Salam

Mana ada kerajaan yang kekal dalam dunia ini..
Segagah kota melaka.. tumpas juga ditangan portugis.. kerana Melayu dengki 
Melayu.. Taat membabi buta..
Segagah kerajaan Othmaniah Turki.. tewas juga kepada Kritian.. Kerana Fahaman 
Kebangsaan Arab-Arab, Turki-Turki.. 


Kalaulah Allah SWT sudah suratkan, Malaysia bakal diperintah golong Kristian.. 
Maka tiadalah apa2 yang mampu kita buat untuk mengubahnya,,
Seperti mana Malaysia Allah SWT memberi kekuasaan kepada Nasiolanis - Secular 
UMNO.. Maka PAS terpaksalah redho dengan ketentuannya..

Tetapi redho tak semestinya duduk diam.. Dalam tiap khutbah di Masjid Lama 
Sura, Dungun Terengganu.. di belakang sekolah sains Dungun.. Setiap jumaat, 
jemaah diperingatkan kepentingan menyampaikan syiar Islam dan menegakkan syiar 
hudud Allah SWT.. Begitu jugalah disetiap masjid PAS dan ceramah agama PAS..


Kita hanya boleh merancang.. Musuh-musuh Islam juga merancang.. Allah SWT juga 
merancang.. Allah SWT jugalah sebaik-baik perancang.. Allah SWT lah yang 
menentukan segalanya.. Dialah Tuhan Kami..

Nabi SAW bersabda :

Demi Allah, aku akan meneruskan jihad untuk apa yang Allah sampaikan 
kepadaku, sampai Allah memberi kemenangan atau leherku ini 
terpisah.[Hadith Riwayat Ahmad dari Miswar bin Makhramah]...

Demi
 Allah, apabila mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan 
di tangan kiriku agar aku menghentikan dakwahku, aku tidak akan 
menghentikannya sampai Allah memberi kemenangan atau aku mati 
kerananya.[ Sirah Tarikh at-Thabari II: 336 ]

http://mujahidsufi.blogspot.com/2007_08_01_archive.html


Kita berjuang di pihak Allah. Kemenangan atau kekalahan tidak penting. 
Sekiranya kemenangan itu utama, maka Allah dengan sekelip mata dapat memenangi 
peperangan ini tanpa sebarang bantuan. Kalah atau menang adalah ujian ke atas 
keimanan kita semata-mata. Seperkara yang pasti, akan tiba satu hari nanti di 
mana hujahan mereka didengar kembali di Mahkamah Allah.

http://www.nabs-pejuangislam.blogspot.com/


Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita 
bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut,  berjuang hanya pada 
musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari 
tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak 
perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab 
perjuangan Islam yang kita dokong ini.


http://www.eperjuangan.com/2011/03/berjuang-tidak-sekadar-berpilihanraya.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: "[email protected]" <[email protected]>
Subject: [SurauKampung] Re: Bersih 3.0 - Best ramai ramai balun sorang - siapa 
yang sekular..
 
petikan Forum Mykmu.net

Post subject: PM Kristian Pertama Malaysia     Reply with quote
Rahsiakan dari Pengetahuan PAS - PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang 
bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. 
Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti 
mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka 
akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah 
landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan 
membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, 
mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai 
pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika 
benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para 
pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang 
Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM 
sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya 
untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi 
sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana 
dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana 
dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti 
(PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai 
Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar 
dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. 
Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi 
laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah 
Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU 
MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat 
serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan 
membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk 
menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) 
menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah 
untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka 
yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada 
pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan 
terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak 
diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan 
hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian 
Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan 
serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua 
dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan 
dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk 
membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka 
yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa 
mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi 
menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti 
pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee 
Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan 
modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus 
ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak 
boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an 
dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen 
Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP 
kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan 
kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR 
yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud 
tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu 
akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua 
lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim 
melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh 
pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, 
jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada 
bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti 
menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga 
ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam 
tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan 
mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu 
gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui 
wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu 
hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat 
Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang 
baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita 
sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui 
muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan 
Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan 
memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang 
yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. 
Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........

sumber : www.facebook.com/groups/402192766469525

====================================================================================================

>From : [email protected]


Salam Hizamri, Amri dll,
 
Perjuangan BERSIH BUKANNYA memperjuangkan hak orang kafir atau mengangkat orang 
kafir 
sebagai pemimpin tetapi adalah menuntut hak semua rakyat tak kira ugama 
atau bangsa supaya pilihanraya yang akan diadakan adalah adil dan 
saksama dan parti yang menang adalah secara telus, adil dan saksama dan 
bukannya secara penipuan melalui pengundi hantu, undi pos yang 
di"tamper", merosakkan undi, politik wang dan lain2 lagi.
 
Sila baca dan faham tuntutan BERSIH dan ulasan Ustaz Asri selepasnya :
 
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi 
hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai 
Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu 
dalam jangka masa panjang. 
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos 
atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat 
berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa 
pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan 
untuk memantau proses undi pos. 
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) 
daripada mengundi beberapa kali. 
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang 
lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya 
di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri 
Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai 
masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 
pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. 
Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil  untuk semua 
parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang 
diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak 
untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap 
mereka.
6. Kukuhkan institusi awam 
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan 
undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya 
bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak 
asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan 
adil. 
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan 
undang-undang tanpa gentar atau memihak. 
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan 
kepentingan rakyat. 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan 
menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. 
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan 
tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 
7. Hentikan rasuah 
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah 
menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin 
miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 
8. Hentikan politik kotor 
BERSIH menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
 
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Bekas Mufti PerlisBerpakat lawan kezaliman

Sebelum Nabi SAW muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang 
kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun ‘Sumpah Setia Fudul' pernah 
dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad'an.

Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang 
dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki 
Mekah. Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas 
pihak yang lemah.

Beberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani ‘Abd al-Muttalib dan 
lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) 
meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) 
dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah 
Abdullah bin Jad'an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan 
aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta
 merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku
 tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan 
kepadaku unta merah."

Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan Arab ketika itu. Nabi 
SAW menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun
 setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya.

Lihatlah,
 Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di 
zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam 
yang menentang kezaliman dan penindasan.

Malanglah, jika ada orang Muslim yang tidak merasa terpanggil dalam 
isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke
 atas pihak yang ditindas.

Menanglah p'raya dengan adil

Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya 
kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak 
secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihan raya, tetapi 
menanglah dengan cara yang adil dan saksama.

Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti 
tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan
 rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga 
ramai kawan dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di 
pihak Pakatan. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihan raya berlaku, ia 
berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat 
diberikan secara yang wajar.

Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil 
soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke 
tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya.

Namun,
 rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan 
media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di 
manakah peluang rakyat mendengar secara saksama?

Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada 
saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat
 dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam
 negara kita.

Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan 
mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian 
juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima.

Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai 
akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah.

Firman Allah: (maksudnya) "...oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) 
mereka yang berusaha 
mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; 
mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan 
mereka itulah Ulul Albab" (al-Zumar: 17-18).

Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan 
semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani 
yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul.

Jika kita 
pergi menonton bola sepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, 
lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan 
percuma sahaja.

Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi 
tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal.


=====================================================================================================

Kalau Sayang Bangsa
Kalau sayang bangsa
Jangan cuma cakap saja
Berdegar-degar suara
Takkan Melayu hilang didunia
Selepas tu boleh duduk semeja
Minum brendi tauke Cina belanja

Kalau sayang bangsa
Jangan retorik semata-mata
Suruh balik Tongsan China
Tapi kawan kita sudah lupa
Rumah dia duduk sapa punya
Bukan habuan dari orang Cina
Jadi direktor syarikat mahawangsa
Yang dapat projek buat lebuhraya

Kalau sayang bangsa
Bukan manis di mulut sahaja
Tetapi perampok wang negara
Bukan sedikit tetapi berjuta-juta
Kos projek dilambungkan harga
Supaya kuncu-kuncu dapat merasa
Itu semua bukan duit hangpa
Itu semua wang rakyat yang punya
Titik peluh cukai orang yang bekerja

Kalau sayang bangsa
Jangan cuma cium keris suasa
Tapi masih salah gunakuasa
Tangkap orang tanpa bicara
Tak kesian kat keluarga mangsa
Tahun dua hingga lima tahun lamanya
Cara begini tak diiktiraf agama

Kalau sayang bangsa
Kamu kena juga sayang agama
Agama tak ajar jadi samseng utara
Baling batu baling botol kaca
Ini jenis politik kotor durjana

Kalau sayang bangsa
Kamu patut tolong anak bangsa
Anak bangsa yang sudah leka
Merempit siang malam dijalanraya
Melentok layu kena syabu dan ganja
Melewar dijalan-jalan kacau anakdara
Menjadi setan samseng besar kepala
Bukan menjadi sebahagian dari mereka

Kenapa yang syok cakap aib siNana
Dia biseksual itu antara Tuhan dan dia
Adakah itu yang menjadi agenda
Berbuih mulut bangsa agama dan raja
Aqidah umat sudah diambang bahaya
Ya memang betul dalam bahaya
Tetapi bukan hanya retorik saja
Turunlah dijalan dan juga didesa
Rasailah kesusahan anak bangsa


Keris Silau
14 April 2012 

http://www.youtube.com/watch?v=Gj0IGqBPqxw&feature=related

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke