Salam
Harapannya biarlah berhijrah kerana Allah SWT...
Amatlah rugi, kalau berhijrah kerana harta/nama/pangkat..
[01: 218] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah
serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah
orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, Lagi Maha Mengasihani.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza
bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai
bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata :
Aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda :
” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas
setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang
sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah
kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana
dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana
kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Masih belum terlambat untuk memperbetulkan niat..
Semoga Allah SWT memberikan hidayahnya kepada kita semua untuk berubah :
* daripada kekufuran kepada iman,
* daripada jahil kepada aalim,
* daripada mengagungkan dunia kepada mengagungkan Allah SWT..
* daripada permusuhan nasionalisma, kepada persaudaraan Islam..
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )
________________________________
From: roslan mohd <[email protected]>
Subject: [chainz_of_frenz] Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti
http://www.youtube.com/watch?v=qTi9tEqUIPQ
Naib Ketua Umno Kampar Isytihar keluar parti
BATU GAJAH: Naib
Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan
dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti
itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah
lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti
itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan
ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya
setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan
tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang
menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat'
menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam
barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan
sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya
tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama
Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100
ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara
itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika
bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11
bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai
penjual pasir.
"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang
Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak
langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
===================================================================================
----- Forwarded Message -----
From: "[email protected]" <[email protected]>
From: Mus
Umno tak wajar serang Majlis Peguam
Salmiyah Harun, 17 Mei 2012
KUALA
LUMPUR: Hanya kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan Pakatan
Rakyat maka Majlis Peguam dilabelkan sebuah parti politik disifatkan
sebagai pandangan yang sempit.
Demikian tegas AJK PAS Pusat Abang
Ahmad Kardee sebagai mengulas kenyataan Tun Dr Mahthir Mohamad yang
mengatakan Majlis Peguam sebagai parti politik kerana perhatianya lebih
kepada politik.
Beliau yang juga seorang Peguam, berkata, Majlis
Peguam adalah badan profesional yang ditubuhkan profesion guaman, jadi
mereka akan mengambil sebarang kenyataan tanpa ada rasa takut dan
menyebelahi mana-mana pihak.
"Kalau macam itu, mana-mana badan
yang mempunyai pandangan tidak selari dengan kerajaan tidak perlu
membuat sebarang kenyataan sebaliknya menjadi 'pak angguk' sahajalah,"
tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Malangnya, kata beliau apa yang berlaku dalam negara hari ini, banyak
undang-undang yang tidak dipatuhi.
Beliau
turut bersetuju dengan pendekatan yang diambil Majlis Peguam apabila
menegur tindakan yang tidak betul walaupun ia selari dengan Pakatan
Rakyat.
"Tidak patut, teguran yang kebetulan sama di pihak Pakatan Rakyat terus dilabel
badan politik," katanya.
Malah
katanya, peguam adalah badan profesional, setiap tahun para peguam
membayar lesen Sijil Amalan Guaman dan sijil tahunan di Mahkamah dan
Majlis Peguam.
Jelasnya, Majlis Peguam turut menyokong beberapa
perkara lain yang disyorkan kerajaan seperti kenaikan gaji hakim, dan
tambah jumlah jawatan di mahkamah, bagaimanapun tidak pula dilabelkan
sebagai penyokong Umno BN.
"Tapi bila kita sokong kerajaan tidak pula kata kita sokong BN," katanya.
Sebelum
ini, Majlis Peguam meluluskan resolusi mengutuk kekerasan pihak polis
yang didakwa melampaui batas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Penegasan Majlis Peguam itu, mengundang kritikan pimpinan Umno BN sehingga ada
yang melabelkan badan itu sebagai parti politik.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti
politik memandangkan perhatiannya lebih kepada politik.
Oleh
itu, beliau berkata ia sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil
alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.
Sementara
itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji
pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang
tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan
mereka menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
======================================================================================
======================================================================================
From: Mus
Pemimpin hilang identiti ugut peneroka keluar Felda
Anis Nazri, 15 Mei 2012
KUALA
LUMPUR: Mana-mana pemimpin negara yang meminta para peneroka
meninggalkan tanah rancangan Felda kerana berbeza pandangan, hanya
menunjukkan sikap pemimpin yang hilang identiti kepimpinannya.
Perkara
tersebut ditegaskan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
(Anak), Mazlan Aliman (gambar) yang juga menganggap kenyataan sedemikian
sebagai satu bentuk ugutan dan ancaman.
"Bagaimana seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada
rakyatnya?
"Kenyataan
itu juga menunjukkan Umno sudah terbiasa dengan budaya ugut dan ancam
ini sejak dahulu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan
ahli parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said.
Mereka
dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta para peneroka yang tidak
bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH)
keluar dari tanah rancangan tersebut.
Kedua-dua pemimpin Umno itu
dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika majlis penyerahan
'durian runtuh' di kawasan masing-masing.
Tambah Mazlan, selain
Ismail dan Azalina, seorang lagi pemimpin Umno, Datuk Norzula Mat Diah
yang merupakan Adun Paloh, Kelantan turut mengeluarkan kenyataan serupa.
Mazlan
turut mendakwa para peneroka yang menyertai tanah rancangan Felda tidak
masuk secara percuma, sebaliknya terpaksa membayar harga tanah walaupun
hanya berkeluasan 10 ekar.
Atas sebab itu, katanya tidak ada
sesiapa yang boleh mengugut atau mengancam peneroka untuk meninggalkan
tanah rancangan yang telah mereka terokai selama ini.
Mengulas
lanjut, Mazlan berkata para peneroka mempunyai hak untuk menilai secara
berhati-hati berkaitan penyenaraian FGVH, lebih-lebih lagi dengan
maklumat daripada pelbagai pihak.
"Mereka merupakan warga
bermaklumat, yang mempunyai hak untuk bersetuju atau sebaliknya
(penyenaraian) itu. Mereka bukan seperti katak di bawah tempurung,
mereka bimbang pertaruhkan kehidupan mereka seperti nasib Felda L.B
Johnson, Felda Sungai Buaya, dan Felda Cahaya Baru," tegas beliau.
Dalam
perkembangan sama, Mazlan berkata Anak akan memfailkan injuksi memohon
pembatalan surat tawaran pinjaman bank di Mahkamah Tinggi Kuantan, esok.
======================================================================================
Oleh HARIS ZALKAPLI
Debat tentang Bersih antara kumpulan pembangkang dengan pemerintah kini
tertumpu pada dakwaan agenda protes berwarna tema kuning ini untuk menjatuhkan
kerajaan Barisan Nasional.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dilaporkan mendakwa
perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bertujuan menjatuhkan kerajaan,
dakwaan sama yang juga dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan ini, dengan alasan
protes Bersih diadakan secara aman dan tanpa senjata, dirancang untuk
berlangsung hanya selama dua jam di Dataran Merdeka.
Walau
bagaimanapun, menurut satu kajian terhadap kebangkitan rakyat yang aman
- seperti yang berpotensi untuk dilakukan oleh Bersih - mempunyai
potensi yang besar untuk berjaya menggulingkan kerajaan, berbanding
penentangan bersenjata.
Kajian yang dikemukakan dalam buku Why Civil Resistance Works: The Strategic
Logic of Nonviolent Conflict, membandingkan hasil kebangkitan sivil secara aman
dengan penentangan
bersenjata dalam sejarah dunia, dan mendapati kebangkitan aman
menunjukkan rekod kejayaan lebih besar mengatasi kebangkitan bersenjata.
Antara kebangkitan aman yang disenaraikan sebagai berjaya ialah
revolusi di Iran pada 1979, protes rakyat Filipina menjatuhkan
Ferdinand Marcos pada 1986 dan revolusi warna di republik bekas Soviet
Georgia, Ukraine dan Kyrgyzstan pada 2003 hingga 2005.
Dalam
tinjauan 25 kebangkitan besar-besaran antara 1900 hingga 2006, didapati
20 daripada kempen itu bersifat aman, dan lima bersenjata. Daripada 20
itu, 14 mencapai kejayaan, manakala hanya dua daripada lima kempen
bersenjata berjaya.
Walaupun kaitan dengan Bersih boleh dibuat,
terdapat beberapa perbezaan seperti rejim-rejim yang dikaji jauh lebih
buruk berbanding pemerintah Malaysia, dan penyertaan dalam kebangkitan
yang dikaji itu melibatkan jumlah yang dalam kes paling kecil,
melibatkan angka 300,000 orang.
Persamaan yang jelas setakat
ini ialah melibatkan penggunaan warna, kerjasama parti politik
pembangkang dengan pertubuhan bukan kerajaan dan kempen yang sistematik
dan menerima perhatian masyarakat antarabangsa, serta menerima
beberapa bentuk bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan asing.
Penulisnya menyimpulkan lima sebab utama yang mendorong kejayaan kebangkitan
aman besar-besaran:
1. Penyertaan massa yang ramai dan pelbagai mengakibatkan gangguan (civic
disruptions) besar-besaran yang boleh mendorong penyokong rejim, termasuk
pasukan
keselamatan menilai semula kepentingan mereka dan menjadi lebih
cenderung untuk mengalihkan sokongan daripada pemerintah kepada gerakan
kebangkitan. Kebanyakan akan mahu menyelamatkan diri dan bersama pihak yang
menang, dan ini mendorong perubahan sokongan.
2. Tekanan
terhadap kempen aman yang besar lebih berkemungkinan mencetuskan kesan
buruk ke atas pemerintah, termasuk penyertaan lebih ramai dalam
kebangkitan, elit pemerintah berpaling tadah dan hukuman (sanctions) ke atas
rejim terbabit.
3.Kempen yang menunjukkan penyertaan jumlah besar orang awam lebih
mudah mendapat sokongan masyarakat antarabangsa dan menyebabkan rejim
kehilangan sokongan daripada kuasa serantau dan antarabangsa.
4. Kempen aman yang besar lebih mampu mengelak dan menggagahi tekanan rejim,
berbanding kempen kumpulan yang kecil.
5. Kempen aman besar-besaran cenderung untuk lebih mampu melakukan
inovasi melibatkan taktik berbanding protes kecil, menjadikan mereka
lebih mampu menyusun gerakan dan menyesuaikan diri dalam menghadapi
tekanan rejim.
Suasana politik dunia terutama ketika
kebangkitan di dunia Arab masih dirasai kesannya oleh pemerintah di
seluruh dunia, menjadikan kuasa rakyat mula dilihat mampu membawa
perubahan politik.
Dalam iklim politik masa kini, seperti ditegaskan pemikir geopolitik Amerika
Syarikat Zbigniew Brzezinski, "buat pertama kali dalam sejarah, hampir seluruh
warga dunia aktif dan sedar politik, dan menjadi semakin interaktif."
Seperti yang dilihat dalam protes massa dari Asia Tenggara ke Asia
Tengah hingga ke Afrika Utara, kebangkitan rakyat mentakrifkan dunia
politik pada masa ini, menjadi satu trend global yang merebak ke seluruh dunia
tanpa sekatan, digalakkan lagi oleh populasi muda yang besar dan faktor-faktor
ekonomi seperti harga keperluan asas dan peluang pekerjaan.
Di Malaysia, kuasa orang muda kelihatan semakin vokal dan berani,
seperti disaksikan dalam kempen-kempen melibatkan mahasiswa yang mula
aktif sejak kebelakangan ini.
Suasana ini dirasakan oleh
semua kerajaan di dunia, terutama negara-negara berpemerintah
autoritarian yang merupakan majoriti di Asia Barat dan Asia Tengah.
Malah, negara kuasa besar Rusia turut berdepan dengan kebangkitan besar-besaran
yang mampu menggugat rejim masa kini.
Dalam mempertahankan diri, pemerintah yang berdepan cabaran kebangkitan
rakyat ini mengemukakan hujah sokongan kuasa Barat kepada
kumpulan-kumpulan sivil dan parti pembangkang yang bersatu tenaga dalam
menjatuhkan pemerintah sedia ada, dakwaan yang juga pernah dikemukakan oleh
Mahathir.
Tetapi dalam banyak kes, perhatian kepada bantuan Barat ini kelihatan
digunakan oleh pihak rejim untuk menutup kesalahan masing-masing dan
mengalihkan beban kepada penentang.
Hal ini disebabkan peranan
dimainkan oleh pertubuhan seperti Endowmen Nasional untuk Demokrasi
(NED) dan dua cabang utamanya mewakili dua parti utama AS, Institut
Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Nasional (NDI),
yang tidak bebas daripada kritikan dari dalam AS sendiri ekoran penglibatan
dalam proses politik di negara asing.
Isu sokongan Barat terutama AS ini menjadi satu topik yang hangat dalam
perbincangan melibatkan peranan AS dalam usaha yang disebut "menyebarkan
demokrasi" ke seluruh dunia, yang didasarkan pada doktrin Wilsonisme, satu asas
penting dalam wacana dasar luar AS.
Walau bagaimanapun, perubahan dalam politik Malaysia,
sekurang-kurangnya berdasarkan ucapan umum pemimpin-pemimpin politik
pembangkang setakat ini masih dituntut untuk dilakukan melalui pilihan
raya dan bukan aksi massa.
Perhimpunan Bersih sebelum ini
memperlihatkan hasilnya dalam pilihan raya umum selepas itu, yang
dilihat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang diadakan kurang enam bulan
selepas perhimpunan Bersih pertama.
Tetapi protes massa yang
besar berpotensi diadakan, seperti yang dijalankan di negara-negara
bekas Soviet, sekiranya keputusan pilihan raya berjaya diperlihatkan
sebagai telah dipalsukan, atau proses pilihan raya masih tidak bersih
sehingga menghasilkan keputusan yang tidak seperti diharapkan.
Pembinaan momentum sejak Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu, diikuti oleh
Bersih 3.0 hujung April lalu memungkinkan kebangkitan melibatkan
jumlah yang besar dapat digerakkan oleh PR dan NGO yang terlibat.
Kebangkitan ini, yang dijangka akan terus didepani oleh gerakan Bersih,
boleh membuka pelbagai kemungkinan termasuk menjatuhkan kerajaan BN,
yang menjadi matlamat utama pembangkang.
Tetapi, satu
pengajaran daripada kebangkitan massa yang perlu diperhatikan ialah
potensi kemunculan faktor-faktor lain seperti elemen sektarian dan
elemen negatif lain yang boleh tercetus daripada suasana yang tegang.
Kejatuhan kerajaan BN memang satu hasil yang berpotensi dicapai, tetapi
pelbagai faktor boleh mengubah haluan dan sifat kebangkitan massa yang
dicetuskan itu.
http://www.politikpop.com/
======================================================================================
-----Original Message-----
From: Mus
Cerita anak peneroka tentang saham FGVHB
Mohd Sayuti Omar, 10 Mei 2012
Seorang
anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar
email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang
dikejutkan oleh pengumuman pemberian "durian runtuh" dan saham FGVHB
oleh Najib Razak kelmarin.
Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan
MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya.
Kita
yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui kisah yang hendak
dikongsikan oleh MS ini. Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini.
Ikutilah kisah yang hendak dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua.
Apapun terima kasih kepada MS kerana berkongsi cerita dengan kita semua dan
mengirimkan cerita itu kepada saya - blog MT.
Assalamualaikum tuan MSO...
Sekadar berkongsi cerita...
Terlebih
dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas
kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit
pengalaman saya tentang FVGHB.
Saya merupakan anak sulung seorang
peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan
saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya
di sini.
Pada21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya
menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya
meminta salinan kad pengenalan bapa saya.
Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa?
Dan
dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa
pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya
untuk tujuan membeli saham tersebut.
Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari
sahaja dan pembayaran dibuat melalui Maybank.
Saya
seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya?
Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu
juga.
Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak
mendapat penerangan yang terperinci.
Pada
30/04/2012, saya elah membuat panggilan telefon ke pejabat felda
tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut.
Antara sedikit penerangan yang diberi ialah :
i.Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank
ii.Tiada had pinjaman
iii.Tidak perlu penjamin
iv.Tidak perlu sebarang cagaran
v.Hanya bayar jumlahpinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5%
setahun oleh pihak maybank
vi.Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengankebajikan
peneroka sahaja.
vii.Bagi
risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan
bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda)
viii.Staf
tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula
saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik)
ix.Staf
tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan
tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari
atasan felda.
x.Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang
FVGHBtersebut.
Persoalannya yang timbul di sini ialah:
i.Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa
ii.Sukar
untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada
golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi65 tahun
iii.Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi
pinjaman membeli saham.
iv.Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka
menerangkannya kepada peneroka
v.Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham
jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa?
Akhir
sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan
saya agarpihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan
kebobrokanyang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan
UBN umumnya.
Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang
sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak
menyuarakannya.
Sekian terima kasih.
Anak peneroka
Papar, Sabah.
======================================================================================
From: Zah
Subject: Fw: Hutang Negara Malaysia 2012
http://nizar-coretanku.blogspot.com/
Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI
ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Posted by Nizar
Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5
- 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah
ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras
55%..
Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang
Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.
Tahap
hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya
boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh
jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang
telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang
sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata
untuk "mengenyangkan" suku-sakat dan kroni.
Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar
menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi
kadar hutang negara yang tinggi ketika ini .
Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada
tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya.
Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu
memberikan
keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan
dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana
Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.
Terkini
semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia
bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di
ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa
syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan
"peringatan dan amaran awal kepada Malaysia". Antaranya ialah seperti:
1. Standards & Poors
2. Moody's Investors Service
Kedua-dua
agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa
"RATINGS" bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa
besar kemungkinan akan diturunkan daripada :
"Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )"
(Embedded image moved to file: pic27277.jpg)
Ini
semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang terkini sudah mula
mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara
Kasar).
Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut
diturunkan?
Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang,
antara implikasinya ialah :
Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah
hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan
menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing
menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk
Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami
kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan "KECAIRAN" dalam
SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar
faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik
kepada rakyat Malaysia juga.
Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami
kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara
membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan
di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain.
Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?
Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar
keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar
monetari.
Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara
ketika ini, kerajaan lebih mengutamakan pinjaman dalam negeri yang
mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko
pertukaran matawang asing (forex risk).
1. Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1
bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).
2. Hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 %
daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0%
merupakan hutang luar negeri. Tetapi....ada tetapinya, angka-angka di
atas belum termausk lagi apa dinamakan sebagai perbelanjaan di luar
peruntukan Belanjawaan atau 'off-balance
sheet spending'. Ini kerana kerajaan Malaysia ketika ini banyak
menerbitkan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan),
sekuriti Kerajaan. Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman
yang tidak termasuk (pinjaman luar jangka) dalam hutang RM456.1
bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.
"Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama
oleh orang awam seperti anda semua"
Seandainya
gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin
kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat.
Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada
kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :
Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang
sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada
tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan Melepaskan Maju
Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah
menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP
Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta
sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan
Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah
1. Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh
menjejaskan matlamat dasar monetari
2. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan
kenaikan kadar faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini ataupun
boleh menyebabkan juga nilai matawang ringgit Malaysia mula menyusut.
3. Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan
terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal
Pelabur akan melihat samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau
tidak untuk menangani hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang.
Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk
menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu
mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan
memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.
Inilah antara implikasi yang perlu dibayar jika sesebuah negara mempunyai
hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik
Berapa banyak hutang tiada masalah sebenarnya, tetapi komitmen
untuk menguruskan sesuatu hutang itulah yang akan diperhatikan oleh
oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.
P/S : Semoga kerajaan dapatlah menguruskan kewangan negara dengan
sebaiknya. Ini kerana jika dasar menguruskan adalah bagus, kesan akan
berbalik kepada orang awam seperti kami, begitulah sebaliknya. Apa
pandangan dan respon anda melihat tahap hutang negara Malaysia ketika ini?
======================================================================================
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/