikan pilihanraya yang adil dan bersih untuk Malaysia ini.

Isu
 pembersihan daftar pengundi adalah isu besar dan ia penentu kepada 
sebuah pilihanraya yang bersih. Sementara PSC bersidang, telah 
didedahkan banyak perkara mengenai daftar pengundi yang meragukan oleh 
beberapa Ahli Parlimen dan NGO tetapi SPR nampaknya tidak mahu bertindak
 proaktif ke arah itu. Senarai daftar pilihanraya kita masih kotor dan 
merisaukan.

Bukan saja terdapat pengundi berganda, orang mati 
kekal sebagai pengundi, satu alamat terdapat 100 pengundi, dewan 
didaftarkan sebagai pengundi, pertambahan jumlah pengundi terlalu 
mendadak dalam tempoh singkat, pengundi hantu di mana-mana dan 
pendaftaran rakyat asing yang berleluasa sebagai pengundi berdaftar.

Dalam
 keghairahan Najib untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan di mana 
beliau pernah menang hanya 241 undi pada piliharaya 1999, jumlah 
pengundi di Pekan didapati bertambah sebanyak 18,000 menjelang PRU 13 
ini. Soalnya siapakah 18,000 pengundi ini? Adalah mereka rakyat tempatan
 Pekan atau orang Kemboja atau Thailand?

Begitu juga dalam 
keghairahan untuk menawan semula Selangor yang menjadi mimpi Najib, 
didapati jumlah pengundi baru di Selangor bertambah mendadak sebanyak 
40,000. Tentunya pertambahan ini menimbulkan persoalan dan kesangsian 
kepada sesiapa pun yang berakal waras.

Sementara itu, pemindahan 
tempat pengundi juga banyak berlaku. Adalah menjengkelkan bila tiba-tiba
 seseorang itu beralih tenpat mengundinya sedangkan mereka tidak pernah 
berbuat demikian. Bagi mereka yang cerdik dan ada kemudahan internet, 
mungkin boleh menyemak daftar pemilih mereka semingggu sekali untuk 
memastikan tidak dipindahkan tetapi bagaimana nasib pengundi luar bandar
 dan orang tua yang tiba-tiba mendapati tempat pengundi mereka sudah 
berpindah pada hari pengundian. Hak mengundi mereka tentunya diabaikan. 
Termasuk menjadi mangsa pemidahan ini ialah Menteri Besar Selangor, 
Khalid Ibrahim.

Kalau seorang Menteri Besar boleh dipindahkan tempat mengundi, tentulah tidak 
mustahil orang lain juga boleh diperbuat demikian.

Isu
 pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi didapati begitu berkeluasa
 sekali. Di Selangor dilaporkan ramai orang Indonesia dan Bangladesh 
yang diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Di 
Pahang pula tumpuan diberikan kepada rakyat Kemboja, Thailand dan 
Myanmar. Sebagai upah untuk menambahkan undi UMNO dan BN, mereka bukan 
saja diberikan kad pengenalan tetapi juga diberikan tanah untuk 
mengusahakan ladang pertanian seperti nanas dan sayur-sayuran serta 
disediakan sebuah perkampungan khas.

Sebagai parti yang sedang 
berkuasa, sudah tentulah hanya UMNO dan BN yang boleh berbuat demikian 
terutama dalam hal pemberian kad pengenalan. Parti yang hanya menguasai 
kerajaan negeri tiada kuasa memberikan kad pengenalan.

Berleluasanya
 semua hal ini tentunya menjadikan piliharaya tidak lagi bersih. Rakyat 
asing sudah menjadi penentu kemenangan pilihanraya. Itu belum lagi 
diambil kira peranan media yang berat sebelah, amalan rasuah, politik 
kotor dan penggunaan istitusi awam sewaktu kempen piliharaya diadakan.

Dengan
 hanya menggunakan dakwat kekal tetapi menolak tuntutan- tuntutan yang 
lain, tidak akan menjadikan pilihanraya bebas, adil dan bersih. SPR 
harus menjadi benar-benar bebas dan tidak menunjukkan kecondongan yang 
terlampau dalam hal ini.

Tetapi halangan besar SPR ialah kerana 
ia telah diperalatkan oleh UMNO dan BN yang sudah sekian lama begitu 
selesa memenangi pilihanraya dengan cara yang tidak bersih.

Semakin
 tinggi kesedaran rakyat tentang pilihanraya yang bersih, pihak yang 
tidak bersih tentunya mempunyai kebimbangan yang semakin tinggi juga. 
Oleh itu, jom ramai-ramaikan Dataran Merdeka 28 April ini.

=====================================================================================

From: Mus


Visa Altantuya bergema jadi isu pilihan raya

Abdul Aziz Mustafa,     13 Apr 2012

KUALA
 LUMPUR, 13 April: Pilihan raya akan datang akan bergema dengan isu visa
 yang diberikan di negara ini kepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki
 Perancis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar .

"Bapa 
Altantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa 
Abdul Razak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) 
Najib (Tun Razak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan 
Menteri Pertahanan, dan Altantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke
 Perancis dengan menggunakan nama Amina Abdullah," katanya.

Malaysiakini
 melaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu 
berlaku antara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya 
diletupkan dengan bom C4 pada tahun 2006.

Mahfuz menegaskan, sekadar penjelasan semata-mata mengenai pendedahan itu 
adalah tidak memadai dan tidak boleh diterima.

"Kalau penjelasan semata-mata, tentulah Perdana Menteri akan memberikan 
penjelasan yang menyebelahi dirinya.

"Kalau
 penjelasannya meragukan sekalipun, media-media di bawah kawalannya 
tentu akan mencanang-canangkan kononnya itu adalah penjelasan tanpa 
sebarang keraguan," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, 
pendedahan Setev itu memerlukan tidak kurang dari siasatan sebuah badan 
bebas yang tidak boleh dipengaruhi atau ditakut-takutkan oleh Perdana 
Menteri dan kerajaannya.

"Persoalannya, banyak perkara yang berbangkit dari tuduhan itu termasuk elemen 
jenayah.

"Bila Altantuya diberikan visa dengan menggunakan nama Amina Abdullah, tentulah 
wujud pasport antarabangsa atas nama tersebut.

"Siapa
 arahkan pemberian pasport atas nama tersebut kerana Jabatan Imigresen 
Malaysia tidak mungkin bertindak sendirian tanpa sebarang sebab dan 
suka-suka memberikan pasport kepada Altantuta dengan menggunakan nama 
Amina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Orang yang mengarahkan kesemua itu dan memaksa perkara itu dilakukan, kata 
Mahfuz, telah melakukan jenayah.

"Kita
 mahu percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan apa jua proses dalam 
pemberian visa kepada Altantuya atas nama Amina Abdullah.

"Hanya 
satu cara sahaja untuk kita mempercayainya iaitu dengan menubuhkan badan
 siasatan bebas untuk menyiasat perkara itu," katanya.

Jika 
tidak, kata Mahfuz, perkara tersebut akan menjadi salah satu isu utama 
yang mesti dijawab oleh Najib, terutama dalam pilihan raya akan datang.

"Jika
 beliau enggan menubuhkan badan bebas untuk membersihkan namanya dari 
dikaitkan dengan pemberian visa itu, ia boleh mengakibatkan Najib 
dilihat telah melakukan jenayah.

"Kita lihat sahaja nanti apa 
terjadi apabila Najib yang dilihat telah melakukan jenayah memimpin Umno
 dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang," 
katanya.

Malaysiakini melaporkan, pegawai kementerian luar 
Mongolia hairan bagaimana Altantuya mendapatkan visa itu ketika berada 
di Malaysia.

Beliau memberitahu, warganegara Mongolia tidak boleh mendapatkan visa untuk 
memasuki Perancis ketika berada di Malaysia.

Pegawai
 itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev berkata, setiap 
warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negara 
mereka sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di 
negara lain.

"Kami
 akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon 
mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada 
Malaysiakini.



=====================================================================================

From: faridah ibrahim <[email protected]>

Teman nak komen bab ni: 
 
'Sementara itu, beliau menambah kos 
sara hidup pelajar boleh disediakan atas nama pembiayaan bukannya 
pinjaman dengan peruntukan rasmi kerajaan pusat menerusi penubuhan 
Tabung Amanah Pendidikan Tinggi dengan bersumberkan tiga perkara. 

"Pertamanya, dana kerajaan pusat. Keduanya, sumbangan tunai badan-badan 
korporat yang sangat banyak di Malaysia atas nama 
tanggungjawab sosial korporat yang diberikan pelepasan cukai," ujarnya'. 

Sumbangan
 tunai badan2 korporat selama hari ni dok masuk kantong umno/BN... tu yg
 depa dok kata tak boleh bagi pendidikan percuma; kalau tak nanti 
setengah talian hayat umno PUTUS!!!
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian


KUALA LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah 
kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan 
yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh 
perbelanjaan rasmi kerajaan. 

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, 
Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara 
yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula
 dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil 
mahsul yang lain. 

"Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya 
kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara 
percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah 
Barisan Nasional," katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com. 

Katanya,
 kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat
 tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab. 

Pertamanya, kata
 beliau kegagalan menjana pendapatan sebenar negara kerana rasuah dalam 
pentadbiran negara. 

Keduanya, ujarnya ketirisan yang sangat banyak dalam pengurusan perbelanjaan 
harta negara. 

"Ketiganya, pemborosan perbelanjaan dalam perkara yang tidak utama dan 
penting," katanya lagi. 

Oleh
 itu, ujarnya sebuah kerajaan yang bersifat amanah, adil, telus lagi 
bersederhana dan tidak boros amat diperlukan oleh rakyat Malaysia 
selepas PRU13 nanti. 

"Kos pendidikan melibatkan 
sekurang-kurangnya dua perkara. Pertamanya kos yuran pengajian. Keduanya
 kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian," katanya lagi. 

Sementara
 itu, beliau menambah kos sara hidup pelajar boleh disediakan atas nama 
pembiayaan bukannya pinjaman dengan peruntukan rasmi kerajaan pusat 
menerusi penubuhan Tabung Amanah Pendidikan Tinggi dengan bersumberkan 
tiga perkara. 

"Pertamanya, dana kerajaan pusat. Keduanya, sumbangan tunai badan-badan 
korporat yang
 sangat banyak di Malaysia atas nama tanggungjawab sosial korporat yang 
diberikan pelepasan cukai," ujarnya. 

Ketiga, tambah beliau sumbangan harta kekal yang boleh dikembangkan hasilnya 
seumpama system wakaf dalam Islam. 

Sementara
 itu, kata Khairuddin sebagai tambahan, kerajaan pusat dengan kerjasama 
kerajaan negeri dengan mekanisama tertentu yang boleh difikirkan boleh 
bekerjasama mengukuhkan dana Tabung Amanah tersebut dengan memanfaatkan 
yayasan-yayasan pendidikan negeri sedia ada.

=====================================================================================

=====================================================================================

=====================================================================================

=====================================================================================

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke