Salam

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : 
“Sesungguhnya penduduk surga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim 
dan Ahmad)

http://deltapapa.wordpress.com/2008/04/15/ciri-ciri-wanita-penghuni-neraka/

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Saya melihat kebanyakan 
penghuni neraka adalah kaum wanita." Para sahabat bertanya, "Mengapa wahai 
Rasulullah?" Beliau menjawab, "Mereka mengingkari keluarga dan 
kebaikan-kebaikan suami. Jika sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, lalu ia 
melihat sedikit kekurangan darimu, maka ia berkata: 'Saya tidak melihat suatu 
kebaikan darimu sama sekali'." (HR. Al-Bukhari no. 29 dan Muslim no. 907)

http://bestabuabdullah.blogspot.com/2011/02/kebanyakan-wanita-menjadi-penghuni.html

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
=======================================================================================================

 
Assalammualaikum.
 
Kepada
 
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Bersama kami mendukung usaha amal membantu Rumah Kasih
Harmoni (RKH)
Maafkan kami sekiranya email ini
menggangu ketenteraman anda. Kami lakukan ini demi kebajikan dan kesejahteraan 
hidup
anak-anak yatim dan golongan Asnaf Zakat di Rumah Amal di bawah naungan BAITUL
KASIH.  Kami mendapat alamat  email
anda melalui carian internet dan seterusnya menghantar email merayu sumbangan
dari anda yang budiman.
 
Rumah amal ini amat memerlukan sumbangan
anda, bukan sahaja bagi menampung perbelanjaaan untuk menyara mereka, malah
kami juga memerlukan sumbangan anda untuk menyediakan kemudahan pembelajaran
dan rekriasi .
 
Bagi menyempurnakan hasrat dan cita-cita ini, RKH mengalu-alukan
penglibatan masyarakat  dari pelbagai
pihak dan lapisan baik dari kalangan  individu,  organisasi,  agensi-agensi 
kerajaan, syarikat-syarikat
korporat mahupun badan-badan sukarela.
 
Kami mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk
anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:
 
MAKANAN: Bahan makanan asas
basah dan kering. Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu
tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut,
sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya.
 
PERALATAN PEJABAT: ( Baru / Terpakai )
Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian,
sofa.
 
PERALATAN RUMAH: Mesin basuh, tilam &
bantal, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal,
cadar, langsir dll
 
KENDERAAN: Kereta, van atau bas. (
Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan
fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu 
sakit
, menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
 
Sumbangan
untuk pembangunan: Mengecat asrama, memasang jubin lantai, papan tanda, pagar,
pondok rehat, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan. 
 
UNTUK
KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: http://www.baitulkasih.org.my
 
Sumbangan
boleh disalurkan ke akaun berikut:
MAYBANK   : 5121- 8313- 4032
CIMB BANK : 1435-0004917-05-8
 
Setiap
sumbangan melebihi RM1,000.00 akan
diberikan resit pengecualian cukai pendapatan (atas permintaan) :Ruj: LHDN. 
01/35/42/51/179-6.5132
 
Sukacita sekitanya anda dapat
kemukakan butir-butir berikut setelah anda membuat sumbangan: 
(1) Nama :
(2) Alamat :
(3) No. telephone :
(4) Email :
 
Juga, usaha anda memperpanjagkan e-mail ini kepada kawan dan
kenalan anda juga di anggap sebagai membantu dan di kira sebagai sedekah di
sisi Allah. Insya Allah.
 
Sekian, wassalam.
 
Yang berusaha,
ROHANA ALI
Penasihat RKH 


=======================================================================================================

As Salam Semua,

FYI, latest update 


Ni follow-up dari lawatan NGO wargakilang tempohari ke rumah saudara
azizan. Cuma dalam hati ini terdetik, bagaimana kalau kita diuji
sebegini rupa. Kena VSS sebab ekonomi dok merudum, lepaih kerja sendiri, lepaih 
tu sakit radang hati atau kanser, isteri ambil alih cari rezeki, lepaih tu 
pihak berkuasa tak bagi berniaga… 
 Anak nak sekolah, anak nak makan, laki sakit takleh nak mampu nak buat
rawatan, dan nak cari sesuap nasi pun susah… nak suruh pi pikir pasai
apa bil api/air tertunggak, rasanya depa takdak masa nak pikir langsung… 
Ujian untuk depa dan ujian untuk kita. Semoga ada manafaatnya… 


        1. Anak dia yg sulong tu minat kat computer. Ambik upah buat FB , 
tweeter , etc kat kawan2. Charge RM5 , habuan belanja sekolah. Dulu masa sihat 
dia teringin nak hantaq anak dia belajaq buat blog , kat member kami (Fujian). 
Tapi sejak teruk sakit , hajat tak kesampaian. Anak dia ni la ni dok 
belajaq/surf internet kat sekolah , walaupun mmg sekolah tak bagi , tapi sbb 
dia rajin tolong cikgu , dapat la buat FB utk member. Kadang2 tu pi jugak CC. 
So dia kata kalau ada org guna nama dia on-line tu , bukan dia , tapi anak dia. 
Aku suruh anak dia register FB WK. Appt utk operate tonsil anak dia , 29hb ni.
        2. Anak no2 minat melukis. Dok ambik upah upah lukis katun utk geng 
sekolah dia. Lepas la duit belanja sekolah. (teringat cerita anak sulong Muniaq)
        3. Ada sorang pekerja SOCSO contact dia , bagi tau cara2 utk dapat 
pencen-ilat dari SOCSO. Dia kena ambik borang , then suruh doktor isi etc etc. 
Dia nak buat next month bila jumpa doktor for next check up. Aku suruh dia 
fokus yang ni.
        4. JKM dah pi interview , insyaallah akan dapat bantuan.
        5. Kos utk pembedahan agak tinggi..tak sure berapa ..maybe dlm 
lingkungan RM25K++

 
•  Kita still nak tolong dia dapatkan medical
report dari hospital , for future reference. Maybe utk dapatkan bantuan dari
Pej Zakat or EPF. Or maybe utk dapatkan further medical treatment dari pakar
swasta.
 
•  Then next step baru tengok apa yg boleh buat utk
daily income depa, bil air yg tertunggak RM2500++, bil api tertunggak 
RM1700++ dan lain2 bil serta projek bantuan meja beroda utk perniagaan 
nasi lemak yg dianggarkan dlm RM1000++ spt yg disyaratkan oleh MBA 
bahawa setiap meja tidak dibenarkan tinggal dibahu jalan.



Utk sahabat yg perihatin boleh le membantu dgn menderma sedikit sebanyak kepada 
sahabat kita Azizan. Dibawah ni ade no telefon Saudara Azizan dan juga no akaun 
beliau untuk
tindakan sahabat2 yang mahu mendapatkan kepastian tentang keadaan beliau secara 
langsung.

Nama : Azizan bin Bakar 
IC : 720413-02-5421 
Maybank AC : 102027494249 
Tel : 0124861013

From:Othman, Aznee 

Salam, 
Saya pernah dengar ada orang alim kata hidup kita ini tidak lain hanyalah
ujian belaka. Dia kata Tuhan bagi kita sakit, bagi kita demam, bagi kita sihat, 
bagi kita senang bagi kita susah, kadang-kadang sampai susah
sesusah-susahnya hinggakan tidak pernah terlintas di akal kita yang kita akan 
susah sampai macam itu sekali. Dia kata semua itu tidak lain
hanyalah sebagai dugaan belaka, Tuhan nak tengok sejauh mana kita tabah
menerima semua cubaan itu. 
  
Bila saya tengok klip video Tsunami di Jepun kat You Tube yang berbagai rupa 
itu, terlintas juga awat la teruk sangat Tuhan pi balun depa-depa kat
Jepun itu. Apa salah depa sampaikan habis mati bergelimpangan semuanya
(sekali tu depa jumpa dekat 2000 mayat tersadai kat satu kawasan pantai
itu); dan yang hidup pula kena uji dengan cuaca sejuk, tiada air tiada
letrik tiada selimut tiada makanan dsg nya.

Saya tidak melihat
semua itu sebagai satu Ujian untuk depa, tapi lebih kepada Ujian untuk
kita semua. Tuhan nak tengok sama ada kita nak bantu ke tidak
insan-insan malang seperti depa-depa ini. 
Dan, yang menariknya kerana faktor media barangkali, kita dok ingat hanya di 
Jepun saja, hanya mangsa-mangsa Tsunami ini sahaja yang sedang diuji
dengan masalah tiada air tiada letrik tiada makanan dan 1001 lagi
kepayahan untuk meneruskan kehidupan, wal hal yang sebenarnya
insan-insan seperti mereka ini banyak terdapat melata di sekeliling
kita. 
Saya nak mengambil kesempatan di sini, nak kongsi satu pengalaman duka saya
dan teman-teman dari NGO Wargakilang berkunjung ke rumah seorang bekas
pekerja kilang yang menjadi mangsa TSUNAMI VSS yang melanda
kilang-kilang industry di sekitar tahun 2008 yang lalu. 
Namanya Azizan, tinggal di Kg Tok Pasai Kuala Kedah, di sebuah rumah buruk di
celah-celah rumah-rumah usang yang dijadikan sebagai tempat parking
kereta mereka-mereka yang nak ke Langkawi. 

 
Sebaik-baik saja kena VSS, beliau adalah dok buat bisness sikit sendiri-sendiri 
dan kemudian bekerja mengikut kawan wiring letrik di kawasan berdekatan,
dapatlah sikit habuan lepas makan anak-anaknya yang 7 orang itu (yang
sulung tingkatan 3).  
Takdir, tanpa menunggu terus datang membawa Ujian untuk dirinya. 
Sekitar awal tahun 2010 baru-baru ini beliau disahkan mengidap radang hati,
tidak mampu bergerak banyak dan hanya terlantar di tempat tidur. Waktu
kami ke rumahnya, boleh nampak perutnya macam membengkak, kalau
dulu-dulu org mungkin kata busung barangkali. 
Beliau tak mampu ke hospital kerana faktor kewangan dan pengangkutan, setiap
kali ke hospital pasti tersangkut di ICU; kalau 2 hari dah hampir RM200
sedangkan dalam keadaan sekarang tanpa punca pendapatan, mana nak cari
RM200 itu. 
Isteri? Dua tiga minggu lepas dah keluar berita keluarga ini dalam SINAR
HARIAN, entah apa yang tak kenanya dikatakan Majlis Bandaran Alor Setar
menghalang isterinya daripada berniaga di tapak seperti yang tertera di
bawah ini. 
 
Bila saya tengok gambar isteri dan 3 orang anaknya ini di tempat yang mereka 
dihalang berniaga, yang berlatarbelakangkan lambang sebuah parti
politik Melayu, UMNO dulu kini dan selamanya, yang tercatat megah kat
signboard itu - memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara, satu perasaan
marah yang tak dapat diceritakan tiba-tiba saja naik tersirat di dada.
Entahlah! 
Apalah malangnya nasib orang-orang bawahan rakyat marhain seperti sdra Azizan
suami isteri dan 7 orang anak-anaknya ini. Rumah tak ada letrik walaupun duduk 
tak jauh dari BANDARAYA ALOR SETAR negeri Kedah Sejahtera
sedangkan Tok Esah makcik saya di Ulu Baling sana nu pun rumahnya boleh
ada letrik dan lampu cahaya. 
  
Nak buat macam mana, hutang letrik dan juga air sudah tertunggak lebih dari 
seribu. Nasib baik ada jiran yang bersimpati tolong hulurkan wayar
letrik sambung extension ke rumahnya buat sementara. 
Sembang pi sembang mai dengan Azizan, di celah-celah air mata jernih yang
mengalir di kedua hujung kelopak matanya, beliau bercerita bagaimana
kesan barah itu sudah mula menapak di kedua tulang rusuknya, kalau
lambat dirawat rasanya tak lama lah kot beliau akan terus berada bersama kita.


Bila
 saya tanya tak ada kah YB ka sapa-sapa mai melawat, salah seorang kawan
 yg turut serta menyampuk kata, kalau ada Pilihanraya Kecik kat sini
sebab YB mati ka apa sure berduyun-duyun org mai rumah Azizan punya,
siap masuk TV lagi nanti. Azizan senyum saja, dia tak salahkan
sapa-sapa. 
Bila saya tanya sapa dia YB kat sini; sorang kawan tu kata nama dia ada nama 
Mustapha Mustapha macam itu (YB PAS). 
Saya kata: 
“Apa dia? KASIM MUSTAPHA?” 
Kawan saya tu gelak sakan, dia kata: 
“Kalau KASIM MUSTAPHA Tauke Nasi Kandaq itu tak jadi macam inilah; dia boleh
bawak angkut mai Nasik-Nasik Kandaq itu bagi budak-budak ini makan, ha
ha ha”. 
Sorry noh, kawan saya ni melawak saja; minta maaf melawak kasaq sikit. 
Walaupun dalam melawak, tiba-tiba saya terfikir; sebenarnya inilah dia realiti
hidup masyarakat marhain kat bawah ini, depa bukan perlukan tender
projek jutaan-jutaan ringgit, apa yang depa perlukan, macam juga mangsa
Tsunami di Jepun nu, orang-orang macam keluarga Azizan rakyat kat bawah
ini, depa cuma perlukan makan minum saja. Kalau dapat letrik itu kira
bonus dah tu. Hat ini yang ramai YB tak paham. 
Rakyat kat bawah ini tak minta benda-benda besar, depa cuma perlukan benda
asas, makan dan minum saja untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Maka
itu, kepada YB semua, fikirlah mcm mana cara supaya rakyat jelata kat
bawah ini mudah nak cari rezeki tanpa dibebani dengan isu lesen, permit
dan lain-lain yang membebankan mereka. Mana yang boleh dipermudah,
tolonglah permudahkan. Insyaallah depa amat menghargainya. 
Kalau tidak, eloklah lepas ini dalam pilihanraya kita letak Tauke-Tauke Nasi
Kandaq macam Kasim Mustapha itu pula jadi calun, agak tersepit macam
sdra Azizan ini bolehlah juga anak bini dia dapat makan free barang
sehari dua sementara nak ikhtiar benda lain. Kalau tidak, penat aja
orang-orang bawah ini undi YB; habis hari pilihan raya batang hidung pun tak 
nampak. 
Sekian, sebuah kisah tragis dari Kuala Kedah di celah-celah kesibukan kita
berbicara kisah Tsunami dan Nuklear Jepun serta serangan tentera berikat 
terhadap Libya, ada juga orang-orang seperti sdra Azizan yang perlu
diberi perhatian. 
(Maklumat mutakhir yg saya dapat, Azizan sedang mengalami masalah penglihatan di
kedua-dua belah matanya, mungkin akibat komplikasi drpd serangan barah
itu) 
Sekian. Moga ada iktibarnya buat kita semua. 
[email protected] 
http://www.moniermatdin.blogspot.com/ 


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke